CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1545|Reply: 1

Toyota Corolla 'terbang' ke bumbung rumah

[Copy link]
Post time 9-8-2023 02:41 PM | Show all posts |Read mode

SEBUAH kereta meluncur laju di udara sebelum mendarat masuk ke bilik tidur di tingkat atas sebuah rumah di Pennsylvania. FOTO Balai Bomba Junction

Philadelphia: Bagaikan di dalam filem aksi, apabila sebuah kereta meluncur laju di udara sebelum mendarat masuk ke bilik tidur di tingkat atas sebuah rumah di Pennsylvania, petang Ahad lalu.

Dalam kejadian itu, sedikit bahagian kereta itu terjuntai di bahagian luar rumah.

Philadelphia: Bagaikan di dalam filem aksi, apabila sebuah kereta meluncur laju di udara sebelum mendarat masuk ke bilik tidur di tingkat atas sebuah rumah di Pennsylvania, petang Ahad lalu.

Dalam kejadian itu, sedikit bahagian kereta itu terjuntai di bahagian luar rumah.

Dalam kejadian itu, Balai Bomba Junction menerima laporan kejadian 3.15 petang di Jalan Alfawrata di Perbandaran Decatur, yang membabitkan sebuah Toyota Corolla tersangkut di atas bumbung.

Bomba berkongsi gambar kemalangan yang sukar dipercayai itu termasuk lubang besar akibat rempuhan kuat oleh kereta berkenaan.

Setibanya di lokasi kejadian, bomba mendapati Toyota Corolla yang mempunyai plat Pennsylvania, di atas bumbung.

Dalam imej dikongsikan, bahagian hadapan kereta itu bengkok, selain serpihan kayu besar bersepah di atas bumbung.

Kayu patah dan bahan binaan lain menutupi lantai, di mana pengisar injakan (treadmill) lama masih ada, manakala katil terbalik di sisinya.

Satu lubang besar di atas rumah jelas kelihatan apabila kereta itu dialihkan.

Kru kecemasan kemudian menstabilkan bangunan itu supaya ia tidak runtuh lebih teruk.


Disiarkan pada: Ogos 9, 2023 @ 2:30pm



Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2023 03:49 PM | Show all posts
flying car version toyotahhh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 01:50 AM GMT+8 , Processed in 0.054754 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list