CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1913|Reply: 0

Tony Leung Nafi Skandal, Ada Anak Luar Nikah Dengan Bekas Penyanyi Kpop

[Copy link]
Post time 14-8-2023 09:28 AM | Show all posts |Read mode
Pelakon terkenal Hong Kong iaitu Tony Leung menyangkal dakwaan dia menjalinkan hubungan sulit dengan penyanyi Cheng Xiao yang baru berusia 25 tahun.


Wakil pengurusan Tony, 61, dalam satu kenyataan meminta orang ramai tidak mudah percaya dengan khabar angin tersebut.






"Tidak perlu beri perhatian terhadap khabar angin itu. Ia tidak benar!


"Teruskan hidup gembira dan berfikiran positif terhadap orang lain," kata kenyataan tersebut.


Kisah skandal Tony dan Cheng menjadi bualan hangat selepas ada pihak mendakwa melihat pasangan itu keluar bersama.


Lebih mengejutkan, timbul spekulasi mengatakan Cheng sudah melahirkan seorang bayi hasil hubungan dengan Tony.


Cheng, bekas anggota kumpulan Cosmic Girls




Pelakon itu juga dikatakan sudah membeli sebuah rumah buat Cheng dan anak mereka.


Menerusi laporan media di Hong Kong, Tony dikatakan bermain kayu tiga kerana tidak memiliki cahaya mata selepas 15 tahun mendirikan rumah tangga dengan aktres Carina Lau.


Untuk rekod, Cheng yang berasal dari China pernah mencipta nama di Korea Selatan bersama kumpulan Cosmic Girls.


Pada 2019, Cheng meneruskan karier solo di China selepas tiga tahun bersama kumpulan tersebut.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 04:22 AM GMT+8 , Processed in 0.607430 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list