CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1415|Reply: 3

Perangai jelik artis Hollywood atas pentas

[Copy link]
Post time 7-8-2023 02:03 PM | Show all posts |Read mode
Perangai jelik artis Hollywood atas pentas



MINGGU Lalu, tular aksi penyanyi rap terkenal, Cardi B yang mencampakkan mikrofon ke arah penonton selepas berang dirinya disimbah dengan air minuman ketika membuat persembahan di Drai’s Beach Club, Las Vegas.

Ketika kejadian, Cardi B atau nama sebenarnya Belcalis Marlenis Almanzar menyanyikan lagu hitsnya, Bodak Yellow.

Tindakan spontan sedemikian bukan kali pertama kali berlaku kepada artis terkenal, malah ada juga pelbagai insiden aneh, janggal dan menjelikkan pernah berlaku atas pentas Hollywood.

1. LADY GAGA




Semasa mengadakan persembahan di festival SXSW, Texas, pada 2014, Lady Gaga sepentas bersama Millie Brown yang terkenal dengan kerja seni berkaitan lukisan muntah.

Brown dilihat sengaja memuntahkan susu berwarna hijau ke arah Gaga. Dia kemudian minum sebotol susu hitam dan mengulangi tindakan sama.

Perbuatan itu ternyata menjijikkan dan Brown juga dilihat meletakkan jarinya di kerongkong semata-mata mahu mengeluarkan muntah.

2. OZZY OSBOURNE


Penyanyi yang terkenal dengan persembahan sambil makan kelawar, Ozzy Osbourne bertindak menggigit kepala kelawar yang dilemparkan oleh seorang individu ke atas pentas.

Tindakan itu mencetuskan kontroversi kerana penyanyi itu dilihat bertindak kejam terhadap haiwan semasa mengadakan persembahan di Des Moines, Iowa, Amerika Syarikat, pada 20 Januari 1982.

Pada masa sama, Osbourne pula menyangka ia adalah kelawar tiruan.

3. JIMI HENDRIX


Semasa festival Pop Monterey 1967, Jimi Hendrix bertindak membakar gitarnya supaya menjadi satu momen rock n roll paling diingati dalam sejarah.

Ketika lagu Wild Thing dimainkan, Hendrix menicum gitarnya sebelum menuangkan cecair daripada pemetik api ke atas gitar itu dan menyalakan api.

Dia kemudian menghancurkan gitar itu dan melemparkan gitar yang sudah hangus ke arah penonton dan berlalu pergi.

Hendrix menjelaskan tindakannya itu adalah satu bentuk pengorbanan kerana dia mengorbankan benda yang paling disukai.

4. KEITH MOON


Pemain dram kumpulan Who, mendiang Keith Moon pernah memampatkan dramnya dengan serbuk pengilat dalam sebuah acara persembahan.

Menurut Rolling Stones, letupan yang terhasil itu hampir meletupkan kumpulan itu di atas pentas dan mengaburkan kamera televisyen.

Ternyata tindakan Moon boleh mencederakan ramai orang walaupun ia adalah satu bentuk gurauan.


SumbeR:https://www.utusan.com.my/terkin ... lywood-atas-pentas/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2023 02:06 PM | Show all posts
deranged people, ini pon ramai menjulang.
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2023 08:29 PM | Show all posts
Tak tentu arah mereka ni...
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2023 11:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Ozzy gigit  kepala kelawar tu mmg legend sampai skrg org dok sebut2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 08:08 AM GMT+8 , Processed in 0.074845 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list