View: 3295|Reply: 20
|
"Saya Susah, Sangat Perlukan Wang," Shima Berang Bayaran Royalti Tak Dapat-Dapat
[Copy link]
|
|
Shima, 54, yang mula menjadi ahli RPM semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 2021. mendedahkan cerita sebenar isu royalti membabitkan Recording Performers Malaysia Berhad (RPM) yang belum diterimanya.
"Saya dijanjikan RM500 oleh RPM apabila tandatangan sebagai ahli mereka. Bayaran itu bersifat 'one off'. Apabila ditanya selepas itu, mereka kata individu terbabit dah berhenti.
"Saya pelik kerana ini janji dari RPM bukan individu terbabit. Kenapa orang lain dapat sedangkan saya tak dapat.
Foto: Google
"ermintaan mereka nak minta cover album, senarai komposer dan macam-macam lagi syarat untuk urusan royalti memang menyusahkan.
"Dulu ada grup WhatsApp RPM termasuk kakitangan mereka. Semua ada dalam itu. Siapa yang dapat royalti akan seronok," katanya kepada Harian Metro.
Shima berkata, dia kemudian bertanya Alfa Booty, (salah seorang Ahli Lembaga Pengarah) berkenaan royalti dan diberi jawapan akan menerimanya selepas setahun jadi ahli.
"Baru-baru ini saya mesej dia dan dia diam sahaja langsung tak balas. Itu yang buat saya kecewa. Mereka cakap pusing-pusing.
"Bila berita ini keluar di media barulah RPM nak hubungi saya. Kakitangannya bernama Liza hubungi saya beritahu akan dapat tahun ini tapi tak tahu bila.
"Alasan mereka, perlu dengar laporan dari pihak yang memainkan lagu saya. Habis apa yang mereka buat selama ini? Lagu saya kerap dinyanyikan di karaoke dan dimainkan di radio, takkanlah tiada royalti," katanya kecewa.
Shima yang popular menerusi lagu Teringin berkata, penyanyi lain mungkin sudah kaya raya dan tidak fikirkan mengenai royalti tetapi dia susah dan sangat perlukan wang.
"Liza pun dah tak hubungi saya untuk maklumkan perkembangan lanjut. Sebenarnya mungkin mereka boleh fikirkan dahulukan duit royalti memandangkan dah pasti saya ada royalti dari kutipan yang dibuat.
"Susah sangatkah nak selesaikan perkara ini? Saya cuma nak hak saya kerana saya sekarang tiada apa-apa," katanya.
Shima kini membuka akaun TikTok, Shima Teringin Official dan mengharapkan sokongan peminat untuk mengikutinya.
"Setakat ini ada sekitar 100 pengikut yang diraih menerusi bantuan seorang sahabat bernama Din Toyol.
"Saya mengharapkan ada pengikut mencecah 1,000 orang kerana nak berkongsi pengalaman secara 'live' berkenaan dunia hiburan tanah air," katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Tomok pun dpt entah berapa sen setahun inikan acik yg sendu sejuk. Lainlah acik tu BabyShima laku sana sini. |
|
|
|
|
|
|
|
untuk RM500 pun sheols sanggup tuntut macamtu kira memang sheols terdesak sangat dah tu... tunaikan je lah janji tu... RM500 je kot...
kan katanya orang lain dapat... tapi sheols je tak...
acik shima pun takyah la berharap duit royalti untuk industri malaysia ni...
dah industri pun kecik... pakej sheols pun sendu plak tu...
|
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya sampai jadi macam ni. |
|
|
|
|
|
|
|
aku harap orang dlm royalti board tu tolong la kak shima,
aku yakin mesti ada orang mainkan lagu kak shima kt utube, apple itunes dsbnya
ada la kenalan wa penulis lirik zaman 80-90's dia takde la popular, yg poplar pn dlm 1-2 lagu je, dia cakap sejak zaman utube i tunes ni dia dpt royalti lagi kencang...
dpt statement, UK, china japan, australia, USA russia semua ada layan lagu dia...
tp mugnkin sebab dia penulis lirik, dia tulis utk byk artis,
kak ema ni tak silap pn mgkn 2-3 lagu je hits...
tp utk lagu je ada royalti kan? filem2 kt siar, astro netflix dpt kat penerbit je kan? artis pelakon dsbnya dpt glamer je kan? |
|
|
|
|
|
|
|
dudaberhias replied at 4-8-2023 12:38 PM
untuk RM500 pun sheols sanggup tuntut macamtu kira memang sheols terdesak sangat dah tu... tunaikan ...
Dia pun kena usaha la. Rumah dah dapat kan? Zakat dan bantuan jkm pun ada kot kalai dah asnaf. Pandai nyanyi rajin2lah buat sesuatu kat medsos. Memasak pun ok. |
|
|
|
|
|
|
|
sedih la baca 500 je pun bkn byk mana |
|
|
|
|
|
|
|
Suatu masa dahulu pada Shima RM5,000 seperti RM500, tapi kini RM500 seperti RM5,000.. Kesian Shima betul-betul susah.. |
|
|
|
|
|
|
|
harap ada yg bantu dia... dari ayat dia jelas yg dia terdesak nak guna duit... mgkn 500 tu mgkn sikit bagi sesetengah org... tapi utk acik shima nilai sebanyak tu besar utk dia |
|
|
|
|
|
|
|
dia ada buat masak2 jugak..dulu dia berniaga western tp sbb terlalu mahal sgt org pun xnk beli..sekrg ni dia niaga mee2 ke soto x ingat dh, ada dlm fb sheols |
|
|
|
|
|
|
|
situasi dan hidup orang tak sama..
ujian dan dugaan pun tak sama..
tak pela, yang dia tuntut hak dia yg dijanjikan..
bukan dia mintak sedekah ke apa..
bayar je la RM500 kat dia. mungkin tu duit dia nak buat pusing modal niaga.. |
|
|
|
|
|
|
|
khennn... nak2 dia pun sendu jah pandai2 la buat bisnes ke cari duit cara lain...
takkan nak tunggu duit one off rm500 tu jer...
retis kan jual apa pun laku asalkan bukan rega beskot shelup2 sudah...
|
|
|
|
|
|
|
|
salimrock replied at 4-8-2023 03:06 PM
aku harap orang dlm royalti board tu tolong la kak shima,
aku yakin mesti ada orang mainkan lagu k ...
Hensem tak? Kalau ensem, kata kurex kirim salam |
|
|
|
|
|
|
|
kalau itu hak dia..dia berhak untuk tuntut..walau pon satu sen..mungkin sekarang kita tak berada kat situasi dia..500 tu nampak kecil pada kita..boleh la cakap sambil dagu dongak ke langit.
shima ni ada banyak lagu2 hits..bukan one hit wonder..aku pasti radio2 selalu jer dok ulang2 lagu2 dia. |
|
|
|
|
|
|
|
MistrezHermanaz replied at 4-8-2023 03:23 PM
dia ada buat masak2 jugak..dulu dia berniaga western tp sbb terlalu mahal sgt org pun xnk beli..sekr ...
Ok juga income tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Suchi at 5-8-2023 09:35 AM
Kesian plak, demi RM500 je tu one off plak bukan bulanan.
Pakat2 la sesapa pi follow sheols kat tt tu boleh la nnt wat live.
Kak shima maybe bleh pikirkan content2 yg menarik utk org tgk,masak2 pun bleh.
Apa lagi yaa tak perlu buat video hebat2 mcm auntie purple pun.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bukan ke acik ni ada berniaga makanan western yg mahal tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Moga yang berhutang tu langsaikan dengan cepat. Kesian org dok tunggu duit.
Shima ni buat kerja apa sekarang? Bisnes kecik ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
Kesian. Moga retis lain ambil iktibar. Mulakan simpanan seawal usia. Beli emas berkilo yer. Supaya tua nanti tak susahkan sesiapa aka ada duittttt. |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm mana nak dm dia? Aku takda tik tok or Ig. Fb pun dah bersawang. |
|
|
|
|
|
|
| |
|