CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5742|Reply: 30

Daiyan Trisha Akui Cgi Filem Sumpahan Jerunei Teruk, Dakwa Ditipu ‘Orang Putih’ Buat Kerja Separuh Jalan

[Copy link]
Post time 4-8-2023 08:56 PM | Show all posts |Read mode
Pelakon Daiyan Trisha mendedahkan kekurangan pada teknik CGI disebabkan oleh individu yang bertanggungjawab mengendalikan kesan khas berkenaan mahu namanya ditukar menjadi pengarah filem.


Disebabkan pihak penerbit tidak bersetuju dengan permintaan tersebut, penyelia kesan khas berasal dari Amerika Syarikat itu menarik diri dan enggan menyelesaikan tugasnya.






Cerita Daiyan lagi, penggambaran filem ini dilakukan empat tahun lalu di Mukah, Sarawak, namun tergendala akibat pandemik Covid-19.


"Kami terkejut kenapa kami perlu melakukan perkara itu... dan sudah tentu pihak penerbit tidak bersetuju atas permintaannya.


"Jadi bila penerbit tidak bersetuju dia terus balik AS dan dia tak siapkan kerja. Apa yang saya tahu, penerbit sudah membayarnya dengan bayaran yang tinggi... tetapi dia tidak menyelesaikan tugasnya.


"Ya itulah cerita sebenar, kami kena tipu dengan orang putih (ketawa)," katanya.


Daiyan berkongsi perkara itu menerusi satu video yang dimuat naik di aplikasi TikTok miliknya pada Jumaat.


Dalam pada itu, Daiyan turut mengakui kekurangan teknologi CGI dalam filem berkenaan dan menghormati pandangan yang diberikan penonton.





Kata Daiyan, tidak semua perkara dapat ditangani oleh pihak produksi dan berharap penonton terus memberikan sokongan buat filem ini yang masih lagi ditayangkan di pawagam.


"Ramai yang komplen disebabkan teknik CGI. Sebagai pelakon dan gemar menonton filem, saya akui teknik CGI dalam filem Sumpahan Jerunei ini agak teruk.


"Tetapi mungkin ia dapat dikecualikan kerana masalah-masalah dalaman yang kami lalui. Berdasarkan komen lain, penonton suka dengan jalan cerita, lakonan artis pun dipuji... ada yang kata takut, ada yang kata tidak.


"Saya hormati pendapat masing-masing. Kami pun berharap teknik CGI itu dapat dilakukan dengan lebih baik tetapi kadang-kadang kita juga tidak dapat mengawal apa yang akan terjadi," ujarnya.


  



Pelakon Budak Tebing ini turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang sudi membeli tiket wayang menyokong Sumpahan Jerunei di pawagam.


Biarpun menerima kritikan hebat, aktres berkenaan tetap meluahkan rasa syukur apabila filem tersebut menerima kutipan sebanyak RM1 juta selepas empat hari ditayangkan.


"Ramai sangat yang beri saya reaksi filem Sumpahan Jerunei terutamanya berkaitan dengan teknik CGI. Pertamanya saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang sudah membeli tiket untuk menonton filem ini di pawagam.


"Terima kasih walaupun anda kutuk, anda cakap CGI teruk tetapi sekurang-kurangnya anda telah membeli tiket untuk menonton," katanya.


  



Sebelum ini, tular sebuah video di Twitter apabila dua individu meluahkan rasa kecewa dengan kualiti filem Sumpahan Jerunei selain menyifatkan teknik CGI tidak mencapai tahap sepatutnya.


Malah mereka juga menyifatkan hasil kerja pelajar fakulti filem lebih baik selain meminta orang ramai tidak membazirkan wang menonton filem arahan Jason Chong itu.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2023 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang putih tu nk caras tempat jason chong?

Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2023 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
sheols ni kalau dalam gambar pon tak lawa dah lepas buat ps, dalam video lagi hauk rupanya
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2023 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 4-8-2023 09:05 PM
Orang putih tu nk caras tempat jason chong?

kalau yg iols baca sebelum ni, sfx director tu kata filem tu akan lebih laku kalau letak namanya instead of Jason Chong.

Sejenis fefeeling white supremacy lettew
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2023 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
heythere123 replied at 4-8-2023 09:21 PM
kalau yg iols baca sebelum ni, sfx director tu kata filem tu akan lebih laku kalau letak namanya i ...

Yg crew director penerbit, x sekolah ke boleh percaya ckp omputih tu
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2023 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Lip filler ke tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-8-2023 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
ohhh gitu kesah dia
terima kasih terpaling hidung sbb tlg explain
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2023 10:13 PM From the mobile phone | Show all posts
dia ni tak nampak classy, nampak trashy ada la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2023 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg pasti dkt tt org komen nmpk lipas dkt tepi dia. Hahaha. Dkt 4min jugak la ai cari. Nasib jumpa
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2023 11:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Laaa ye ke.. baru plan nak tgk movie ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2023 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
makneng replied at 4-8-2023 11:31 PM
Laaa ye ke.. baru plan nak tgk movie ni

Tgk review, org kata citer ni best cuma cgi je hauk..kira pejam mata je la part cgi tu.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2023 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by adiwarna at 5-8-2023 01:01 PM

Company sepet punya ler taksub dgn omputih sampai kena sailang pun takper, kat msia ni ramai giler kot budak2 terer cgi fx bagai, tu si sofyan tu, mmg cun  woo dia punya creativity dan skills, tapi melayu la kan...sepet mesti pandang lekeh kat melayu....kalo amik pun mesti nak bayor murah2 jer...
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2023 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
800214: Yg pasti dkt tt org komen nmpk ...

Weh besar bukan alang2 lipas kereta dia tuuuu. Aku duk cari baby lipas
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2023 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
dh abes ke orang malaysia yg reti cgi??? sofyank kan ada
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2023 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
lyshafull replied at 4-8-2023 10:07 PM
Lip filler ke tu

ghisau iols kang jd mcm bibir tokti mcm dah nk mlambai2 bibirnya tu..
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2023 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg lain tu bongok ke senang je kena tipu dgn orang putih tu?
Atau kena tipu sbb sejenis taksub dgn orang putih.
Tengok jelah forumers dlm ni ade yg taksub dgn retis2 malaysia yg ade vibe2 mcm mat/minah saleh katanya
Tu belum lg forumers tu jumpa yg tulen. Mungkin akan kena tipu jugak dgn orang putih mcm produksi filem ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2023 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Sheols buat dagu ke
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2023 03:12 AM | Show all posts
statement nak standby siap2 sebab filem ni akan flop juaaa
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2023 06:11 AM From the mobile phone | Show all posts
800214 replied at 4-8-2023 10:43 PM
Yg pasti dkt tt org komen nmpk lipas dkt tepi dia. Hahaha. Dkt 4min jugak la ai cari. Nasib jumpa

Katne nmpk lipas tu youu? Sbb i tgk vtt dia tu x nmpk pun lipas dlm kete
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2023 06:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Minah ni underbite rupanya
Bila ckp mcm senget sket rahang dia
X nampak hype dia yg org kata lawa. Biasa2 je
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 09:54 PM GMT+8 , Processed in 0.080915 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list