CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2774|Reply: 12

Wanita Bengang 6 Bulan Punggah Air Dari Masjid, Agaknya Bila Pihak Berwajib Nak Ambil Tindakan?

[Copy link]
Post time 4-8-2023 05:42 PM | Show all posts |Read mode
Seorang wanita hilang sabar apabila lebih dibelenggu masalah terputus bekalan air bersih sehingga aktiviti harian keluarganya terbatas.


Nur Idayu Supian yang juga terpaksa menggunakan tandas masjid berdekatan untuk membersihkan dirikesal dengan pihak berwajib yang tidak mengambil sebarang tindakan.




Tangkap layar perkongsian Nur Idayu yang terpaksa memunggah bekalan air dan menumpang mandi dari masjid berdekatan.




“Agak-agak bila masalah air dekat sini selesai? Dah enam bulan langsung tidak ada air, dari pagi sampai malam. Setiap hari saya punggah air dari masjid untuk buat kegunaan harian.


“Saya pun dah tebal muka untuk tumpang mandi di tandas masjid. Kadang-kadang saya hidup dalam tekanan sebab saya memang perlukan air bersih,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.


Difahamkan kejadian tersebut berlaku di Kampung Banggol Stol, Pasir Mas, Kelantan.


Lebih parah, Nur Idayu yang mengusahakan perniagaan bakeri dari rumah terpaksa mengurangkan tempahan kerana bekalan air bersih yang terhad.


“Saya terpaksa fikir dua tiga kali untuk terima tempahan kek sebab saya perlukan air bersih dalam kuantiti yang banyak untuk basuh peralatan memasak.


“Saya bertambah tertekan dalam keadaan begini. Pendapatan keluarga saya juga terjejas,” ulasnya lagi.


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai turut bersimpati dengan keadaan yang dihadapi serta ada juga yang berkongsi pengalaman yang sama.


“Lama sangat tu 6 bulan, saya kalau tak ada air sehati pun tak boleh. Lagi-lagi bila ada anak kecil, susah sangat tu,” komen Nur Faliyanaa.


“Orang yang tidak pernah merasai memang tidak akan tahu perit. Benda asas seperti air, elektrik dan telekomunikasi wajib ada,” tulis Rozz Mohamad.




Sumber: KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2023 05:52 PM | Show all posts
Edited by antikorok at 4-8-2023 07:06 PM

"Air zame pas ija, paip zame barise biru.
Duk gegey gi belarok ke Tesco tu, gi terjun belake sungai tuh penoh air, mu giloooooo????" tersenyum sinisss


Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2023 06:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Mu ni musuh isele ko
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2023 07:01 PM | Show all posts
mu pileh isle ko pileh air?
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2023 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Kelantan tak guna paip graviti ke uols?

Macam severe betul masalah air di Kelantan.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2023 11:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Mu nok Air ko mu nok Isle?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-8-2023 11:54 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 4-8-2023 07:06 PM
Kelantan tak guna paip graviti ke uols?

Macam severe betul masalah air di Kelantan.

kelantan sbnrnya landai. yg berbukit tu belah2 nak masuk pahang/ titiwangsa.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2023 02:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Demo pakoh pah demo bulih surgo
Untuk masuk surgo pakat tinggi, demo keno sabar dengey segalo ujiye termasuk putuh air
Kak surgo esok bulih memacey jenih air tanpo putuh termasuk sunga yg daley nyo mengalir air susu & air arok
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2023 07:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Cerita betul ke ni? Kang ada yg kata alaah bkn semua tmpt pun ada masalah air blablabla
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2023 07:46 AM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2023 07:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Oh ni biasa je.  Tak seteruk selangor setengah org ckp.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2023 08:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Lagubestbest replied at 4-8-2023 03:54 PM
kelantan sbnrnya landai. yg berbukit tu belah2 nak masuk pahang/ titiwangsa.


Jika begitu disarankan ummah Kelantan tengok Youtube blaja cara2 menuai air hujan aka harvesting rainwater. Dah desperate sangat kan. Aku pernah tengok Youtube video, kat negara miskin Mexico ka mana ntah, meka (penduduk kampung) siap harvest sumber air dari kabus. Memang inovasi habis.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2023 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Air da tkr jd Mercedez kekdahnya.mmg x patut la dia tahun 2023 Masih ada tmpt x ada air lg. Mcm ni perlukan revolusi bkn reformasi lg dah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 05:36 AM GMT+8 , Processed in 0.241938 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list