View: 1468|Reply: 0
|
Liga Perdana siasat Chelsea
[Copy link]
|
|
PEMILIK baharu Chelsea melaporkan sendiri beberapa transaksi kewangan semasa era Abramovich kepada badan induk bola sepak Eropah, Uefa, Liga Perdana dan Persatuan Bolasepak (FA). FOTO REUTERS
London: Liga Perdana sedang menyiasat kemungkinan pelanggaran peraturan kewangan di Chelsea ketika di bawah pemilikan Roman Abramovich, Ketua Pegawai Eksekutif Liga Perdana, Richard Masters memberitahu akhbar Britain's Times.
Abramovich menjual kelab itu tahun lalu kepada kumpulan pelaburan yang diketuai oleh ahli perniagaan Amerika, Todd Boehly dan Clearlake Capital selepas aset jutawan Rusia itu di Britain dibekukan oleh kerajaan UK berikutan pencerobohan negaranya ke atas Ukraine, yang Moscow panggil sebagai 'operasi ketenteraan khas'.
Pemilik baharu Chelsea melaporkan sendiri beberapa transaksi kewangan semasa era Abramovich kepada badan induk bola sepak Eropah, Uefa, Liga Perdana dan Persatuan Bolasepak (FA).
"Kami cukup terbuka berhubung isu sejarah membabitkan Chelsea kerana mereka melaporkan sendiri kepada Liga Perdana dan kepada FA, jadi jelas sekali kami sedang menelitinya.
"Jika Liga Perdana percaya sebuah kelab sudah melanggar peraturan kewangan dan ada kes untuk dijawab, kes itu akan dikemukakan kepada kelab," kata Masters kepada akhbar itu.
The Times melaporkan bahawa siasatan itu merangkumi pembayaran berjuta-juta pound kepada entiti luar yang tidak didedahkan dan mempunyai kaitan dengan aktiviti bola sepak.
Ia sekali gus berpotensi mengakibatkan kelab itu dikenakan hukuman seperti denda yang tinggi atau pemotongan mata.
"Kami mahu proses sewajarnya dilakukan dengan cara paling efisien serta secepat mungkin.
"Bukan mudah untuk melakukan perkara ini dengan cepat tetapi kami mahu jawapan yang betul, positif atau negatif, sama ada kelab didapati bersalah melanggar peraturan atau tidak," kata Masters.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... dana-siasat-chelsea |
|
|
|
|
|
|
| |
|