"Kami bertunang secara tak rasmi sewaktu birthday saya pada 24 Jun lalu. Dia tiba-tiba melamar dan memberikan cincin.
"Jadi, kami merancang untuk mengadakan majlis pertunangan sebulan sebelum akad nikah pada Januari tahun depan," ujarnya.
Dalam pada itu, Joy tidak menafikan hubungannya bersama Adrian turut diuji kerana masing-masing mempunyai sikap cemburu antara pasangan.
Namun, sikap tolak ansur dan saling memahami menjadi antara faktor ikatan hubungan mereka masih kekal bahagia.
"Mula-mula dulu memang kami selalu gaduh juga sebab dua-dua pun kuat cemburu. Kalau ada lelaki yang kacak mesej saya, Adrian pun akan cemburu.
"Saya juga sama cemburu melihat wanita lain mesej dia tapi kami berdua akan cuba terangkan keadaan sebenar untuk tidak berlakunya salah faham," jelasnya.
Selain memiliki wajah yang tampan, profesion Adrian sebagai doktor juga membuatkan Joy bimbang kerana tunangnya sering bertemu dengan ramai pesakit wanita.
"Saya tak nafikan memang risau juga sebab dia pun seorang doktor yang selalu jumpa pesakit. Kami sama-sama risau dan cuba sedaya upaya untuk menjaga hubungan ini sebaik mungkin.
"Kepada wanita di luar sana, jangan jadi perempuan murahan beri video tak senonoh pada pasangan orang lain.
"Saya percaya lelaki yang luar biasa hebat sahaja yang akan tahan godaan dan akan tetap setiap dengan pasangan mereka," katanya.
Menerusi temu bual bersama mStar pada April lalu, Joy memberitahu dia sedang mengenali hati Adrian dan mahu meneruskan hubungan mereka ke fasa lebih serius.
Kata Joy, dia mempunyai tanggungjawab yang besar kerana perlu membimbing Adrian mendalami Islam dengan lebih baik sebelum melangkah ke alam perkahwinan.
Adrian memeluk Islam pada 24 Mac lalu di salah sebuah masjid di Setia Alam, Selangor.
Untuk rekod, Joy pernah mendirikan rumah tangga bersama komposer dan penyanyi Hafiz Hamidun pada 1 Mei 2017 sebelum memutuskan untuk bercerai tiga bulan selepas itu.
Sebelum itu, Joy pernah bernikah dengan seorang ahli perniagaan dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Arryan Firdaus, 9.
Sumber: mStar