View: 3661|Reply: 9
|
[Politik]
PN minta PH beri jawatan MB kepada Jalaluddin sebab UMNO menang besar di N9 dengan 14 kerusi tapi Aminuddin anggap provokasi dan sengaja mempermainkan semangat perpaduan yang terjalin erat
[Copy link]
|
|
Edited by Highflyer19 at 13-8-2023 04:36 PM
AHMAD FAIZAL AZUMU
SEREMBAN: Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan perlu berlapang dada untuk memberikan jawatan Menteri Besar kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Datuk Seri Jalaluddin Alias yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan.
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, perkara itu mengambil kira bahawa UMNO mendapat kerusi terbanyak daripada keseluruhan 31 buah kerusi yang dimenangi oleh PH dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) semalam.
“Di Negeri Sembilan, UMNO mendapat kerusi terbanyak, seharusnya PH perlu berlapang dada dengan memberikan kerusi Menteri Besar kepada Jalaluddin atas kejayaan mereka. Itulah semangat perpaduan yang telah dicanangkan.
“UMNO tewas teruk di kesemua lima negeri yang lain, ahli-ahli UMNO tentu berasa kecewa dan jangan pula ahli UMNO dan para penyokongnya dikecewakan, sekali lagi,” katanya hari ini.
Daripada 31 buah kerusi yang dimenangi PH-BN semalam, UMNO memiliki sebanyak 14 kerusi diikuti DAP (11) PKR (5) dan Parti Amanah Negara (1).
PN pula menang sebanyak lima buah kerusi DUN iaitu Serting, Paroi, Labu, Bagan Pinang dan Gemas.
Sementara itu, Pengerusi PH Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, kenyataan Ahmad Faizal itu hanyalah provokasi terutama kepada ahli-ahli akar umbi PH dan BN.
“Pandangannya itu supaya kita berpecah belah, tidak saling hormat menghormati, itu kerjanya sebagai pembangkang, hanya provokasi, perpaduan yang kami bina ini cuba dipermainkan, bukan sahaja semasa pilihan raya, selepas pilihan raya juga mahu provokasi orang lain,” katanya dalam sidang akhbar di Seremban hari ini.
Aminuddin dalam pada itu berkata, majlis angkat sumpah Menteri Besar Negeri Sembilan akan diadakan pada pukul 3 petang esok di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah.-UTUSAN.
https://www.utusan.com.my/berita/2023/08/pn-minta-ph-beri-jawatan-mb-kepada-jalaluddin-aminuddin-anggap-provokasi/ |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Biarla Yang di-Pertuan Negeri Sembilan interview diorg...sebok je |
|
|
|
|
|
|
|
PH 17 kurusi, BEEND 14, PN 5....
Now my math cannot be that bad that BEEND has the highest number of seats won?
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 13-8-2023 04:54 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
UMNO memiliki sebanyak 14 kerusi diikuti DAP (11) PKR (5) dan Parti Amanah Negara (1)… |
|
|
|
|
|
|
|
B40tastePosh replied at 13-8-2023 04:45 PM
Biarla Yang di-Pertuan Negeri Sembilan interview diorg...sebok je
Baru nak cop..sibokkk je |
|
|
|
|
|
|
|
hebat cucuk |
|
|
|
|
|
|
|
tkde kait dgn parti dia pun.. adoi la hai..
|
|
|
|
|
|
|
|
Lor yg pocit ni nyibuk buat pe...eh bukan dia org perak ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Sibuk je la kau peja. Shadap je la.. |
|
|
|
|
|
|
|
Peja layan ketum pulak ka la ni?
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|