View: 12376|Reply: 116
|
Sekali Lafaz Shila Amzah Sah Isteri Ubai- Mas Kahwin RM20 Ribu, Masih Tak Tahu Nak Pegi Mana Untuk Honeymoon
[Copy link]
|
|
Shila Amzah sah bergelar isteri kepada Muhammad Ubaidillah Mohd Zukfelfi dengan sekali lafaz pada pukul 10.27 pagi Sabtu.
Pasangan itu dinikahkan oleh Imam Masjid Darul Ehsan Ampang iaitu Mohamad Khairi Hussein berwakil walikan bapa pengantin perempuan, Datuk Amir Amzah Salleh atau ND lala.
Majlis pernikahan pasangan itu diadakan di The Boathouse Ampang, Kuala Lumpur.
Foto: Harian Metro
Ubaidillah atau Ubai menyerahkan RM20,000 sebagai mas kahwin berserta tujuh dulang hantaran manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.
Pengantin perempuan turut menyerahkan lima dutang hantaran kepada pihak lelaki.
Dalam pada itu, Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah, 33, meluahkan rasa syukur dan gembira apabila status mereka sebagai tunang sebelum ini kini sah bergelar suami dan isteri.
“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah atas kelancaran majlis pernikahan kami pagi ini.
“Kami berharap agar pernikahan ini menjadi satu ikatan abadi yang diberkati oleh Allah SWT... Insya Allah.
“Harapan saya semoga kami dapat menjalani bahtera perkahwinan ini sebaiknya dan saling sayang menyayangi hingga ke syurga,” katanya.
Sementara itu, Ubai berkata dia sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan bapa.
“Insya Allah sudah bersedia dan akan menjadi suami dan ayah terbaik untuk Shila dan Seth.
“Doakan semoga ikatan perkahwinan kami terus mekar dan kekal sehingga ke akhir hayat,” ujarnya.
Ditanya mengenai lokasi berbulan madu, Ubai memberitahu mereka belum ada sebarang perancangan memandangkan keduanya sibuk dengan kerja.
“Disebabkan kekangan kerja dan menguruskan hal peribadi keluarga, kami belum memilih lokasi berbulan madu.
“Namun mungkin akan ada percutian pendek di dalam negara terlebih dahulu,” jelasnya.
Pasangan pengantin kelihatan anggun dan kacak dalam persalinan sedondon berona putih rekaan Zaimi Zulkafli.
Majlis bertemakan rona putih itu turut disaksikan oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak, sahabat handai dan rakan media yang membuat liputan pernikahan pasangan berkenaan.
Antara rakan artis yang hadir termasuk Marsha Milan, Amylea Azizan, Jaclyn Victor, Fara Fauzana, Zara Zya, Jihan Muse dan ramai lagi.
Pasangan ini akan diraikan dalam dua majlis resepsi yang akan diadakan secara sederhana membabitkan keluarga, rakan artis dan rakan kongsi dari pelbagai negara.
Pada 27 Mei lalu, Shila mengikat tali pertunangan dengan Ubai yang diraikan dalam sebuah majlis tertutup dihadiri hanya rakan rapat dan saudara terdekat.
Shila dikatakan rapat dengan Ubai pada awal Februari lalu dan mengakui sedang menjalinkan hubungan cinta.
Untuk rekod, Shila pernah mendirikan rumah tangga dengan dengan Haris Idraki Elias pada April 2018 namun hubungan mereka berakhir dengan penceraian pada Februari 2022.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Seth Uwais yang kini berusia empat tahun. -CARI
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Si ubai ni umur dia brapa sebenarnya |
|
|
|
|
|
|
|
weezerfan replied at 5-8-2023 10:46 AM
Si ubai ni umur dia brapa sebenarnya
Tak silap 25 tahun |
|
|
|
|
|
|
|
Aiols sangat yakin kengkawan sheols potpet ngutuk di belakang. |
|
|
|
|
|
|
|
Sejak mek jannah bermekap dgn barbara bear retis pompuan yg kahwin lepas dia auto nampak kureng |
|
|
|
|
|
|
|
tomaz replied at 5-8-2023 02:46 AM
Kelam kusam je nampak
kan kusam tetamu pun warna putih..dah macam pergi marhaban ramai2..aku terpaksa akui yg hajah je nampak elok sikit berputih semua.... |
|
|
|
|
|
|
|
Curlast kau mas kawin pun 20k. Kalah anak dara |
|
|
|
|
|
|
|
Beribu2 tahniah.... Miss J anak 2 dengan bujang trang tang tang |
|
|
|
|
|
|
|
Mata iols je ke nampak mcm jelmaan kak ani
Btw congrats shila ubai.. semoga yg baik² aja utk semua.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah
Semoga berbahagia lah ye! |
|
|
|
|
|
|
|
red_velvet replied at 5-8-2023 11:33 AM
Beribu2 tahniah.... Miss J anak 2 dengan bujang trang tang tang
Anak sheols 1 jer bukan 2 walaupun nampak mcm anak 5 ya. |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah.. lepas ni jangan bingit lagi dekat khalayak ramai ye somi isteri ni. Sampai skrg aku memang terganggu dgn kebingitan korang & kawan2 dekat tempat makan hari tu |
|
|
|
|
|
|
|
Selamat penganti baru. Oo baru 25 tahun si Ubai |
|
|
|
|
|
|
|
Sape kt sini mcm aku.mmg tokleh tgok muka ubai. Total xmenjadi. Muka mcm budak2 drjah 1 tp bdn tua. Usop mentor cmtu pun aku tgok ada manis tp dak ubai ni aku...hm. aku xjamin tau anak2 dorg nnt cute. Jgn ckp aku x advise. Kikiki |
|
|
|
|
|
|
|
codenamedream replied at 5-8-2023 03:48 AM
Anak sheols 1 jer bukan 2 walaupun nampak mcm anak 5 ya.
Brp lama dia bertitle mis J? |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah…diakui make up dik janna terpaling helok setakat ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah. Upgrade dari peminat jadi laki mesti la jaga elok dah ko peminat dia. Semoga lalat lebih matang dan banyak sabar |
|
|
|
|
|
|
| |
|