CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2739|Reply: 15

[Politik] UMNO yang menang byk kerusi, patutnya MB N9 adalah dari org UMNO

[Copy link]
Post time 14-8-2023 12:16 PM | Show all posts |Read mode
SEREMBAN: Jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan seharusnya diberikan kepada Barisan Nasional (BN)/UMNO kerana parti itu memenangi kerusi yang lebih banyak pada Pilihan Raya Negeri (PRN) semalam.
Pandangan itu dilontarkan Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, selepas menyaksikan BN/UMNO memenangi 14 daripada keseluruhan 17 kerusi yang ditandingi parti itu di Negeri Sembilan pada PRN kali ini.
"Di Negeri Sembilan, UMNO mendapat kerusi terbanyak, seharusnya Pakatan Harapan (PH) perlu berlapang dada dengan memberikan kerusi Menteri Besar kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Jalaluddin Alias di atas kejayaan mereka.
"Itulah semangat perpaduan yang dicanangkan. Oleh itu pemimpin PH Negeri Sembilan perlu berlapang dada untuk memberikan jawatan Menteri Besar kepada Jalaluddin.
"UMNO kalah teruk di semua lima negeri yang lain, ahli-ahli UMNO tentu berasa kecewa dan jangan pula ahli UMNO dan penyokongnya di Negeri Sembilan dikecewakan sekali lagi," katanya dalam catatan Facebooknya hari ini.
Pada PRN kali ini, PH menang 17 kerusi dengan parti dalam gabungan itu DAP memenangi semua 11 kerusi, manakala PKR (5) dan AMANAH (1).
PN pula menawan lima kerusi DUN iaitu Serting, Paroi, Labu, Bagan Pinang dan Gemas.
Ahmad Faizal yang juga Pengerusi PN Negeri Sembilan turut melahirkan rasa lega selepas berakhir PRN.
Katanya, walaupun hasrat untuk membentuk kerajaan di Negeri Sembilan tidak kesampaian, namun pencapaian PN amat memberangsangkan.
"Pilihan raya di enam negeri berlangsung dengan baik. Alhamdulillah rakyat dapat meneruskan kehidupan dan proses demokrasi dapat dijalankan dengan baik.
"PN mendapat keputusan yang baik di semua enam negeri, terima kasih atas segala sokongan," katanya.
Sementara itu, Pengerusi PH Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, kenyataan Ahmad Faizal itu hanyalah provokasi terutama kepada ahli akar umbi PH.
"Pandangan itu bertujuan untuk melakukan provokasi supaya ahli PH dan BN berpecah.
"Pandangannya itu supaya kita berpecah-belah, tidak saling hormat dan itu kerjanya pembangkang, hanya provokasi.
"Perpaduan yang kami bina ini cuba dipermainkan, bukan saja semasa pilihan raya, tetapi selepas pilihan raya juga," katanya.
Difahamkan, majlis angkat sumpah Menteri Besar Negeri Sembilan yang baharu akan diadakan di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah pada jam 3 petang esok.

Single Polls, Total 14 Users voted
50.00% (7)
50.00% (7)
Your User group have no permission to vote
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-8-2023 06:11 PM | Show all posts
KUALA PILAH: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun selesai mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan, bagi penggal kedua pada Isnin.
Aminuddin, 56, mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Istana Besar Seri Menanti di sini kira-kira jam 4.15 petang.

Turut menyaksikan istiadat itu, Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud bersama dua anakanda baginda, Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin dan Tunku Zain Al'Abidin.
Hadir sama, Undang Luak Sungai Ujong, Datuk Mubarak Dohak; Undang Luak Jelebu, Datuk Maarof Mat Rashad; Undang Luak Johol, Datuk Muhammad Abdullah; Undang Luak Rembau, Datuk Muhamad Sharip Othman dan Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2023 04:51 PM | Show all posts
biar lah set2 deme yg dh menang tu tentukan
kau jaga diri kau sudah

Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2023 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
sapa suruh ko tagteam…going solo masa PRN kan bagus…haha
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2023 05:15 PM | Show all posts
dah tau PH tu kaki kencing...muka PH tu pun muka kaki kencing
yg korang leh tagteam ngan kaki kencing tu kenapa...
kamu tu yg bodoh...

hahahah
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2023 06:12 PM From the mobile phone | Show all posts
ctaz replied at 14-8-2023 05:15 PM
dah tau PH tu kaki kencing...muka PH tu pun muka kaki kencing
yg korang leh tagteam ngan kaki kencin ...

Makan la sikit nanti sakit
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-8-2023 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
eizarz replied at 14-8-2023 04:54 PM
sapa suruh ko tagteam…going solo masa PRN kan bagus…haha

Makan la sikit nti sakit
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2023 06:26 PM | Show all posts
eh peja ni. kau menang banyak pun tak nak jadi batu api
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2023 06:35 PM | Show all posts
soal nye kalo 3 parti PH bergabung lebih byk dari UMNO,   terima jelah hakikat
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2023 07:13 PM | Show all posts
umno hanya relevan sebab nak kekal qouta majoriti parlimen. lebih dari tu tak relevan selagi mana terpalit kes  pertuduhan.


dulu jho low pun operate muka tukar jadi beruang. sampai sekarang orang xjumpa
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2023 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Biar jela kat perak ph dah bg umno jd mb walaupun cina2 byk kusi kan

Eh jap kes nak tarik bini org masuk toilet apa ceritaa?
Aritu diam je tak berkutik dah menang baru bising
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2023 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Shayang at 14-8-2023 08:37 PM

Jap dia pengerusi PN kat NS?
Aku ingat dia org perak
Dia kena kutuk teruk gak kat page dia tu

Netizen sindir knp takde sorang pun MB dr parti bersatu dlm 6 negeri tu.

Pastu katanya ada sbb knp dia suh jalaluddin tu jd MB NS
Adakah yg tersenarai dlm 10 org MP yg pro PN tu

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2023 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
yb saarani boleh je jd MB perak walau umno sikit kerusi
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2023 10:39 PM | Show all posts
Edited by zjen at 14-8-2023 10:45 PM

UMNO sepatut nye before PRN kene bantu MCA dan MIC merebut lebih byk kerusi dari DAP

red bean army xde pilihan punya,  kalu MCA MIC naik deols tetap kene undi,   so kang kerusi tiga parti yg BN menang dah lebih banyak dari PH,   menteri besar N9 gerenti milik UMNO

so amik la iktibar ni,  next PRU do something kat DAP  ....   boleh menakut nakut kan red bean army kalu deols tanak pangkah MCA MIC,   akan kasi PAS tangkap pergi potong burung,  tak boleh minum arak,  tak boleh melacur,  tak boleh judi dll


Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2023 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
nikaido replied at 14-8-2023 10:32 PM
yb saarani boleh je jd MB perak walau umno sikit kerusi

Klau x silap kt perak lain sket, bkn melayu Islam x blh jd mb...klau silap jgn mare
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2023 08:40 AM | Show all posts
zjen replied at 14-8-2023 10:39 PM
UMNO sepatut nye before PRN kene bantu MCA dan MIC merebut lebih byk kerusi dari DAP

red bean army  ...

Gerakan bawah PN yg bertanding di Pinang (majoriti melayu) pun kalah. Satu je I rasa, melayu tolak dah klu kawasan majoriti melayu nak bagi kerusi selamat pada kaum cina atau india. so i rasa, klu MIC/MCA ambil tempat DAP, mungkin penolakan atas alasan itu kerusi mmg milik DAP. letak kerusi selamat kawasan majoriti melayu pun akan ditolak.

MIC, MCA, UMNO dan Gerakan nie dah macam x relevan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 10:45 AM GMT+8 , Processed in 0.711300 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list