CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1096|Reply: 0

[Perlis] Gua Kelam, Bukit Ayer ditutup sementara

[Copy link]
Post time 15-8-2023 04:26 PM | Show all posts |Read mode

Gua Kelam

Kangar: Beberapa kawasan rekreasi di Taman Eko Rimba Bukit Ayer dan Kompleks Ekopelancongan Gua Kelam ditutup sementara bermula hari ini, berikutan arus deras akibat hujan lebat sejak awal pagi tadi.

Pengarah Perhutanan Perlis Ag Shaffie Ag Ahmadni berkata penutupan sehingga dimaklumkan kelak itu dilakukan bagi menjaga keselamatan pengunjung ke kawasan berkenaan.

"Di Gua Kelam, kita terpaksa menutup sementara Jambatan Gantung Gua Kelam 1 dan Kompleks Ekopelancongan Gua Kelam.

"Bagaimanapun, aktiviti lain di Galeri Gua Kelam, rumah cermin dan eksplorasi Gua Kelam 2 dibuka seperti biasa," katanya ketika dihubungi hari ini.

Ag Shaffie berkata di Bukit Ayer pula, pihaknya menutup sementara aktiviti rekreasi air di Taman Eko Rimba Bukit Ayer dan Kompleks Sungai Batu Pahat.

Bagaimanapun, beliau berkata Kolam Renang Bukit Ayer dan Taman Rimba Herba Perlis masih dibuka seperti biasa.

Mengikut laman web Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), hujan dan rebut petir di satu dua tempat di Perlis dijangka berlarutan sehingga Ahad (20 Ogos).
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... r-ditutup-sementara

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Harry-Meghan kantoi lagi
manopHarry-Meghan kantoi lagi
Views : 9687 Replies : 1
Pelacur kelas Atasan
chipmunk2024Pelacur kelas Atasan
Views : 33100 Replies : 90
Ilisha Ameera in a photo series.
grUdgE-frEakIlisha Ameera in a photo series.
Views : 39754 Replies : 76
Edisi ludah2 pada telefon!! : Apa cerita bekas adik ipar kok ping luah perasaan spill tea di IGStory?
QatrunnadaainEdisi ludah2 pada telefon!! : Apa cerita
Views : 41528 Replies : 196
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 177751 Replies : 1682
Pelajar Malaysia Perlu Tunjuk Bukti Ada Simpanan RM100,000 jika hendak sambung belajar di Australia
YgBenarPelajar Malaysia Perlu Tunjuk Bukti Ada
Views : 23732 Replies : 93
Walaun, tak buat lawak tak sah!
pengecattaikWalaun, tak buat lawak tak sah!
Views : 7677 Replies : 1
Nikah di Arab Saudi dan Selepas 7 tahun,Nurulhidayah Ahmad Zahid   lega pernikahan disahkan kerajaan Malaysia
YgBenarNikah di Arab Saudi dan Selepas 7 tahun,
Views : 11079 Replies : 3
Menunggu cinta tuhan
maklukpenggodaMenunggu cinta tuhan
Views : 11540 Replies : 30

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 06:38 AM GMT+8 , Processed in 0.187897 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list