CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3789|Reply: 8

[Politik] Terang lagi bersuluh, pengundi Melayu tolak UMNO kerana DAP – Penganalisis

  [Copy link]
Post time 13-8-2023 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Highflyer19 at 13-8-2023 02:30 PM


PENYOKONG dan ahli akar umbi UMNO majoritinya menolak kerjasama politik dengan DAP dalam PH.

PUTRAJAYA: Keputusan enam Pilihan Raya Negeri (PRN) semalam jelas menunjukkan pengundi Melayu menolak UMNO sekali lagi, dipercayai ekoran tindakan parti itu bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) terutama DAP dalam pembentukan kerajaan semasa.

Penganalisa politik, Dr. Mohammad Tawfik Yaakub berkata, mesej yang sangat jelas dinyatakan bukan sahaja ahli-ahli UMNO yang mengundi Perikatan Nasional (PN), malah oleh majoriti pengundi Melayu yang kecewa dengan tindakan UMNO untuk bersekongkol dengan PH.

“Penyokong dan ahli akar umbi UMNO majoritinya menolak kerjasama politik dengan DAP dalam PH. Kita tidak boleh nafi hal ini.

“Malah apabila orang Melayu beralih undi kepada PN, ini juga memperlihatkan bahawa mereka tidak selesa untuk terus memilih UMNO yang berada dalam kerjasama politik melibatkan DAP,” katanya di sini hari ini.

Daripada 108 kerusi dipertandingkan, calon BN-UMNO hanya menang 19 kerusi dalam persaingan PRN semalam.

Pensyarah Kanan di Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya itu turut berpandangan, kekecewaan pengundi Melayu bertambah parah apabila Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang kekal menerajui UMNO selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) menjalinkan kerjasama untuk membentuk kerajaan bersama PH dan DAP sehingga menyebabkan UMNO ditolak sekali lagi pada enam PRN semalam.

Justeru, katanya, tidak mustahil untuk UMNO terus ditolak oleh rakyat negara ini pada PRU akan datang sekiranya mereka terus kekal dalam kerajaan semasa.

“Saya berpandangan UMNO perlu lakukan sesuatu dengan drastik untuk mengembalikan kepercayan dan keyakinan bukan sahaja orang Melayu tetapi juga ahlinya yang kecewa dengan apa yang berlaku kepada parti tersebut.

“Kepimpinan tertinggi UMNO perlu bertanggungjawab dengan kekalahan besar yang dihadapi oleh UMNO selepas mengalami keadaan sama lapan bulan lalu.

“Kepimpinan UMNO perlu mencontohi pemimpin lalu seperti Tun Abdullah Ahmad Badawi, Datuk Seri Najib Tun Razak yang berundur dari jawatan Presiden selepas UMNO-BN kecundang dan mengalami kekalahan yang luar biasa dalam PRU12 dan PRU14 lalu,” katanya. – UTUSAN


https://www.utusan.com.my/nasional/2023/08/terang-lagi-bersuluh-pengundi-melayu-tolak-umno-kerana-dap-penganalisis/

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2023 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Umno akan hilang di Tanah Melayu…
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2023 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Umno terus mara untuk rakyat Malaysia....
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2023 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
X dap dpt umno...pru16 kita kasi karam
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2023 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Dap kempen ke tak time prn ni?
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2023 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Tolak dap dan wak ponorogo laaaa..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-8-2023 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Acik2 forum bersatu hati menggesa zahid komedi meletakkan jawatan sebagai presiden umno secepat yg mungkin!!
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2023 11:47 AM | Show all posts
lepas DAP, wak Jahit..lepas tu apa lagi alasan nak tolak UMNO?? sebenarnya ada org kemaruk nak di PM...org melayu jadi alat shj
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2023 02:18 PM | Show all posts
melayu menyampah dgn no anwar no dap yg dilaungkan UMNO. tapi end up comolot.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 11:04 AM GMT+8 , Processed in 0.161906 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list