Setel terus masalah air, takde sembang kosong. Projek mega kementerian ekonomi kerajaan Islam pertama, terusan air yang bakal memegang rekod terbesar di dunia, panjang dia lebih sikit berbanding warga uptown kuantang naik kete g clubbing Zouk Trec KL dengan 100% buatan kejuruteraan tempatan Made-In-Afghanistan tanpa minta (PRC "nak tolong" depa tolak) pertolongan luar langsung.
Qush Tepa Canal bakal mengubah aliran air Amu Darya yang selama ini bergerak dari Tajikistan ke utara persempadanan Tajikistan-Afghanistan (sini depa gali tepi sungai alir air masuk Terusan Qush Tepa) seterusnya ke persempadanan Afghanistan-Uzbekistan seterusnya masuk jauh ke Turkmenistan seterusnya masuk kembali ke Uzbekistan sehingga akhirnya sampai ke Aral Sea di persempadanan Uzbekistan-Kazakhstan yang sekarang terkenal masuk news global sebagai "tenat/ kadang-kadang kering".
Selama ni Afghanistan tak pernah memanfaatkan air sungai Amu Darya jadi tak kira apa bantahan sekalipun kerajaan Taliban kini tekad menyelesaikan masalah air di utara negaranya yang kering-kontang. Qush Tepa Canal bakal mengairi 550,000 hektar keluasan tanah membolehkan mereka nantinya mengusahakan projek agro seperti ladang gandum dan tanaman lain untuk sekuriti makanan negara mereka.
Qush Tepa Canal - Islamic Emirate of Afghanistan
Mula 13 Mac 2022
280km panjang, 100meter lebar and 8.5meter kedalaman
Kos Afghan Afghani AFN16.600billion (MYR900juta)
Ada 3 fasa dan 114 titik pembinaan
Durasi projek 5 tahun
Jan 2023 dah siap 41% (108km)
Guna 3406 mesin
Sekitar 5500 pekerja
720,000 kubik meter tanah dikeluarkan setiap hari
Kualiti/ pengurusan projek dipantau Perbadanan Kemajuan Negara & wakil dari Kerajaan Taliban.
Post time 9-8-2023 06:31 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Qush Tepa Canal bakal mengairi 550,000 hektar keluasan tanah membolehkan mereka nantinya mengusahakan projek agro seperti ladang gandum dan tanaman lain untuk sekuriti makanan negara mereka...
dpt persetujuan ke dgn negara jiran yang hilirnya dilalui sungai amu darya jadi sikit?
nti jadi mcm iran vs taliban pasal air dan mesir dengan dengan sudan pasal empangan nil putih