CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5352|Reply: 18

[Tempatan] Cukup-cukuplah main wayang politik, masa untuk bina negara

[Copy link]
Post time 15-8-2023 05:16 AM | Show all posts |Read mode
Edited by pengecattaik at 15-8-2023 07:27 AM

Bersih ulangi gesaan Putrajaya, PN meterai perjanjian damai

Bersih mengulangi gesaannya agar kerajaan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan PN menandatangani perjanjian damai bagi memastikan kestabilan politik berlaku selepas tamat pilihan raya negeri (PRN), Sabtu lalu.

Kata Bersih gesaan itu dibuat kerana tindakan menolak keputusan pilihan raya dan sentiasa ingin mengubah kerajaan pada pertengahan penggal adalah menghina kehendak rakyat dalam sistem demokrasi berparlimen.

Cubaan sebegitu, kata kumpulan pendesak pembaharuan pilihan raya berkenaan, turut merosakkan kepercayaan kepada sistem kerajaan dan demokrasi.

“Di Malaysia, pilihan raya negeri dan persekutuan dilakukan setiap lima tahun atas sebab-sebab yang baik.

“Tempoh itu memberikan parti atau gabungan parti tempoh untuk mentadbir, membuktikan kemampuan mereka dan mampu bertahan untuk penggal seterusnya, atau diketepikan jika gagal.

“Rakyatlah yang berhak menentukan siapa yang mempunyai mandat setiap lima tahun, bukan ahli politik yang mahu merampas kekuasaan pada setiap peluang yang mereka sendiri cipta.

"Hal ini perlu dihentikan, cukup-cukuplah.

“Di Malaysia, pilihan raya persekutuan dan negeri kita diadakan setiap lima tahun atas sebab yang baik," katanya.

Sekarang, kata Bersih, adalah masa untuk setiap parti memberi fokus kepada pembinaan negara bangsa dan memainkan peranan masing-masing sama ada sebagai kerajaan, pembangkang, masyarakat sivil dan rakyat yang bertanggungjawab.

Masa Anwar buktikan kata-kata

Sebelum ini Bersih sudah pernah mengusulkan perjanjian damai yang sama dengan memasukkan 10 penjajaran politik dan reformasi institusi seperti menetapkan tarikh PRU lebih awal, bukannya secara mengejut.

Bersih juga mengusulkan agar diwujudkan mekanisme tertentu termasuk untuk pengesahan undi percaya ke atas seseorang perdana menteri yang baru dilantik, atau undi tidak percaya berkonstruktif bagi menyingkirkan perdana menteri.

Bersih juga mahu kabinet bayangan daripada pembangkang diiktiraf dengan memberikan peruntukan sesuai kepada anggotanya, selain mendapat akses yang mencukupi bagi maklumat berkaitan.

Dalam kenyataan hari ini Bersih turut menggesa Anwar memimpin serta melaksanakan janjinya untuk melawan rasuah yang sistemik, selain pembaharuan reformasi institusi yang akan meletakkan asas kepada tatakelola yang lebih baik.


Multiple Polls: ( Max 2 choices ), Total 28 Users voted

Poll is finished

34.21% (13)
47.37% (18)
15.79% (6)
2.63% (1)
Your User group have no permission to vote
PN, PH, PN, PH

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2023 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Soalnya...abah cow boleh tunggu sampai pru16 keww? The momentum is now bukan lagi 3-4 tahun....remember prn dijohor dan melaka tak lama dulu...bila humngok won with a landslide dan masih delay utk desak PRU diadakhen secepatnyer? In the end? What happen?

Ah giteww...

Abah cow pun kanker nyer menjeling je tau...masih nak tunggu pru16? Utk dia jadi piyem utk kali kedua macam atok King?
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2023 08:47 AM | Show all posts
Zunar nie x takut ke mempermainkan Ulama?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2023 08:48 AM | Show all posts



Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2023 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Demokrasi is just another religion.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2023 08:02 AM | Show all posts
stingerpressor replied at 15-8-2023 08:35 AM
Soalnya...abah cow boleh tunggu sampai pru16 keww? The momentum is now bukan lagi 3-4 tahun....remem ...

Abah bukan sakit tenat hari tu? sampai terpaksa turun jadi PM? sekarang kuat pula nak jadi PM tepi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-8-2023 08:49 AM | Show all posts
takut kena sailang belakang ke tu?

dulu masa kerajaan lama berkuasa, ape je puak2 PH ni tak kacau.
macam2 provokasi dia buat. hasut rakyat dsb.

jangan la expect aman2 la ye bila time dapat memerintah ni.
kalau buat kerja baik, takde sapa komplen pun malah mungkin dapat buka mata rakyat.

rakyat perlukan bukti please.
buktikan boleh jadi lebih baik daripada kerajaan terdahulu.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2023 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Simunggu replied at 17-8-2023 08:02 AM
Abah bukan sakit tenat hari tu? sampai terpaksa turun jadi PM? sekarang kuat pula nak jadi PM tepi ...


Ada dengar dia cherry berry sejak dua menjak ini atau dapatkheun rawatan dispore ? ADA?

tetiber jadi sesihat sihat manusia bila nak tebuk atap serta tumbangkhen piyemX kheunz?

Kekuatan dalaman iblis kot?

Kahkahkahkahkah

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2023 09:56 PM | Show all posts
eloklah PN join kerajaan perpaduan dan sama2 membina negara.
PRU-16 nanti lawan balik tiga penjuru...
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2023 08:07 AM | Show all posts
stingerpressor replied at 17-8-2023 09:38 AM
Ada dengar dia cherry berry sejak dua menjak ini atau dapatkheun rawatan dispore ? ADA?

tetiber j ...

tulah heran aku. hari tu sakit cancer stage 4 konok sampai terpaksa turun jadi PM...sekarang sihat pun..memang org politik mcm tu ya suka menipu?
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2023 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Simunggu replied at 18-8-2023 08:07 AM
tulah heran aku. hari tu sakit cancer stage 4 konok sampai terpaksa turun jadi PM...sekarang sihat ...

Aku yakin tang sakit yg dideritainyer dia tak akan menifu terutama kalau bab bab kanker ni.....anyway paknyer tokoh agamawan besar kheun? Takkhennnnnn ler nak menifu....kheunz?

Bak kata tengku ghazaly....kalo tang abahcow ini....nak sebut dia bekerja?....hardly.... sebab dia ni berpenyakit M.....











MALAS

Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2023 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
rashiman replied at 17-8-2023 09:56 PM
eloklah PN join kerajaan perpaduan dan sama2 membina negara.
PRU-16 nanti lawan balik tiga penjuru.. ...

In the very first place, they could have joined kerajaan perpaduan dari mula lagi but because they know kalau mereka join...anwar will still be the piyem sedangkheun gilos ko abahcow setakat jadi tpm?

Ko nampak tak?
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2023 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Bapa Penghasut negara- Time dia dulu I have number ape lancooo...
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2023 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
dok ulang² tebok atap. padahal mahathir yg letak jawatan masa tu.. denial much
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2023 11:48 AM | Show all posts
Eh eh...cakap depan cermin ke tak tu?
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2023 03:02 PM | Show all posts
ayahibu85 replied at 17-8-2023 08:49 AM
takut kena sailang belakang ke tu?

dulu masa kerajaan lama berkuasa, ape je puak2 PH ni ta ...

setuju..mcm la part2 lain termasuk dia tak penah buat dulu..
bila org buat..aik..tak boleh pulak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2023 03:07 PM | Show all posts
walanon & KERAjaan tak pernah nk tgk cermin.
awat tak p ckp kat geng KERAjaan yg duk bg statement nk hukum rakyat yg tak pilih depa dlm PRN?
demokrasi lahanat, tp hangpa sendiri takleh accept dah kenapa?
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2023 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Radzor replied at 18-8-2023 10:52 AM
dok ulang² tebok atap. padahal mahathir yg letak jawatan masa tu.. denial much

la ada lg yg bodo. langkah sheraton 22 feb 2020. 24 feb baru madey letak jawatan. sebab dah tebuk atap, madey sedar dah xcukup sokongan.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2023 07:53 PM From the mobile phone | Show all posts
nikaido replied at 18-8-2023 03:31 PM
la ada lg yg bodo. langkah sheraton 22 feb 2020. 24 feb baru madey letak jawatan. sebab dah tebuk  ...

pre plan tu. sbb mahader mmg tanak hand over kat non. takkan mahader dgr rumous dah resign camtu ja. kena la vote of konfiden dlm parlimen.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:44 AM GMT+8 , Processed in 0.121593 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list