View: 2924|Reply: 3
|
KKD Tidak Keluar Arahan Sekat Utusantv - Fahmi
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) tidak mengeluarkan sebarang arahan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menyekat sebarang media di negara ini kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
Beliau memberi reaksi itu susulan mengenai dakwaan satu lagi portal berita, UtusanTV disekat kepada pengguna di Malaysia kerana dikatakan melanggar undang-undang negara.
"Saya tidak tahu perkara ini, saya rasa anda (wartawan) boleh merujuk kepada SKMM," katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran OHSEM Marketing 360 bersama Media Prima dan Dana Iklan Digital OHSEM 360, di sini, hari ini.
Menurutnya, beliau juga tidak menerima laporan mengenai perkara itu namun akan mendapatkan maklumat berkaitan daripada pihak berkenaan.
"Saya percaya media seharusnya bebas. Tetapi saya tidak memberi apa-apa arahan kepada SKMM untuk menyekat sesiapa, sama ada media atau media sosial tiada arahan datang daripada saya atau pejabat saya," katanya.
Bagaimanapun katanya, SKMM mempunyai kuasa sendiri untuk mengambil tindakan melalui aduan yang diterima daripada orang ramai sekiranya ia menjejaskan.
"Sebagai contoh, kadang-kadang jika laporan polis dibuat atau jika aduan oleh orang ramai, SKMM mempunyai kuasa mereka sendiri dan mereka boleh melakukannya (menyekat kandungan di media sosial).
"Kadang-kadang laporan datang daripada polis jadi saya tidak menerima sebarang laporan khusus daripada SKMM mengenai perkara ini tetapi saya akan tanya mereka," katanya.
Semalam media melaporkan, BERSIH meminta SKMM menjelaskan mengenai dakwaan UtusanTV disekat kepada pengguna di Malaysia kerana dikatakan melanggar undang-undang negara.
"Sekatan ke atas laman sesawang UtusanTV.com perlu ditarik segera. Jika ada sebarang isu terhadap kandungan daripada sesebuah organisasi media, satu proses yang telus perlu ada melalui surat tunjuk sebab dan peluang merayu sebelum sebarang sekatan dibuat," kata BERSIH dalam kenyataan.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Staceycampbell at 11-8-2023 11:45 AM
Thanks for sharing such great information, I highly appreciate your hard-working skills as the post you published have some great information which is quite beneficial for me, I hope you will post more like that in the future. Smashburger |
|
|
|
|
|
|
|
Semalam aku tengok kat TT azmin ali berkempen. Viewers ada 1k. Tap tap screen like dah sampai 78.6k lepas tu dah x bergerak nombor tu sampai sejam. Nampak ada aje yang like. So kenapa no x bergerak lagi.. adakah kena blok? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Solokkk at 10-8-2023 09:07 PM
Kemain lagik menteri kartun nih acah2 bebagus bagitau si gay tua kutuk hanat peliwat tersohor tuh, tak akan guna aset gomen untuk kempen PRN. Ujung2, macam biasa, kencinggggggggg . |
|
|
|
|
|
|
| |
|