View: 3972|Reply: 7
|
Keluar 'Dating' Kali Pertama, Gadis Trauma Lelaki Cuba Ramas Buah Dada, Paksa Hisap Kemaluan Dalam Pawagam
[Copy link]
|
|
Seorang gadis mendedahkan dia menjadi mangsa gangguan seksual kepada seorang lelaki yang dikenali di aplikasi Bumble.
Lebih mengejutkan, situasi tersebut dialami ketika dia dengan lelaki berkenaan keluar berjanji temu (dating) untuk pertama kali selepas berkenalan di aplikasi berkenaan.
"Jika anda berada dalam mana-mana aplikasi temu janji terutamanya Bumble, sila berhati-hati dengan seorang lelaki bernama *****. Dia berumur 21 tahun dan belajar di ****. Nombornya ialah *****.
"Semalam kami sepatutnya berjanji temu (date) tetapi dia fikir dia akan mendapat sesuatu yang lebih. Dia memaksa saya dalam pawagam pada hari pertama!" luahnya di laman sosial tersebut.
Dakwa gadis tersebut lagi, lelaki berkenaan cuba meramas buah dadanya dan berkali-kali cuba memasukkan tangan ke dalam seluarnya untuk meraba.
"Saya tegas katakan tidak dan tolak tangannya. Dia tetap minta saya untuk menghisap kemaluannya di dalam pawagam! Saya tersangat trauma dengan apa yang dia dah buat.
"Harap dia dapat pembalasan akibat perbuatannya," kongsinya lagi tanpa memperincikan lebih lanjut mengenai lokasi kejadian.
Dalam pada itu, gadis berkenaan turut menafikan bahawa pakaian yang dikenakannya ketika itu menjadi salah satu punca mengapa lelaki berkenaan bertindak sedemikian.
Tambahnya, dia juga bakal membuat laporan polis berhubung perkara tersebut.
Ciapan gadis tersebut bukan sahaja mengundang perhatian warga maya, malah Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut memberi respons di ruangan komen.
"Salam sejahtera. Pohon kerjasama saudari untuk membuat laporan di balai polis berhampiran bagi memudahkan pihak berkuasa menjalankan siasatan. Terima kasih," tulis akaun @PDRMsia.
Sementara itu menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya melahirkan rasa simpati terhadap gadis berkenaan.
Dalam pada itu, ada juga yang mencadangkan supaya mana-mana gadis atau wanita berhati-hati sekiranya keluar berjanji temu dan membawa 'senjata' sebagai persediaan untuk mengelakkan diri menjadi mangsa gangguan seksual.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Ntah la dek.
Gais yang think all girls are easy are repulsive.
Girls yang flirted without boundary kat Wasap ka etc dengan gais sampai gais think kau tu easy target pun, at fault juga. |
|
|
|
|
|
|
|
Tanamkan dalam minda, semua jantan anjing dek. Iya termasuk bapak kau, datuk kau, laki kau, anak lelaki kau - sebab jantan dah memang jantan dek. Jika deols gay pun sama dek. Lagik la dasat perangai bila mengorat kaum sejenis. Memang agresif habis. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Carcosa at 7-8-2023 12:40 AM
First date dah pegi tgk wayang? Call me prude, tapi akak yg kertu ni pun tak berani dek. Gelap tu, mesti lah jantan tu akan mengalami "transformasi" pada "brg" dia dek Takkan itu pun nak kena ajar, dek? Safety awareness kau mana dek? Lupa nak switch on? Jantan dah mmg jantan. Itu aje lah otak dia. Nak ke situ. Takkan kau tak aware dek? Jgn Percaya jantan suka gila cair mair dgn kau dek, tanpa hidden agenda. Dah namanya jantan, mmg "itu" ajelah dia nak. Trust me. Dah, lepas ni 1st date, kau pegi lah mamak ke, stabak ke, dome ke, bual2 kenal2. Jgn dok masuk tempat gelap.
Eh kau baca ke porom? |
|
|
|
|
|
|
|
Apps dating selalu dilabel mencari perempuan murahan..
Biasanya lelaki baik tak masuk apps macam tu untuk mencari kenalan.
Entahlah mudah percaya sangat dengan jejantan, aku pun heran.. |
|
|
|
|
|
|
|
pawagam kan tempat awam...tak bole menjerit minta tolong ke... |
|
|
|
|
|
|
|
yg ptg ye.. melalui sumber2 yg bole dipercayai.. ada kes mak pak x bg kuar.. dh pesan kt guard.. tp sbb nk kuar.. wassap2 guard..sanggup tnjuk teks kt guard.. alih2 guard yg kna.. |
|
|
|
|
|
|
|
Betulke cite ni...bodo gak laki tu suruh suck dia punya cthnya tgv takde lah gelap sgt.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|