CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6104|Reply: 0

Duit Bertukar Jadi Bantal, Lesap Ditipu Bomoh Penarik Duit

[Copy link]
Post time 14-8-2023 10:41 PM | Show all posts |Read mode
Jakarta: Seorang ketua jabatan di wilayah Lampung Utara terpaksa berputih mata apabila mengalami kerugian 73.5 juta rupiah (RM22,138) selepas ditipu bomoh penarik wang yang didakwa mampu menggandakan duit.


Ketua Polis Pesisir Tengah, Komisioner Polis Zaini Dahlan berkata, kes tersebut bermula apabila suspek meramal mangsa akan mendapat wang sebanyak 2 bilion rupiah (RM602,369) jika dia ‘bersedekah’ sebanyak 30 juta rupiah (RM9,035).






Disebabkan termakan kata-kata tersebut, mangsa menyerahkan wang sebanyak itu kepada suspek sebelum ia dimasukkan ke dalam beg pakaian untuk disimpan di biliknya sendiri.


Suspek juga berpura-pura menjampi beg pakaian itu.


Tidak lama selepas itu, suspek menawarkan mangsa wang ganjaran yang didakwa mampu meningkat kepada 3 bilion rupiah (RM903,598) jika dia menambah sejumlah 9.9 juta rupiah (RM2,981) lagi.


“Mangsa kemudian percaya lalu menyerahkan wang tersebut kepada suspek,” kata Zaini.


Suspek kemudian sekali lagi meminta wang tambahan sebanyak 19.8 juta rupiah (RM5,963) jika mangsa ingin mempercepatkan proses menggandakan wang dari 40 hari menjadi 20 hari.


Mangsa kemudian mengikuti saranan suspek dengan menyerahkan semua wang yang diminta.


Pada 5 Ogos lalu, suspek pergi ke rumah mangsa dan melakukan ‘ritual’ di dalam bilik mangsa yang dikunci selama tiga jam.


Selepas menamatkan upacara itu, suspek memberitahu bahawa wang yang dijanjikan sudah dimasukkan ke dalam beg galas berwarna hitam yang diletakkan di atas katil mangsa sambil memesan, ia tidak boleh dibuka sebelum keesokan harinya.


Disebabkan curiga kandungannya amat ringan, mangsa membuka beg itu. Dia berasa terkejut apabila mendapati isinya hanya bantal dan selimut.


Selepas disoal, suspek akhirnya mengaku menipu mangsa dengan wang sebanyak 73.5 juta rupiah (RM22,138) itu dikatakan sudah habis digunakan untuk membayar hutang.


Mangsa kemudian membuat laporan polis manakala suspek telah ditahan atas dakwaan menipu. – AGENSI




Sumber: Kosmo! Online
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 04:35 PM GMT+8 , Processed in 1.154472 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list