CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1533|Reply: 0

MotoGP: Quartararo terus berdepan kecewa isu jentera

[Copy link]
Post time 6-8-2023 01:37 PM | Show all posts |Read mode

QUARTARARO berdepan isu cengkaman jentera menyebabkan dia gagal untuk mendapatkan kepantasan terbaik. - AFP

LONDON – Pelumba utama pasukan Monster Yamaha, Fabio Quartararo mengakui bingung dengan prestasi jentera yang masih berada di bawah tahap sebenar menjelang perlumbaan Grand Prix (GP) British di Litar Silverstone malam ini.

Quartararo yang juga juara dunia MotoGP edisi 2021 dilihat gagal mempamerkan kepantasan yang diharapkan pada sesi ujian bebas kelmarin dengan merekodkan masa ke-11 terbaik keseluruhan.

Kata Quartararo, banyak isu yang dirasai ketika menunggang jentera terutama masalah cengkaman yang menyukarkan dirinya untuk mendapat kepantasan yang sebenar.

“Antara isu utama adalah masalah cengkaman di litar. Saya sudah berikan yang terbaik, tetapi catatan masa yang diraih agak ketinggalan jauh dengan pasukan pesaing dan ini adalah permulaan yang buruk buat kami.

“Situasi ini bukan sahaja berlaku di sini, malah ia turut dialami ketika pasukan mengharungi sebahagian besar perlumbaan musim ini.

“Secara peribadi, saya sudah rasakan bahawa cukup pantas tetapi perkara sebaliknya yang berlaku dan sudah tentu saya agak kecewa,” katanya.

Sementara itu, pelumba kelahiran Perancis berusia 24 tahun itu mengakui tidak kisah dengan keadaan cuaca yang diramalkan hujan pada perlumbaan sebenar nanti.

“Kami akan tetap beri yang terbaik tidak kira hujan ataupun salji sekali pun. Saya anggap ia sebagai cabaran,” katanya. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2023/08 ... kecewa-isu-jentera/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:35 PM GMT+8 , Processed in 0.056367 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list