CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 10428|Reply: 36

10 Tahun Kahwin Belum Hamil- Wanita Bagi Kucing Dan Anjing Jalanan Makan, Pesan Doakan Dapat Anak

[Copy link]
Post time 11-8-2023 07:45 PM | Show all posts |Read mode
Putrajaya: Seorang ahli perniagaan, Noor Liyana Mohd Hussain berkata, "Saya sudah 10 tahun berkahwin tetapi masih belum ada rezeki mempunyai zuriat sendiri, namun tanpa jemu saya suka pesan pada kucing dan anjing jalanan yang diberi makan untuk mendoakan saya.


Noor Liyana, 37, memberi reaksi itu mengenai usahanya berkongsi rezeki dengan haiwan jalanan di sekitar Putrajaya dan Cyberjaya, malah turut menyelamatkan kucing jalanan yang sakit sejak hampir 10 tahun lalu.


Pencinta haiwan itu berkata, dia akan memberi makan kepada haiwan jalanan terutama anjing setiap petang antara 4 hingga 5 petang.


Foto: Harian Metro




Menurutnya, dia dan suami juga membela 27 kucing pelbagai baka termasuk kucing jalanan yang diselamatkan kerana mengakui hatinya tidak tenang melihat haiwan itu menahan sakit di jalanan bersendirian.


"Untuk anjing memang setiap hari saya akan bagi makanan seperti ayam rebus, habuk daging dan makanan kering kerana anjing biasanya banyak di tepi jalan dan tinggal di hutan.


"Anjing tidak duduk di kawasan ramai orang jadi pada saya ia agak sukar mencari makanan sendiri. Untuk kucing kalau saya nampak memang akan beri ia makan, lagipun di kawasan saya sudah ramai insan yang baik hati beri kucing makan setiap hari," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.


Noor Liyana berkata, dia juga akan mengambil kucing yang sakit untuk dirawat sama ada di rumah atau dihantar ke klinik haiwan dan selepas kembali sihat dan boleh bertahan di luar dia akan melepaskan kembali di jalanan.


"Kucing yang tak boleh teruskan hidup di jalanan saya akan buka adoption tetapi kalau tiada berminat saya akan jaga," katanya memberitahu pembantu dan sepupunya akan memberi makanan haiwan jalanan ketika dia mempunyai urusan lain.


Katanya, usaha itu dilakukan atas dasar ihsan dan simpati kepada haiwan jalanan kerana baginya anjing serta kucing juga makhluk Allah yang perlu dibantu dan dilayan baik.


"Saya faham ada segelintir individu yang kurang suka beri makan kepada haiwan jalanan atas faktor kebersihan kawasan dan sebab itu biasanya saya akan alas makanan serta buang alas itu selepas digunakan serta bersihkan juga tempat itu.


"Semua ini saya keluarkan belanja sendiri kira-kira RM2,000 sebulan dan dalam kereta memang sentiasa ada makanan kering dan basah untuk kucing serta anjing," katanya.


Menurut Noor Liyana, dia suka berkongsi aktivitinya di TikToknya, @nanaharrisofficial dan beberapa video juga mendapat perhatian netizen, namun mengakui turut menerima komen kurang baik.


"Saya tahu apa yang haram tetap haram, namun itu tidak membataskan kita berbuat baik selagi menjaga batas kerana saya tidak memeluk atau mencium anjing hanya beri makan dan kalau suapkan pun akan pakai sarung tangan.


"Saya gembira dan tenang buat kerja ini kerana pada saya tak rugi berbuat baik dengan sesiapa saja termasuk haiwan, malah percaya kebaikan akan dibalas kebaikan juga biarpun dalam sedar atau tidak,"-CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2023 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
IVF dah try ke?
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2023 01:26 AM | Show all posts
semoga ada rezeki buat awak…
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2023 02:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Mitos mana iols dengar dulu, kalau bela binatang sebelum kahwin or sebelum dapat anak dia akan doakan kita kekal single / takda anak supaya boleh terus bagi dia makan..
Tataula kalau dengar thru kawan yg merepek
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2023 06:58 AM From the mobile phone | Show all posts
spankee_fili replied at 12-8-2023 02:58 AM
Mitos mana iols dengar dulu, kalau bela binatang sebelum kahwin or sebelum dapat anak dia akan doaka ...

Pernah dgr jgak
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2023 07:09 AM From the mobile phone | Show all posts
ooo ini yg selalu panggil anjing tempang nama dubu.. bg mkn. tp anjing tu tk dtg dekat2 pun..
anjing ke kucing ke jgn jinak sgt. nanti senang org nk buat aniaya.
kat malaysia ni tkde konsep foster.. haram mandulkn strays.. jd berlonggok ler kat pasar.. kedai2.. kdg2 jenis berbaka pun di buang.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-8-2023 07:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Level2 pemikiran rendah memang macam ni. Dia nak buat baik tapi tak fikir kesan buruk jangka panjang kepada masyarakat. Tak terjangkau dek akal dia apa akibatnya bagi makan kat haiwan2 jalanan ni. Berfikir ikut emosi semata-mata. Selfish.
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2023 07:31 AM From the mobile phone | Show all posts
spankee_fili replied at 12-8-2023 02:58 AM
Mitos mana iols dengar dulu, kalau bela binatang sebelum kahwin or sebelum dapat anak dia akan doaka ...

Mengarut tahap gilababs chuols..in fact ada kwn iols preggy lepas dia adopt kucing pulak tu..beberapa tahun sebelum tu dia tak bela kucing..ttc belum rezeki lg dpt anak..yg kelakar tu lepas dia adopt kucing tu la dia dpt rezeki preggy
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2023 07:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by pu3_rania at 12-8-2023 10:18 AM
zehra2 replied at 12-8-2023 07:09 AM
ooo ini yg selalu panggil anjing tempang nama dubu.. bg mkn. tp anjing tu tk dtg dekat2 pun..
anjing ...


Ya perempuan cantik dan baik hati ni lah bagi Dubu iaitu seekor anjing betina yang tempang & stray dog yang lain makan
Aku doakan semoga Allah SWT permudahkan dan percepatkan mengurniakan zuriat kepada Naanaa yang berhati mulia dan baik budi pekertinya yang selalu memberi kan makanan kepada stray dog & stray cat
Aamiin Allahumma Aamiin
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2023 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Buat baik dengan binatang untuk dapat in return yach
Penganut... Penganut.... Buat baik sentiada ada makna
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2023 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak buat baik pd haiwan bagus. Dpt pahala dan jgn la harap lebih dari tu. Cuma 1 kene igt selagi takdir kita yg dah tertulis di loh Mahfuz tu kata belom tiba masanya kita mengandung atau berjodohan..bagi la mkn kucing n anjing 1 dunia pon kita tetap lom dpt anak atau jodoh.
Kalau dah takdir kita ada anak tahun depan..xyah doa atau bg mkn haiwan, tetap akan dpt anak juga.
Berdoa dan bagi mkn haiwan tu perkara mulia dan buat je lah sbb anda mmg org yg baik dan penyayang.
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2023 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Kucing jiran akak nama Muaz dgn Dila....
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2023 10:55 AM | Show all posts
meols ni pencenta hewan jugak... tp idok le sampai tahap nak membela sampai penuh rumah.. hat dlm rumah ni yg berapa eko ni pun rasa udah cukup dahhh

kut dah bagi makan tu seelok2nya bawak vet la pegi mandulkan sekali.. takde le membiak dengan jayanyaaa
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2023 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Mat saleh kalau buat gini memang dia terus hantar untuk neuter. Itu barulah cara yang betul nak "selamatkan" haiwan jalanan. Sbb kat sana, nampak strays je memang ke dalam. Silap2 terus kena euthanize. Tapi acik ni berniat nak bg makan je. Bkn nak selamatkan.. so.. different approach la. Semoga dikurniakan rezeki anak yang baik dan menyenangkan hati. Ameen
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2023 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
rospinki replied at 12-8-2023 06:58 AM
Pernah dgr jgak

It could also extend to bercerai berai....walau mendapatkheun zuriat takda masalah....

Bukan kes ko kheunz?

#tanyaje...
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2023 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Dwdrum replied at 12-8-2023 08:35 AM
Buat baik dengan binatang untuk dapat in return yach
Penganut... Penganut.... Buat baik sentiada ad ...

Ko bekerja jadi barua laki sebab apo? Bukan nak raih syg laki keww?

#tanyaje...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2023 01:46 PM | Show all posts
Bnyak juga acik2 yg skema klau psl bgi mkn kat strays, skian dri iol yg sllu feed the strays.
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2023 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Dwdrum replied at 12-8-2023 08:35 AM
Buat baik dengan binatang untuk dapat in return yach
Penganut... Penganut.... Buat baik sentiada ad ...

Macam tak betul2 ikhlas kan..
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2023 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Dwdrum replied at 12-8-2023 12:35 AM
Buat baik dengan binatang untuk dapat in return yach
Penganut... Penganut.... Buat baik sentiada ad ...

Kan. Takleh ke buat baik just for the sake of it i.e. because you love doing good things not because of pahala-chasing?
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2023 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 12-8-2023 02:23 PM
Kan. Takleh ke buat baik just for the sake of it i.e. because you love doing good things not becau ...

Dlm konteks agama iteww sendiri berlaku baik dan mengharapkheun balasan pahala dari TUHAN tak salah atau memang laki ko yg bermahazab luar tabii didik ko, menyebut haram hukumnyer kalo mengharapkheun ganjaran pahala dari TUHAN? setiap makhluk yg bernyawa ciptaanNYA berdoa padaNYA serta bertasbih.....so tentunyer memberi makan pada makhluk hewan dan mengharapkheun perbuatan iteww dibalas dgn kurnia olehNYA akan doa kita tentunyer takda masalah kheunz?bukan kuceng atau anjing iteww yg berikheun zuriat...tapi DIA...

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 07:12 AM GMT+8 , Processed in 0.049103 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list