CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 9670|Reply: 68

Sherry Al-Hadad Nafi Masam Muka Dengan Nad Zainal,"Masing-Masing Sibuk, Tak Sempat Berhubung"

[Copy link]
Post time 11-8-2023 11:35 AM | Show all posts |Read mode
Hangat jadi bualan timbul dakwaan Nad Zainal bermasam muka dengan beberapa rakan selebriti termasuk rakan baiknya, Sherry Alhadad.


Kata Sherry, kali terakhir dia berhubung dengan Nad sebelum aktres itu melangsungkan perkahwinan dengan pelakon Ungku Ismail pada 23 Januari lalu.


Namun hubungan mereka tidak mempunyai sebarang masalah seperti diperkatakan sebaliknya kesibukan masing-masing terhadap tugas membuatkan mereka tidak berkesempatan bertanya khabar.


Foto: mStar




"Saya ada menghubunginya sebelum dia berkahwin, cuma sekarang ini saya sibuk... Nad pun sama dengan berniaga lagi, jadi kami memang tak sempat nak berhubung.


"Tapi dengan ibu bapanya saya masih berhubung cuma saya sendiri belum berhubung dan dia pun tiada hubungi saya.


"Kami masing-masing ada tanggungjawab dan kebahagiaan masing-masing. Saya dengan tugas saya, dia pula dengan halnya," katanya kepada mStar.


Dalam pada itu, Sherry berkata, sebagai sahabat dia gembira melihat kebahagiaan Nad yang sudah dianggap sebagai adiknya sendiri.


Meskipun sudah lama tidak berhubung, Sherry memberitahu dia sentiasa mendoakan kebahagiaan Nad memandangkan mereka sudah berkawan sejak berusia 17 tahun.


"Tentang keadaan Nad sekarang, saya gembira apabila dia pun sudah menemui kebahagiaan malah bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.


"Saya sentiasa doakan dari jauh kesejahteraan, kesihatan dan kebahagiaan dia. Kami kenal sejak berusia 17 tahun lagi.


"Tali silaturahim itu masih ada, kami masih berkawan dan saya sayangkan dia dan anggapnya macam adik sendiri," katanya.


Tambah Sherry, dia juga percaya tugasnya sebagai rakan baik telah dilaksanakan apabila sama-sama membantu mengumpul dana ketika aktres itu dalam keadaan kritikal di hospital penghujng tahun lalu.


"Berkat doa dan usaha kawan-kawan membantu ketika dia memerlukan, buat saya bersyukur. Saya rasa tugas sebagai sahabat bukan dalam senang sahaja tapi ketika mereka diuji dengan kepayahan.


"Bila rakan-rakan artis, media dan peminat membantu mengumpulkan dana, saya sangat terharu," luahnya.


Pada November tahun lalu, Nad dimasukkan ke Hopsital Pakar KPJ Ampang Puteri akibat jangkitan kuman pada paru-paru.


Susulan keadaannya itu, rakan artis dan peminat melancarkan Tabung Kecemasan Nad Zainal bagi membantu keluarganya menampung kos rawatan di hospital. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2023 11:43 AM | Show all posts
yg bermasalah sah sah la si pendek tu
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2023 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa dua-dua dah tak follow each other kat ig?
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2023 11:51 AM | Show all posts
nad kangkang kantoi enjoy duit sumbangan lettuww~~~
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2023 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
aku suka si sherry ni
tu je la nk tulis haha
pal deme gaduh ke apa lantaks la...depa nk kecikkan circle kut
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2023 11:57 AM | Show all posts
Nad, ko tader sepatah dua kata ke mengenai kenkawan artis kumpul dana untuk ko? atau aku yang terlepas pandang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-8-2023 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Npk sgt bergaduh
Nad dah kawin makin menyombong kot
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2023 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahahaa nmpk naw ada prob..kata kwn tp last kontek jan biar betul...zmn skg ni medsoc wasap  sng je kotttt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2023 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
X silap sherry tkg kolek duit2 dr rakan artis kan? Sbb pnh tgk mic ang bgtau
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2023 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
rayray28 replied at 11-8-2023 12:11 PM
Hahahaa nmpk naw ada prob..kata kwn tp last kontek jan biar betul...zmn skg ni medsoc wasap  sng je  ...

Pastu ngn parent nad boleh pulak shery ni berhubung. Nmpk sgt korang bgaduh. Skang ni byk medium utk bhubung.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2023 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Nad bahagia dikonkong eku semail lettew..ape2 hal blh rujuk suami saya..sape2 sila rujuk suami saya..terpaling bersuami..
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2023 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
#TeamSherry

Sebab muka nanad makin pelik , kesan byk cucuk + sembab pregnant.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2023 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Nad mcm kepala angin je
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2023 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
RoseLuna replied at 11-8-2023 11:49 AM
Kenapa dua-dua dah tak follow each other kat ig?

Kira baik kan sherry xde nk cerita kisah sbenar. Pasti la pendek katik tu punca or laki heols yg x hensem tu. I waktu preggy elok je keluar dgn kwn baik. Setakat lunch gitu ok je.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2023 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
prince_marhaen replied at 11-8-2023 11:51 AM
nad kangkang kantoi enjoy duit sumbangan lettuww~~~

Xberkat guna dah la baru kahwin. Nasib baik i xmenyumbang sbb x simpati masa she sakit haritu. Sbb perangai hauk sheol
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2023 01:21 PM | Show all posts
kwn2 iols kalau dah kawen pun menjauh. entah sbb apa. iols speku laki kwn2 iols memasing kuat jeles kot. xleh kasi bini berjimba kejap.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2023 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
I.K.A888990 replied at 11-8-2023 11:56 AM
aku suka si sherry ni
tu je la nk tulis haha
pal deme gaduh ke apa lantaks la...depa nk kecikkan cir ...

Tu la sherry ni mmg npk baik hati..yg sah2 bermasalah semestinya si ketot tu. Time fasha ambik gmbr dg sheols dkt ekspo singapore tu pn  muka mcm takut2/tpksa…kalau dulu sblm kawen baru,sblm berkelubung si nad ji jugak la antara ratu segala ratu komen merata kt ig kengkawan retis2 lain selevel dgn cat ross,tiara j,adeline tsen,zarina hutan poen maupun erul samah
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2023 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Makin pelik muka nad kontot nih dulu comel lah juga
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2023 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasanya lps dgn ei kan dia jd gini.kt hosp semua ei take over.dan mmg xda dah kwn2 dia lepas itu.deme ni kan ada grp khas gang2 deme.mmg sejak dgn ei nad jd gini.dedua sekufu..hahahahaha..
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2023 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Duit sumbangan banyak kot.haritu kata nak buat sidang media hujung ujung senyap....serry pengutip duit derma kot..di woayuskan ajerrrr..lolol
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-10-2024 09:17 PM GMT+8 , Processed in 0.087713 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list