View: 6420|Reply: 52
|
[Politik]
Selangor umum Isnin cuti peristiwa jika gabungan PH-BN menang PRN esok
[Copy link]
|
|
Selangor umum Isnin cuti peristiwa jika gabungan PH-BN menang PRN esok
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari. - Foto NSTP
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor mengumumkan Isnin ini sebagai cuti peristiwa sekiranya gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) menang dalam pilihan raya negeri (PRN) ini, esok.
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kerajaan negeri amat berbesar hati sekiranya gabungan PH-BN kekal mentadbir Selangor untuk lima penggal seterusnya.
"Dengan berbesar hati juga saya ingin mengumumkan bahawa sekiranya gabungan Perpaduan yang terdiri daripada PH dan BN berjaya memenangi PRN pada 12 Ogos ini (esok) dan membentuk kerajaan negeri Selangor, kita bersetuju untuk isytiharkan cuti peristiwa buat seluruh rakyat Selangor pada 14 Ogos ini iaitu pada hari Isnin ini," katanya pada ucapan Amanat Khas Menteri Besar Selangor yang disiarkan di Facebook, hari ini.
Dalam ucapannya lagi, Amirudin memberitahu bahawa pilihan raya pada 12 Ogos adalah tarikh penting dalam sejarah Selangor.
"Anda bakal menentukan masa hadapan Selangor untuk tempoh lima tahun akan datang.
"Anda mempunyai pilihan antara gabungan yang akan meneruskan kejayaan, kecemerlangan dan kemajuan negeri ini ataupun gabungan yang hanya berminat untuk menggunakan PRN untuk mencetuskan ketidakstabilan politik negara, terbukti tiada idea baharu dan tiada perancangan untuk Selangor, negeri yang kita cintai ini," katanya.
Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... an-ph-bn-menang-prn
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau PH menang 6-0 cuti satu Mesia ke?? |
|
|
|
|
|
|
|
Ha ha ha.... ini manifesto ka rasuah pilihanraya? Tunggu nusi counter offer Kedah cuti seminggu
|
|
|
|
|
|
|
|
menang prn macam hari sukaneka budak sekolah nak umumkan juga cuti peristiwa
|
|
|
|
|
|
|
|
Pakatan Holidays - dh macam nama hotel
|
|
|
|
|
|
|
|
PN x nak kaunter ke..?
kami warga selangor ni...mengharapkan cuti jah ni...harap benda lain x leh.... riso harapan palsu jah... |
|
|
|
|
|
|
|
yg ni leak masa langkah sheraton atau masa pemilihan pkr kalau xsilap kaka. siap ngaku rela lagi nasib baik tilam xkena angkut
|
|
|
|
|
|
|
|
kang negeri lain xde beras sbb kedah cuti.dahlah beras tengah naik harga dan ada 26 negara dah sekat bekalan makanan dunia.
|
|
|
|
|
|
|
|
Guna kuasa kerajaan negeri untuk umumkan cuti apabila parti politik tertentu menang pilihanraya, bukankah ini sangat jelas suatu rasuah?
Tapi kita faham.... PH buat apa pun semuanya halal dan suci murni bak embun pagi. Sifat munafik memang begitulah, sentiasa cakap tak serupa bikin. |
|
|
|
|
|
|
|
Dengar podcast keluar sekejap kj dan sh invite mb amirudin dan azmin. Rase nye both nmpak credibility. Amirudin nmpak tenang dan serius. Azmin nmpak masih ada 'perasaan tak puas hati' walaupun dia keep on bgtau pmx yg jenis dendam. Kalau tutup mata dengar mcm diva AA yg cakap Tapi dari segi knowledge, leadership dan credibility imho, fair lah.
Cuma sbb azmin ada kes, i vote amirudin. |
|
|
|
|
|
|
|
untung la amirudin, bagi 88000 ekar tanah direct nego pun, raykat selangor masih menyokong penuh tatakelola.
55% vs 45% pun penuh tatakelola tanpa sakau |
|
|
|
|
|
|
|
Cuti satu hari seksa 5 tahun kata tok wan aku. |
|
|
|
|
|
|
|
Perwira2022 replied at 11-8-2023 05:51 PM
Guna kuasa kerajaan negeri untuk umumkan cuti apabila parti politik tertentu menang pilihanraya, buk ...
Yg tak pilih ph-bn dlm pengundian bakal dapat cuti tersebut jua atau tidak jika ph-bn menang?
So konteks rasuah atau meraikheun kemenangan dgn seluruh rakyat selangor samada yg pro atau against yg mana kesemua mendapat manfaatnyer?
Cuba jawab?
|
|
|
|
|
|
|
|
weii benci betul kasik2 cuti nehhh
baik belah sini atau yg sana
yihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
TomyamPuteh replied at 11-8-2023 06:06 PM
Cuti satu hari seksa 5 tahun kata tok wan aku.
Ada white flag dikibarkheun oleh rakyat semenjak dsai jadi piyem berbanding waktu yidin berpenjana jadi piyem?
#tanyaje |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 11-8-2023 05:02 PM
Ha ha ha.... ini manifesto ka rasuah pilihanraya? Tunggu nusi counter offer Kedah cuti seminggu :lol ...
Hahaha
Hamik ko Kedah cuti seminggu |
|
|
|
|
|
|
|
Aku x rs pn blh mng Kat selangor. Pd aku la pn ni x brp mesra manifesto dgn pengundi bkn melayu. So mmg isnin ni cmfrm cuti. |
|
|
|
|
|
|
| |
|