CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1586|Reply: 0

[Perlis] 434 pesawah di Perlis terjejas akibat ketidaktentuan cuaca

[Copy link]
Post time 9-8-2023 02:57 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan

KANGAR – Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) merekodkan seramai 434 pesawah yang berada di luar kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) di negeri ini terjejas akibat ketidaktentuan cuaca sehingga bulan lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Asas Tani Perlis, Razali Saad berkata, jumlah pesawah yang terlibat itu melibatkan kawasan sawah seluas 501 hektar.

Katanya, antara yang terjejas adalah kawasan Titi Tinggi melibatkan 162 orang; Beseri (4 orang); Paya (95 orang); Padang Siding (129 orang) dan Bintong (44 orang).

“Bagi mengatasi perkara itu, Jabatan Pertanian telah mengedarkan sebanyak 10 unit pam air bernilai RM50,000 kepada peserta projek kelompok padi bagi tujuan pemindahan dan agihan air dari sumber ke petak sawah.

“Jabatan sama juga telah melaksanakan kerja-kerja menaik taraf sistem pengairan dan saliran seperti membina baru dan menyelenggara parit ladang sedia ada, membina pintu kawalan air serta membina dan memasang longkang konkrit untuk memastikan bekalan air dapat disalirkan ke kawasan tanaman padi,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Saad Seman (Pas-Chuping) mengenai jumlah petani dan pesawah yang terkesan akibat perubahan cuaca yang tidak menentu pada tahun ini.

Menurut Razali, Jabatan Pertanian juga mengadakan perbincangan dengan pihak Jabatan Pengairan dan Saliran untuk memastikan sistem bekalan air di luar kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dapat diperbaiki dan ditingkatkan pada masa hadapan.

Beliau berkata, berdasarkan rekod MADA, tiada pesawah di kawasan itu terkesan akibat kejadian tersebut kerana aktiviti penanaman padi bagi musim 1/2023 belum dilaksanakan secara meluas. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/08 ... tidaktentuan-cuaca/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 06:22 AM GMT+8 , Processed in 0.051293 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list