View: 2017|Reply: 5
|
[VIDEO] Hubungan dengan Farid kekal baik demi anak kalau cerai – Diana Danielle
[Copy link]
|
|
[VIDEO] Hubungan dengan Farid kekal baik demi anak kalau cerai – Diana Danielle
PELAKON Diana Daniella kekal menjaga hubungan dengan suami Farid Kamil walaupun bercerai nanti demi masa depan anak-anak.
SHAH ALAM – “Saya akan lega jika semuanya betul-betul sudah berakhir.”
Demikian respons aktres Diana Danielle yang enggan meletakkan sebarang harapan tinggi berhubung kes perceraian dengan suaminya, Farid Kamil yang dijangka bakal berakhir pada Khamis ini.
Kata Diana atau nama penuhnya, Diana Danielle Danny Beeson, 32, dia bagaimanapun tetap berharap agar kemelut rumah tangga yang sudah berlarutan selama lima bulan sejak Mac lalu berakhir dengan baik tanpa sebarang persengketaan.
“Mestilah saya nak pengakhiran yang aman dan baik untuk kami kekalkan hubungan yang aman dan baik demi anak-anak termasuk silaturrahim kami.
“Saya doakan kami dapat mencapai pengakhiran yang baik. Itu sahaja yang boleh saya harapkan,” katanya kepada Kosmo! Online selepas prosiding sebutan tuntutan hadanah interim di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam di sini, hari ini.
Tambah bintang filem Magika itu, dia juga tidak mahu menarik nafas lega terlalu awal dan akan bersedia untuk sebarang kemungkinan yang berlaku.
“Saya perlu bersedia untuk setiap kemungkinan yang bakal berlaku (Khamis nanti).
“Sekarang ini, saya masih menanti keputusan dan insya-Allah, saya bersangka baik.
“Saya tidaklah berdebar, cuma sentimennya tinggi kerana perkara ini melibatkan keluarga, hati, perasaan, masa depan dan banyak perkara. Jadi kena pandang perkara ini secara serius,” tuturnya.
Dalam masa sama, dia juga memberitahu sesi lawatan antara dua anaknya iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8, berjalan dengan baik seperti yang ditetapkan oleh mahkamah sebelum ini.
“Proses perjumpaan Farid dengan anak-anak berjalan dengan baik dan tiada masalah, saya tak mahu merumitkan lagi keadaan.
“Saya juga tak mahu bercakap banyak sebab Farid juga tidak hadir hari ini untuk pertahankan diri atau berkata lebih bagi pihaknya,” jelasnya.
Hari ini, peguam mewakili Diana, Datuk Akberdin Abdul Kader memaklumkan anak guamnya dan pihak defendan iaitu Faid sudah mempunyai draf terma-terma persetujuan bersama termasuk berkaitan kes cerai, hadanah dan tuntutan nusyuz.
Keputusan penuh berhubung tuntutan hadanah bagaimanapun masih ditangguh susulan mahu menyelesaikan semua kes-kes berkaitan perceraian secara menyeluruh.
Farid, 42, selaku plaintif bagaimanapun tidak hadir ke mahkamah hari ini kerana masalah kesihatan.
Terdahulu, pergolakan rumah tangga pasangan terbabit mula tercetus selepas Diana memfailkan cerai pada 10 Mac di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Dalam pemohonan cerai itu, Diana sebelum ini, mendakwa tiada persefahaman, berlaku shiqaq (perbalahan yang berpanjangan) selain tidak lagi dapat hidup bersama sebagai suami isteri antara alasannya untuk bercerai pelakon Diana dalam suaminya.
Rentetan daripada itu, pada 24 Mac lalu, Diana telah memperoleh hadanah interim dua anaknya.
Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora kini berusia lapan tahun. – KOSMO! ONLINE
Sumber: https://www.kosmo.com.my/2023/08 ... rai-diana-danielle/
|
|
|
|
|
|
|
|
Laku keras Datuk Akberdin ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Calm n composed tak macam ** padahal dua dua pelakon hikhik |
|
|
|
|
|
|
|
Diana Danielle tenang, bermula lembaran baharu
Pelakon, Diana Dianelle hadir di Mahkamah Syariah Subang Bestari bagi sebutan kes permohonan penceraian terhadap Farid Kamil. FOTO GENES GULITAH
Shah Alam: Perasaan tenang dan mahu memulakan hidup baharu. Itulah luahan perasaan Diana Danielle selepas berakhir kemelut panjang apabila sah bercerai dengan Farid Kamil hari ini.
Dalam masa sama, dia turut mendoakan bekas suaminya dapat memulakan hidup baru selepas ini.
"Kami boleh jadi insan yang lebih baik selepas ini. Saya tak nak cakap lagi perasaan selepas bercerai. Keadaan itu sebab saya rasa ia terlalu peribadi.
"Cuma ia berat, bukan perkara yang senang kami buat. Dan alhamdulillah dah berakhir di sini. Saya mendoakan yang terbaik untuk dia, untuk saya dan anak-anak.
"Tiada air mata yang mengalir. Saya dah bersedia dari segi mental untuk perkara ini. Perasaan itu hanya diluah di belakang pintu," katanya ditemui selepas prosiding selesai.
Diana berkata, perjalanan selepas ini dilalui seperti biasa terutama membabitkan tanggungjawab dan amanah terhadap anak-anak.
"Yang penting kita cuba yang terbaik untuk anak-anak. Berkenaan hak penjagaan anak-anak, peguam saya akan uruskan. Saya takkan pisahkan anak dengan bekas suami.
"Jika ditanya untuk kami digandingkan dalam drama atau filem, sejujurnya saya tak tahu, seandainya pun tak tahu. Saya tak pasti lagi. Nak kata saya okey atau tak pun tak pasti lagi.
"Kita tengok juga la. Mungkin dengan masa kita lebih matang dan selesa. Tapi kalau tanya saya sekarang saya memang tak tahu," katanya tenang.
Sementara itu, peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Diana dan peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan yang mewakili Farid berkata, persoalan penjagaan hak anak-anak akan direkod di Mahkamah Tinggi pada 21 Ogos ini.
"Itu dalam bidang kuasa Mahkamah Tinggi. Kami akan buat apa yang patut di sana nanti seperti yang dipersetujui.
"Buat masa ini kami takkan dedahkan apa-apa lagi. Semua sekali akan diselesaikan secara global. Kes nusyuz kedua-dua pihak dah tarik balik. Tiada apa lagi," kata Akberdin.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... ula-lembaran-baharu
|
|
|
|
|
|
|
|
Farid Kamil & Diana Danielle Sah Bercerai, Lafaz Talak Satu Secara ‘Online’
Pasangan selebriti popular Farid Kamil dan Diana Danielle hari ini sah bercerai talak satu selepas beberapa bulan turun naik mahkamah.
Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahri, 42, dilaporkan melafazkan talak melalui panggilan video selepas tidak dapat hadir ke mahkamah kerana tidak sihat.
Menurut peguam aktor itu, Farid tidak dapat hadirkan diri kerana masalah kesihatan susulan baru pulih daripada jangkitan Covid-19 sebelum ini.
Dia masih tidak berapa sihat. Ada kesan sampingan Covid-19. Kami sudah berbincang banyak kali dan penyelesaian ini adalah yang terbaik.”
Sumber:https://beautifulnara.com/farid- ... satu-secara-online/
|
|
|
|
|
|
|
|
11 tahun yang penuh pengajaran – Diana Danielle
Diana sendiri tidak pasti sama ada boleh berlakon dengan bekas suami, Farid Kamil selepas bercerai.
SHAH ALAM – Tempoh 11 tahun bergelar isteri pelakon Farid Kamil diakui Diana Danielle sebagai fasa yang banyak mengajarnya erti kematangan sebuah kehidupan, sebagai isteri dan ibu.
Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson berkata, biarpun sudah membawa haluan masing-masing, dia akan mengenang perkahwinan itu dari sudut positif selain mendoakan terbaik buat dirinya dan bekas suami.
“Saya bersyukur banyak belajar benda yang baik-baik. Belajar untuk menjadi matang, jadi ibu dan juga isteri.
“Banyak sangat pengajaran yang tidak semestinya pengakhiran ini saya ambil yang negatif sahaja. Saya ambil yang positif juga.
“Saya doakan kami dapat memulakan hidup dengan lebih baik selepas ini,” katanya kepada Kosmo! Online selepas prosiding lafaz cerai di sini hari ini.
Kemelut rumah tangga pasangan sama cantik sama padan itu menemui titik noktah selepas Farid melafazkan talak satu kepada Diana secara dalam talian menerusi Google Meet di hadapan hakim syarie hari ini.
Ia berikutan Farid, 42, tidak dapat hadir ke mahkamah atas masalah kesihatan dan diwakili peguam Fakhrul Azman Abu Hassan.
Pergolakan rumah tangga pasangan itu mula tercetus selepas Diana memfailkan cerai pada 10 Mac lalu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Diana mendakwa tiada persefahaman, berlaku shiqaq (perbalahan yang berpanjangan) selain tidak lagi dapat hidup bersama sebagai suami isteri antara alasannya untuk bercerai dengan Farid.
Farid dan Diana bernikah pada 3 November 2012. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8. – KOSMO! ONLINE
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/08 ... ran-diana-danielle/
|
|
|
|
|
|
|
| |
|