CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1594|Reply: 5

Bapa Cerai Ibu Demi Janda! Tak Kisah Anak Diganggu Pakcik - "Rasa Dia Sedaplah?"

  [Copy link]
Post time 15-8-2023 06:02 PM | Show all posts |Read mode
Luahan seorang wanita mengenai masalah keluarga dihadapinya menjadi perhatian pengguna Facebook.


Dedahnya, dia yang ditinggalkan bapa kandung turut dizalimi sehingga terpaksa menanggung beban hutang berjumlah ratusan ribu ringgit.


Dia dan adik beradik yang sering diherdik dengan kata-kata tidak sepatutnya meminta bantuan peguam kebajikan untuk membantunya.


Memulakan cerita, dia berkata bapanya sebelum ini bekerja di sebuah syarikat cari gali terkemuka di luar negara dan jarang pulang ke rumah.




Gambar hiasan




“Kadang-kadang, kalau balik Malaysia dia akan terus ke rumah mak dia tanpa menjenguk kami tiga beradik yang kesemuanya perempuan.


“Semasa 2006, ayah balik dan minta izin mak untuk berkahwin dengan seorang ibu tunggal yang mempunyai dua anak lelaki sebab dia mahukan anak lelaki,” luahnya.


Ujar pelayar Facebook itu, permintaan tersebut dituruti dengan syarat ibunya diceraikan.


Bagaimanapun, selepas melangsungkan perkahwinan, bapanya semakin jarang memberi nafkah sehingga ibunya mengalami kemurungan.


“Selang beberapa tahun, ayah berhenti kerja dan buka syarikat oil and gas... sejak itu, kehidupan dia dan keluarga baharu teramatlah mewah.


“Beberapa tahun kemudian, ayah kahwin lagi dengan perempuan lain dan menyebabkan dia dan keluarga baharu bergaduh besar. Tapi kehidupan mereka berdua tetap mewah juga,” ujarnya.


Namun tanpa diduga, bapanya tiba-tiba jatuh bankrap sehingga semua harta disita dan ditarik oleh bank.


Bapanya kemudian membuka syarikat baharu dengan menggunakan namanya dan adik-beradik lain sambil menjanjikan pulangan perkongsian.


Bagaimanapun, sejak perniagaan dijalankan, kakak dan adiknya tidak pernah mendapat pendapatan seperti yang dijanjikan.


Paling menyedihkan apabila pinjaman kenderaan dan 'telco' yang dibuat atas nama mereka tidak dibayar sehingga menyebabkan nama mereka disenarai hitam.








Malah perkara ini hanya diketahui ketika kakaknya cuba membuat pinjaman kenderaan baharu tetapi tidak berjaya disebabkan tunggakan hutang yang dibuat si bapa.


“Mak kemudian hubungi ayah dan marah... disebabkan itu kesemua kereta diberikan kepada kami," luahnya sambil menyatakan bapanya adalah seorang yang sukar dibawa berbincang.


Mana tidaknya, setiap kali mereka mengadu masalah, bapanya akan memberi respons yang menyakitkan hati.


"Teringat masa sekolah dahulu, saya dan kakak masuk ICU (unit rawatan rapi) tapi ayah hubungi untuk bercakap (dengan kata-kata) 'ingat dah mati'.


"aling tidak boleh dilupakan adalah ketika kami mengadu tentang gangguan seksual yang dialami semasa bersama pakcik... ayah hanya cakap rasa dia sedaplah?


"Sebab itulah kami tak berani nak bercakap, bimbang terasa hati dengan kata-katanya," luah wanita itu lagi.


Tambahnya, sebelum bapanya jatuh bankrap, hak pemilikan tanah sempat ditukarkan kepada namanya dan diberi amaran supaya tidak jual.


Namun, wanita ini dan adik beradiknya yang berusia 21 hingga 25 tahun berhasrat untuk menjual tanah berkenaan bagi membiayai hutang pinjaman yang telah dibuat atas nama mereka.


"injaman tersebut bermula dari RM595 sehingga RM1,700 (sebulan)... nama kami juga telah disenarai hitam.


"Lagipun kalau nak tanggung, memang tak mampu kerana kami semua bekerja biasa-biasa sahaja," luahnya lagi.


Perkongsiannya di halaman Facebook Peguam Kebajikan itu mendapat pelbagai reaksi warga maya dengan kebanyakan pihak memberi pandangan bersetuju supaya tanah berkenaan dijual bagi melangsaikan hutang.


"Upah peguam apabila jual nanti, langsaikan semua hutang sebab bimbang apabila dah bankrap... akan sukar jual tanah tu nanti.


"Anak kena harassment pun boleh diam... kau jual tanah tu, tanah tukar nama kau pun bukan dia ikhlas nak bagi kat anak, takut bankrap saja.


"Ayah awak mempergunakan awak adik-beradik. Tak mustahil satu hari nama awak tenggelam dalam hutang dan diisytiharkan bankrap... nasihat saya, apa yang dah ditukarkan kepada nama awak, ambil," ujar beberapa warga maya.


Semoga dengan perkongsian ini dapat menjadi iktibar kepada semua pihak terutama mereka bergelar bapa agar tidak mengabaikan amanah masing-masing.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2023 05:57 AM | Show all posts
Masa senang lupa anak-anak..bila dah bankrap, anak-anak jugak ko nak harap.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2023 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Hidup dia takkn senang....
Anak sendiri tak tanggung, pi tanggung ank org....

Hujung² sblm mati, dok mengesot mintak simpati ank² pompuan ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2023 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Moga mati terseksa la jantan ni nnt
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2023 03:09 PM | Show all posts
igt nama korang, nak apply loan, gurantor,  telco, loan keta, mara, amanah ikhtiar,


mak, ayah, pakcik, sepupu, adik beradik jgn la bagi diorang pakai nama, atau guarantor, lebih2 lagi kalo korang masih muda,


itu je la aku boleh bg nasihat,

tgk cam budak2 tu, kan dah kena blacklist, kan dah susah sikit hidup...

sekali sekala check la kat BNM nama clear ke tak

bapak pn tak leh caya, dpt personal loan gi joli dgn janda..

mak pulak bg personal loan, kesian kt bapak, bapak g joli,...


laki bini pn tak leh,

laki pakai nama bini buat loan, last2 gi kawin dgn skandel, bila cerai bini tanggung la hutang tu,



Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2023 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa punya jantan la menjandakan bini sendiri utk janda lain. Yg peliknya nak bela anak org lain pulak tu bukannya anak sendiri
Mmg sial la laki camni. Moga kena strok dan mateyyy
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:47 AM GMT+8 , Processed in 0.058331 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list