CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2191|Reply: 0

Danial buru podium di Austria

[Copy link]
Post time 13-8-2023 12:33 PM | Show all posts |Read mode

Danial Syahmi akan bersaing pada Kejuaraan Piala Red Bull Rookies musim ini. - BERNAMA

KUALA LUMPUR: Gerakan lebih agresif di awal dan penghujung perlumbaan menjadi tumpuan utama buat pelumba muda negara, Danial Syahmi Ahmad Shahril dalam misinya memburu podium pertama di Kejuaraan Piala Red Bull Rookies bagi musim ini.

Danial selepas ini dijadual menyertai perlumbaan di Litar Red Bull Ring, Austria dari 19 hingga 20 Ogos ini dan baginya, trek berkenaan adalah antara venue digemarinya.

Pada musim pertamanya dalam kejuaraan berkenaan tahun lalu, Danial mampu menunjukkan saingan sebelum menamatkan perlumbaan di tempat keenam dan ke-10, masing-masing pada Perlumbaan 1 dan 2 di litar berkenaan.

"Perlumbaan seterusnya untuk Piala Red Bull Rookies adalah di litar Red Bull Ring bulan ini, Insya-Allah saya akan cuba sehabis baik kerana saya menggemari trek berekaan," kata Danial yang pada musim ini turut menyertai Kejuaraan Dunia JuniorGP.



"Saya pernah berada dalam kelompok lima terbaik dan bersaing dalam kelompok depan tahun lalu (Piala Red Bull Rookies di Red Bull Ring). Saya juga memberi saingan untuk tempat ketiga dalam perlumbaan.

"Apapun, saya kena tambah baik untuk menjadi lebih agresif dan berani pada permulaan perlumbaan dan di penghujung saingan untuk bersaing mendapatkan kedudukan terbaik.

"Kalau saya nak buru podium, saya kena berada dalam kelompok lima terbaik sebelum pusingan terakhir dan di pusingan terakhir pula, saya kena berada dalam kelompok tiga terbaik dengan melakukan sesuatu yang lebih baik ketika membrek ataupun kelajuan di selekoh.

"Kalau berada dalam kelompok lima terbaik di pusingan terakhir, lebih senang kerja saya untuk dapatkan penamat dalam kelompok tiga terbaik."

Danial kini berada di kedudukan ke-15 dalam carta keseluruhan dengan 30 mata manakala seorang lagi pelumba negara, Hakim Danish Ramli, sudah mengumpul 67 mata untuk berada di kedudukan kesembilan.
https://www.bharian.com.my/sukan ... u-podium-di-austria
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 12:44 PM GMT+8 , Processed in 0.089384 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list