View: 3312|Reply: 9
|
Remaja Perempuan 15 Tahun Maut Motosikal Tak Lepas Potong Kereta Jam 2 Pagi
[Copy link]
|
|
Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun maut, manakala rakannya cedera parah selepas motosikal yang dinaiki mereka dipercayai hilang kawalan ketika cuba memotong sebuah kenderaan.
Gambar hiasan
Difahamkan, pelajar sekolah yang membonceng motosikal Yamaha 125Z itu meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Mersing akibat cedera parah di bahagian kaki dan badan selepas motosikal dinaiki mereka merempuh Proton Saga di Jalan Penyabong, Belukar Juling, Mersing, kira-kira 2 pagi, semalam.
Ketua Polis Daerah Mersing Supt Abdul Razak Abdullah Sani berkata, penunggang motosikal berkenaan yang merupakan rakan sekolahnya, 15, cedera parah di bahagian kaki dan sedang menerima rawatan di hospital yang sama.
"Hasil siasatan mendapati, kemalangan dipercayai berpunca daripada penunggang motosikal yang datang dari arah Penyabong cuba memotong kereta Proton Saga, sebelum melanggar kenderaan tersebut.
"Bagaimanapun, pemandu kereta Proton Saga itu tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sumber: BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
umo 15, pukul 2 pagi
isyh isyh isyhhh, mak pak takde ke tido mampoih?
salam taziah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ko buat apa kul 2 pagi tu dik?
|
|
|
|
|
|
|
|
balik dari mana tu dekkk hari sekolah balik pepagi morning.. |
|
|
|
|
|
|
|
ko wat apa dek pagi2 buta jam 2 tu dok weng weng lagi siap memotong2 |
|
|
|
|
|
|
|
kan...umur 15 tahun gi mana pukul 2 pagi...
salam takziah
|
|
|
|
|
|
|
|
Puas la driver kereta tu kan... |
|
|
|
|
|
|
|
Kereta dia rosak, kena claim insurance sendiri, NCD turun.
|
|
|
|
|
|
|
|
Anak saya baik..tak tinggal solat |
|
|
|
|
|
|
|
Apalah yg bebudak ni buat pukul 2 pagi kat luar lg..hari sekolah pulak tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|