CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1833|Reply: 0

Adik Marc Marquez, Alex kuasai acara pecut di Silverstone

[Copy link]
Post time 6-8-2023 11:27 AM | Show all posts |Read mode

MARQUEZ meraikan kejayaannya bersama rakan pasukan. -FOTO AFP

Silverstone, United Kingdom: Alex Marquez bangkit daripada rasa mengantuk di selekoh pertama untuk memenangi acara pecut MotoGP British di litar Silverstone semalam.

Marco Bezzecchi cuba mengejar di akhir perlumbaan tetapi berjaya dihalang Marquez dengan Maverick Vinales melengkapkan podium ketika juara dunia Francesco Bagnaia mengalami hari yang penuh mengecewakan.

"Sangat bagus untuk memulakan musim ini semula dengan kemenangan pecut," kata Marquez, dengan MotoGP disambung semula selepas cuti pertengahan musimnya.

"Hari ini adalah hari untuk memenangi pecut," tambah pelumba Ducati-Gresini yang meraikan kemenangan pertamanya sejak menyertai MotoGP pada 2020.

Pelumba 27 tahun itu adalah adik kepada juara dunia enam kali, Marc Marquez.

"Saya rasa sedikit mengantuk di selekoh pertama tetapi kemudian saya sedar saya perlu bangkit dan berasa segar kembali," katanya.

Bezzecchi, yang menunggang untuk pasukan VR46 milik Valentino Rossi, memulakan perlumbaan di petak utama.

Penamat di tempat kedua melonjakkannya ke tangga kedua keseluruhan dalam kedudukan pelumba, 27 mata di belakang Francesco Bagnaia.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ecut-di-silverstone
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:02 PM GMT+8 , Processed in 0.056145 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list