CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2315|Reply: 0

Anggota polis kasari penyokong parti hadapi siasatan tatatertib, jenayah - Pengarah JIPS

[Copy link]
Post time 14-8-2023 02:05 PM | Show all posts |Read mode

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Seri Azri Ahmad (tengah) menyaksikan penyerahan serah terima tugas jawatan Ketua Polis Kuala Lumpur antara CP Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain (kiri) kepada CP Datuk Allaudeen Abdul Majid (kanan) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur. NSTP/AMIRUDIN SAHIB.

KUALA LUMPUR: Siasatan tatatertib terhadap anggota polis yang didakwa mengasari seorang lelaki di hadapan sebuah balai polis di Kota Bharu, Kelantan pada Jumaat lalu, dijalankan selari dengan siasatan jenayah.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad, berkata pihaknya akan terlebih dahulu memastikan tuduhan kekasaran dilakukan anggota polis terbabit sama ada satu tohmahan atau sebaliknya.

"Standard prosedur operasi (SOP) (berkaitan siasatan) semua jelas. Sekiranya ia satu tohmahan, kita kena sahkan betulkah tohmahan itu.

"Kita akan lihat prima facie kepada jenayah (dalam kes itu), maka siasatan jenayah akan berakhir dengan pertuduhan jenayah," katanya.



Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Kuala Lumpur di antara Datuk Seri Shuhaily Mohd Zain dan Datuk Allaudeen Abdul Majid di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini.

Mengulas lanjut, Azri berkata, siasatan berkait salah laku pula menggunakan pendekatan lain dan menjurus kepada tindakan tatatertib seperti dikenakan amaran, denda dan sekiranya kesalahan itu serius, boleh dibuang kerja.

"Memang kita tidak akan berkompromi dalam hal ini tetapi kita juga perlu bersikap adil dalam usaha memenuhi tuntutan masyarakat yang mahu hal sebegini disiasat dengan sebaiknya.

"Tohmahan berlaku, justeru kita kena siasat dengan lebih lanjut. Sekiranya siasatan hanya babitkan salah laku sahaja, ia akan berakhir kepada tindakan tatatertib.

"Tetapi jika terkesan perlakuan jenayah dalam kes ini, polis akan siasat daripada sudut jenayah. Jika perlu dituduh di mahkamah, pihak polis akan buat pertuduhan jenayah. Kita tidak akan berkompromi," katanya.

Beliau menambah, bagi tempoh tahun lalu sahaja, seramai 154 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibuang kerja atas pelbagai kesalahan tatatertib.

Kelmarin, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, dalam sidang medianya menegaskan bahawa anggota polis yang terbabit dalam insiden itu akan disiasat selain siasatan salah laku.

Katanya, siasatan kes itu bukan sahaja disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan iaitu menghalang tugas penjawat awam, malah siasatan dalaman turut akan dijalankan oleh pihak JIPS.

Terdahulu tular rakaman video berdurasi 15 saat memaparkan seorang lelaki yang menunggang motosikal dan memakai bendera sebuah parti dikasari beberapa individu dipercayai anggota polis.

Polis Kelantan memaklumkan sedang menjalankan siasatan insiden yang dilaporkan berlaku di pekarangan sebuah balai di Kota Bharu, pada malam menjelang hari mengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) itu.

Difahamkan, kejadian itu dipercayai berpunca provokasi yang dilakukan satu pergerakan konvoi secara bersendirian yang membawa bendera parti dan membuat bising.
https://www.bharian.com.my/berit ... -tatatertib-jenayah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:20 AM GMT+8 , Processed in 0.070637 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list