CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4442|Reply: 38

[Politik] PRN referendum rakyat; PN desak Anwar, Zahid letak jawatan

  [Copy link]
Post time 13-8-2023 07:03 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Muhyiddin berucap dalam sidang media Perikatan Nasional sempena berakhirnya Pilihan Raya Negeri, di Shah Alam, awal pagi Ahad. - Astro AWANI

SHAH ALAM: Perikatan Nasional (PN) mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengambil tanggungjawab moral dengan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dengan serta-merta.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kejayaan besar PN meraih sokongan pengundi Melayu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) menandakan bahawa gabungan itu adalah wadah utama politik bangsa Melayu pada masa kini.
Selain itu, beliau berkata UMNO telah menjadi tidak relevan lagi dengan hanya memenangi 19 daripada 108 kerusi yang ditandingi.


"Ini bermakna UMNO kalah 82 peratus daripada keseluruhan jumlah kerusi tersebut.

"PN juga berjaya memenangi kerusi campuran seperti Kulim dan kerusi majoriti kecil Melayu seperti Derga yang menunjukkan bahawa PN turut mendapat sokongan pengundi-pengundi bukan Melayu.

"Ini membuktikan penolakan besar-besaran orang Melayu dan termasuk juga masyarakat bukan Melayu terhadap gabungan politik rapuh dan perpaduan palsu yang diterajui oleh Anwar dan Ahmad Zahid.

"Maka benarlah pilihan raya negeri ini merupakan referendum penolakan rakyat terhadap kerajaan gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).
"Anwar dan Ahmad Zahid yang menerajui gabungan ini mesti mengambil tanggungjawab moral dengan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dengan serta merta," katanya dalam sidang media di sini sebentar tadi.

Mengulas lanjut, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata, kejayaan memenangi 22 kerusi di Selangor bermakna gabungan itu telah berjaya menafikan majoriti dua pertiga kerajaan PH-BN di negeri itu, yang sebelum ini dianggap sebagai kubu kuat mereka.

Muhyiddin menambah beliau percaya sekiranya peratusan keluar mengundi lebih tinggi, PN akan berjaya merampas negeri Selangor.

"PN mempertahankan negeri Kelantan, Kedah dan Terengganu dengan suatu kemenangan yang besar membuktikan sokongan padu pengundi-pengundi Melayu kepada PN.

"Pada masa yang sama, PN juga telah membuat 'major inroads' di negeri Selangor dengan memenangi 22 kerusi berbanding hanya lima kerusi yang disandang oleh PN sebelum ini.

"Kesemua 22 kerusi ini ialah kerusi majoriti Melayu yang membuktikan bahawa PN mendapat sokongan besar pengundi-pengundi Melayu di Selangor," ujarnya.

Selain itu, bekas Perdana Menteri itu berkata, di Pulau Pinang, seperti dijangka gelombang sokongan pengundi Melayu di negeri itu telah membawa kejayaan besar kepada PN.

Ujarnya, ia menjadi satu tamparan hebat kepada Anwar apabila semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Permatang Pauh dimenangi PN.
Dalam masa sama, Muhyiddin berkata PN bagaimanapun menghormati suara pengundi dan menerima keputusan pilihan raya ini dengan hati yang terbuka.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2023 07:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Bebaskan najib dengan kadar segera

#freenajib
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2023 07:11 AM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 13-8-2023 07:04 AM
Bebaskan najib dengan kadar segera

#freenajib

Betul tu

#freenajib
#freenajib

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2023 07:13 AM | Show all posts
kemaruk replied at 13-8-2023 07:04 AM
Bebaskan najib dengan kadar segera

#freenajib

nak bebaskan najib atas kapasiti apa? Pengampunan dr agong ka?
Kalau najib bebas, mesti berebut plak jwtn presiden & PM
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2023 07:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Laaa biarlah politician terus berpolitik. Dah itu kerja mereka. Macai2 PH yg panas ni sebab takut momentum PN mengoyahkan kerajaan penipu Madani kan? Semasa PH jadi pembangkang pun tak habis2 berpolitik selepas tamat pilihanraya, berhimpun, cuba beli MP BN sampai ke Taiwan, kan? Malu la sikit perangai buruk orang lain buat tak boleh, kita buat tak apa. Belajar2 jadi gentleman sikit.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2023 07:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Perwira2022 replied at 13-8-2023 07:34 AM
Laaa biarlah politician terus berpolitik. Dah itu kerja mereka. Macai2 PH yg panas ni sebab takut mo ...


Setuju. Ingat lg masa undi majority BN x smpi 50% masa PRU13 bkn main lg mereka mainkan isu kerajaan x sah. La ni senyap dorang x nk sebut2 pasal undi majority pula. Dasar munafik dan hipokrit mcm tulah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-8-2023 07:39 AM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 13-8-2023 07:37 AM
Setuju. Ingat lg masa undi majority BN x smpi 50% masa PRU13 bkn main lg mereka mainkan isu keraja ...

Ya betul. PRU13 undi popular BN 49 atau 47 peratus saja. Masa tu kulu kilir Nuat meroyan kata dia yg menang sebab undi popular dia lebih 50% kahkhakah
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2023 07:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Tunggulah next PRU utk tukar Kerajaan Pusat.  Result PRN stays at Negeri.  Jgn lah keliru atau ambil kesempatan dengan situasi semasa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2023 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Buat la undi x percaya kt parlimen setakat referendum mandrem kuih denderam buat perabih boreh, rasanya byk lg MP umngok yg nk join
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2023 11:30 AM | Show all posts
panglima perang dah kne penjara mmg expected umno lumpuh spt dirancang
next operasi hijack
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2023 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok replied at 13-8-2023 11:30 AM
panglima perang dah kne penjara mmg expected umno lumpuh spt dirancang
next operasi hijack

Siapa panglima perang?
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2023 11:32 AM | Show all posts
Innrukia replied at 13-8-2023 07:13 AM
nak bebaskan najib atas kapasiti apa? Pengampunan dr agong ka?
Kalau najib bebas, mesti berebut pl ...

malu besar agong klu ampunkan
najib mmg dah kne checkmate

kecuali anwar ambil langkah berani mati


Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2023 11:33 AM | Show all posts

panglima bugis la
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2023 01:39 PM | Show all posts
Innrukia replied at 13-8-2023 07:13 AM
nak bebaskan najib atas kapasiti apa? Pengampunan dr agong ka?
Kalau najib bebas, mesti berebut pl ...

sedangkan anwat yang jasanya seciput cedut jer boleh diampunkan oleh YDPA

apatah lagi bossku yang besar jasanya kepada rakyat.. awak namakanlah je projek2 di zaman najib semuanya mendatangkan faedah kepada rakyat umpamanya BR1M, UTC, MRT, LRT ext, TRX, Bandar Malaysia, Pan Borneo, ooohh banyak lagi la..

najib punya kesalahan sikit jer berbanding jasa beliau.. setakat cuai membenarkan wang meragukan sebanyak Rm42 juta masuk ke akaun peribadi beliau.. itu je.. duit tu pon 99% najib perabis untuk amal kebajikan
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2023 01:47 PM | Show all posts
kemaruk replied at 13-8-2023 01:39 PM
sedangkan anwat yang jasanya seciput cedut jer boleh diampunkan oleh YDPA

apatah lagi bossku yang ...

agree bab pengampunan compared dgn anwar tu.
Tp bila Najib lepas akan berlaku pertembungan utk PM. Najib vs Anwar.
sah2 Anwar/PH/DAP takkan lepas, include zahid pun.
Utk aku ok je Najib jd PM sbb rakyat mmg enjoy mcm2

Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2023 02:57 PM | Show all posts
Innrukia replied at 13-8-2023 01:47 PM
agree bab pengampunan compared dgn anwar tu.
Tp bila Najib lepas akan berlaku pertembungan utk PM. ...

najib bukan jenis tikam belakang punya..

kalau najib dibebaskan, anwat bolehlah lantik bossku jadi menteri kewangan/ekonomi, kalau tak pon sekadar penasihat ekonomi dah cukup

biar ekonomi negara kembali ke landasan sepatutnya..

bila ekonomi bagus, rakyat pon suka..

anwat dapat tempias yang baik kerana kebijaksanaan beliau membebaskan najib dan meletak kepentingan negara di hadapan

kerajaan perpaduan kekal hingga PRU16-17

ruginya rakyat negara ini bila pemimpin yang cerdik macam najib dipenjarakan.. dah terbukti betapa hebatnya ekonomi di zaman najib, bukan hanya omongan kosong
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2023 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 13-8-2023 07:04 AM
Bebaskan najib dengan kadar segera

#freenajib

pru 14 team dia jugak kalah bhai, buat apa nk bebaskn najib..kita sendiri blom tahu kenapa umno kalah lg.
lagipun jasa dia ciput jugak..tiket high speed train ingat murah ke, ada pencakar langit era tu blom tentu rakyat mampu beli rumah, ringgit ttp jatuh, program e-rezeki ke laut.
kalau setakat klinik malaysia, sesapa pm boleh buat daa.
so bebas najib no guarantee umno kembali..tp kalau kj mungkin ada aura both muda @ tua.
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2023 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 13-8-2023 02:57 PM
najib bukan jenis tikam belakang punya..

kalau najib dibebaskan, anwat bolehlah lantik bossku jad ...

erm, mungkin jugak
tapi sbb aku ni tak xsuka pas...guarantee or no madanon kena jugak langkah berani, bebas najib..terpulang kembali ke umno tp jgn bg jawatan menteri..
pujuk kj join umno @ bg dia jd ceo ngo mcm MAS..
aku rasa madanon perlu ada sifat jahat kutty..cuba create 2 pas group..
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2023 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
zulfahmimaidin replied at 13-8-2023 03:32 PM
pru 14 team dia jugak kalah bhai, buat apa nk bebaskn najib..kita sendiri blom tahu kenapa umno ka ...

Najib kalah PRU14 sebab macam2 hasutan dibuat pada ketika PRU14 ittew contohnya najib pembunuh bersiri, nanib songlap 60 bilion, rosmah owner grab dan macam2 lagi.. semuanya dah terbukti hoax

Bukan itu jer.. Pihak lawan juga menjanjikan macam2.. tapi ternyata prank semata mata

Kalau ada kemajuan, kenaikan kos sara hidup tu memang tak dapat dielakkan.. zaman selepas najib ni kemajuan semakin mundur, tapi kos sara hidup semakin naik

Terbukti dah
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2023 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
zulfahmimaidin replied at 13-8-2023 03:41 PM
erm, mungkin jugak
tapi sbb aku ni tak xsuka pas...guarantee or no madanon kena jugak langkah bera ...

Xde nye najib tu akan bebas. Cuma skrg ada gerakan selangor utk selangor rakyat selangor sendiri mnta pmx fokus dkt rakyat selangor harap pmx layan la. Kita usir walaun pelahan2 balik kg mereka
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Harry-Meghan kantoi lagi
manopHarry-Meghan kantoi lagi
Views : 9687 Replies : 1
Pelacur kelas Atasan
chipmunk2024Pelacur kelas Atasan
Views : 33100 Replies : 90
Ilisha Ameera in a photo series.
grUdgE-frEakIlisha Ameera in a photo series.
Views : 39754 Replies : 76
Edisi ludah2 pada telefon!! : Apa cerita bekas adik ipar kok ping luah perasaan spill tea di IGStory?
QatrunnadaainEdisi ludah2 pada telefon!! : Apa cerita
Views : 41528 Replies : 196
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 177751 Replies : 1682
Pelajar Malaysia Perlu Tunjuk Bukti Ada Simpanan RM100,000 jika hendak sambung belajar di Australia
YgBenarPelajar Malaysia Perlu Tunjuk Bukti Ada
Views : 23732 Replies : 93
Walaun, tak buat lawak tak sah!
pengecattaikWalaun, tak buat lawak tak sah!
Views : 7677 Replies : 1
Nikah di Arab Saudi dan Selepas 7 tahun,Nurulhidayah Ahmad Zahid   lega pernikahan disahkan kerajaan Malaysia
YgBenarNikah di Arab Saudi dan Selepas 7 tahun,
Views : 11079 Replies : 3
Menunggu cinta tuhan
maklukpenggodaMenunggu cinta tuhan
Views : 11540 Replies : 30

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 06:20 AM GMT+8 , Processed in 0.075008 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list