CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2288|Reply: 0

[Perlis] Jalur Gemilang simbol identiti kesejahteraan negara, contohi semangat sahabat Rasulullah

[Copy link]
Post time 6-8-2023 12:10 PM | Show all posts |Read mode
Jalur Gemilang simbol identiti kesejahteraan negara, contohi semangat sahabat Rasulullah


Ogos 6, 2023 @ 11:32am





KANGAR: Bendera atau panji adalah simbol kenegaraan atau perjuangan yang disanjung tinggi sejak zaman Rasulullah SAW, kata Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli.

Beliau berkata panji juga dapat membangkitkan semangat keimanan dan pengorbanan kepada negara.

"Jalur Gemilang perlu dikibar dan tidak wajar dibuat sesuka hati dan bagi mereka yang mempunyai semangat patriotik sanggup menggadai nyawa bagi menjaga maruah negara," katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Perlis di sini hari ini.

Mohd Shukri berkata jika dilihat sahabat Nabi Muhammad SAW syahid (terkorban perjuangkan Islam) kerana mempertahankan panji Islam.

Katanya, antara kisah sahabat ialah Mus'ab bin Umair ketika perang Uhud tetap menjulang panji Islam walaupun sebelah tangannya dipotong tentera musuh.

"Beliau masih bersemangat merapatkan kedua-dua lengannya bagi menahan panji di dadanya daripada jatuh ke tanah walaupun kedua-dua tangannya dipotong," katanya.

Mohd Shukri berkata beliau meminta rakyat Perlis menghormati Jalur Gemilang yang menjadi simbol negara ini dengan menjaganya sebaik mungkin.

"Jika lihat Jalur Gemilang jatuh ke atas tanah maka segeralah angkat kerana ia adalah maruah negara," katanya.

Beliau juga meminta rakyat negeri ini agar memasang Jalur Gemilang di kediaman masing-masing sebagai kebersamaan dan cintakan negara ini. – BERNAMA







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 09:00 AM GMT+8 , Processed in 0.050815 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list