View: 7557|Reply: 30
|
Altimet Menang Di Lembah Jaya, Penyanyi Pertama Jadi YB
[Copy link]
|
|
Komposer dan penyanyi, Altimet, 45, berjaya menyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), Lembah Jaya dalam PRN kali ini, sekali gus menggalas gelaran Yang Berhormat (YB).
Altimet atau nama sebenarnya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad yang mewakili Pakatan Harapan (PH) berjaya menewaskan pesaing dari Perikatan Nasional (PN), Sharifah Haslizah Syed Ariffin dengan majoriti undian besar berpihak kepadanya.
"Saya terharu dan teruja, esok saya akan mula bekerja dan berkhidmat kepada rakyat.
"Esok pagi juga saya akan solat subuh berjemaah di Masjid Taman Kosas sebagai meraikan kemenangan ini.
"Terima kasih juga kepada mak yang tidak berhenti berdoa, turun padang bersama berkempen serta jentera dan pengundi Lembah Jaya," katanya.
Penyanyi lagu Amboi itu berjaya meraih sebanyak 26,172 undi menewaskan pencabarnya, Sharifah Haslizah yang memperoleh 19,852 undi, sekali gus Altimet menang dengan majoriti 6,320 undi.
Justeru, Altimet kini berstatus 'wakil rakyat' sebaris dengan pelakon juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rim, Melaka, Datuk Khaidirah Abu Zahar atau lebih dikenali Dira Abu Zahar.
Untuk rekod, anak seni lain yang pernah bertanding dalam PRU15 ialah Datuk Jurey Latiff, Datuk Eizlan Yusof, Dr Ahmad Idham dan Lando Nawawi namun kesemuanya kecundang.
Penyanyi Aisyah pula pernah bertanding dan tewas di parlimen Jempol, Negeri Sembilan pada PRU13.
Nasib sama diterima penyanyi Herman Tino yang bertanding di Parlimen Tanjung Karang, Selangor atas tiket bebas termasuk penyanyi Dayangku Intan yang bertanding di Parlimen Pengerang mewakili PKR pada PRU13.
Sumber: Harian Metro, mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah
Btw dlm gmbr tu heols ada iras syed bukhary
Any chances theyols related x
|
|
|
|
|
|
|
|
terpaling kecundang diva AA dolu dapat puluh2 undi jah |
|
|
|
|
|
|
|
Ada kaitan dgn sherry alhadad ke...sbb nama dia pun ada al hadad |
|
|
|
|
|
|
|
Hebat jugak dia.. sebelum ni baper ramai artis yg tewas |
|
|
|
|
|
|
|
Cara mudah bergaji besar dan elaun bermacam serta perks hebat yang xperlu kelayakan akademik, xperlu pengalaman, xperlu hadir temuduga, dll. |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah, tinggi betul dia nih
Dia ni tak burukkan lawan, isu org bandingkan dia ngn pemain bola tu pun dia tak kecoh2 pun walaupun pemain bola tu nganjing dia balik kat igs dgn repost komen batu api tuh.
Jadi takde isu kontroversi sgt gaduh2 ngata lawan ke apa. |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah. Dah bgn ke belum tu? Semoga membawa manfaat utk semua. Jaga akhlak. |
|
|
|
|
|
|
|
LadyCarefree replied at 13-8-2023 08:23 AM
Cara mudah bergaji besar dan elaun bermacam serta perks hebat yang xperlu kelayakan akademik, xperlu ...
Dia educated ya bukan X da kelulusan mcm pemain Bola Tu |
|
|
|
|
|
|
|
LadyCarefree replied at 13-8-2023 08:23 AM
Cara mudah bergaji besar dan elaun bermacam serta perks hebat yang xperlu kelayakan akademik, xperlu ...
Betul. Mana2 orang boleh masuk politik. Walau kelas belakang sekali pun. Tapi
yang bagus selalu yg ada isi. |
|
|
|
|
|
|
|
Takyah puji melambung sangat, bagi buat keje dulu. Takut lebel suck dick dan adam adli jewww |
|
|
|
|
|
|
|
ok next!! elok la moga lps ni fokus jadi politician je. dah brp tahun kata nak resign menyanyi… ada je lagi jadi retis. kuat propa tu dah lama. so mmg sesuai jadi politician |
|
|
|
|
|
|
|
Hoi.. Hoi.. Hoi ya hoi... Kita bukan penyamun |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by prizadane at 13-8-2023 03:45 PM
Menang sebab bertanding atas tiket PH. Bukan sebab kredibiliti dia. Dah la sejenis cakap putar… konon nak bersara dari menyanyi.. eh tahu tahu muncul lagi lagu baru lepas pengumuman bersara. Now guna gelaran penyanyi pertama jadi YB lak sedangkan bukan dah umum bersara ke?
Iols tak faham kenapa PH sudi ambil dia jadi wakil. Dia ni ada vibe poyo yang kuat di mata iols. Semoga poyo dia ni boleh menyumbang kepada rakyat lembah jaya |
|
|
|
|
|
|
|
Masa jadi retis pun kuat pusing
Dah nampak tang tu
Paling bodow buat lagu hoi hoi ya hoiii
Pastu saing2 atas pentas |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni yg belajar medic tak habis tu kan?
Sepupu aku pun 2 orang belajar medic tak habis sbb nak jadi retis. |
|
|
|
|
|
|
|
Hoi iya hoii sape sokong penyamunnn....euwww dia ni poyoss kuat |
|
|
|
|
|
|
|
zeitabaei replied at 13-8-2023 07:57 AM
Dia educated ya bukan X da kelulusan mcm pemain Bola Tu
muntah hijao |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah ye YB. Tiber teringat kt jedjedi. Ingtkan dulu dia la bakal penyanyi pertama jadi yb.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|