CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1526|Reply: 1

Pertama Kali Muncul Di WeChat, China Gesa Rakyat Mengintip Satu Sama Lain?

[Copy link]
Post time 4-8-2023 02:29 PM | Show all posts |Read mode
Pertama kali muncul di media sosial WeChat kelmarin, Agensi keselamatan China membuat kenyataan mengejutkan apabila menggesa semua orang awam menyertai usaha antipengintipannya.


Dalam catatan pertamanya di rangkaian itu, organisasi rahsia berkenaan menegaskan, satu sistem yang dapat memudahkan orang ramai terlibat memainkan peranan mereka dalam usaha tersebut mesti diwujudkan.




Reuters/Gambar kecil-Daily Mail




“Seluruh masyarakat mesti bergerak menentang pengintipan! Pengintipan adalah tindakan yang sangat tersembunyi, profesional dan perbuatan haram serta jenayah yang berbahaya.


“Ia bukan sahaja memerlukan organisasi keselamatan negara untuk memainkan peranan sebagai agensi anti pengintipan khusus, tetapi juga memerlukan penyertaan meluas daripada rakyat,” kata Kementerian Keselamatan Negara dalam catatan pertamanya di WeChat.


Menurut catatan itu, akaun media sosial berkenaan bertujuan membantu kementerian menggalakkan kesedaran tentang undang-undang yang perlu diberi perhatian dan menyediakan cara yang mudah diakses ketika melaporkan aktiviti mencurigakan.


Jelasnya lagi, undang-undang baharu turut ditetapkan untuk mengiktiraf dan memberi ganjaran kepada individu mahu pun organisasi yang melaporkan pengintipan atau membuat sumbangan penting kepada kerja-kerja anti-pengintipan.


Lapor Bloomberg, kenyataan itu menandakan peningkatan usaha antipengintipan oleh Beijing sejak undang-undang baharu berkuat kuasa bulan lepas.


Undang-undang itu turut memperluaskan senarai aktiviti yang boleh dianggap sebagai pengintipan termasuk skop bagi pihak berkuasa untuk menjalankan penyiasatan dan mengharamkan lintasan sempadan, sekali gus meningkatkan risiko kepada firma asing.


Pada Mei lalu, pihak berkuasa China menyerbu firma perundingan dan usaha wajar yang membantu pelabur global memahami ekonomi Asia termasuk Capvision Pro Corp, yang mempunyai ibu pejabat di Shanghai dan New York atas tuduhan membocorkan rahsia negara.




Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2023 08:44 AM | Show all posts
usaha antipengintipan dengan mengintip satu sama lain hanya di china
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 01:41 AM GMT+8 , Processed in 0.056127 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list