CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3041|Reply: 0

Ibu, bekas pemain Liverpool punca Mane ke Al-Nassr

[Copy link]
Post time 10-8-2023 02:53 PM | Show all posts |Read mode
Ibu, bekas pemain Liverpool punca Mane ke Al-Nassr



Sadio Mane (kiri) beraksi ketika separuh akhir Piala Juara-Juara Kelab Arab menentang Al-Shorta dari Iraq di Abha, Arab Saudi awal pagi tadi. – Foto AFP


RIYADH: Bintang baharu Al-Nassr, Sadio Mane mendedahkan dia mendapat galakan untuk beraksi di Liga Pro Saudi oleh bekas rakan sepasukan di Liverpool namun yang paling penting oleh ibunya.

Ketika musim baharu bermula hujung minggu ini, bekas penyerang Anfield itu, yang menyertai Al-Nassr dari Bayern Munich, bercakap buat kali pertama mengenai alasan di sebalik perpindahannya ke Arab Saudi.

Penyerang Senegal itu menerima pelukan hangat bekas rakan sepasukan Anfield, Jordan Henderson pada majlis perasmian Liga Pro Saudi di Jeddah beberapa hari lalu dan dia mengakui bekas kapten Liverpool itu antara pemain yang kerap menghubunginya menjelang musim baharu.

Legenda Liverpool, Steven Gerrard yang menjadi pengurus Al-Ettifaq membawa Henderson ke kelab itu manakala bekas gandingan serangan Mane, Roberto Firmino akan beraksi dengan Al-Ahli dan pemain tengah Fabinho mengikat kontrak dengan kelab juara Al-Ittihad.

Mane berjenaka mengenai bagaimana Firmino dan Fabinho kedua-duanya menggalakkan dia menyertai kelab mereka.

"Saya fikir pertama sekali saya bercakap dengan Firmino," katanya. "Saya rasa dia mahukan saya datang ke kelab yang salah - saya bergurau saja! Dia sering menelefon dua atau tiga kali untuk meyakinkan saya supaya datang ke Al-Ahli.

"Pada masa sama saya bercakap dengan Fabinho kerana dia agak rapat dengan saya dan dia juga mahukan saya datang ke Al-Ittihad, tetapi apabila tawaran dari Al-Nassr tiba, saya pilih Al-Nassr.

https://assets.bharian.com.my/im ... 108b_1691648737.jpg

Sadio Mane (tengah) bersama rakan sepasukan Al-Nassr yang beragama Islam mengerjakan umrah di Makkah baru-baru ini. – Foto Facebook BBC Hausa
"Sudah tentu Henderson juga ada di sini dan dia menghantar mesej kepada saya dua hari lalu mengucapkan selamat berjaya dan saya teruja bertemu insan hebat ini selain bersemuka dengan mereka buat kali pertama dalam tempoh yang agak lama. Saya akan mengalahkan anda semua!"

Mane mungkin mendapat kata-kata semangat daripada bekas rakan sepasukannya namun nasihat ibunya ternyata menjadi kata pemutus.

"Oleh kerana saya berpeluang bercakap dengan keluarga saya, mereka paling gembira kerana ia sebuah negara Islam. Terutama ibu amat menggalakkan saya pergi.

"Ibu saya beragama Islam seperti saya, dia yang pertama menyuruh saya pergi ke sana dan seluruh keluarga teruja jadi ia tidak sukar - ia penting bagi kepercayaan agama saya. Saya gembira untuk menjadi sebahagian daripada projek ini, kami mempunyai masa depan yang cerah."

Tidak hairan Mane sempat menunaikan ibadah umrah bersama rakan sepasukannya di Makkah hanya beberapa hari selepas tiba di bumi Arab.

Dia akan bergandingan dengan bekas bintang Manchester United, Cristiano Ronaldo di Al-Nassr ketika kelab gergasi Riyadh itu mahu memastikan muncul juara kali ini selepas sekadar menjadi naib juara di belakang Al-Ittihad musim lalu. – AGENSI

Sumber:https://www.bharian.com.my/sukan ... ca-mane-ke-al-nassr


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 03:17 AM GMT+8 , Processed in 0.037271 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list