View: 2221|Reply: 5
|
Penuntut IPT Warga Somalia Didenda RM1,000 Pegang Bahu Wanita Dalam Lif
[Copy link]
|
|
Mahkamah Majistret Seremban mengenakan denda terhadap pelajar doktor falsafah di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) atas kesalahan memegang belakang bahu wanita di dalam lif pada hujung bulan lalu.
Tertuduh yang juga warganegara Somalia, Yasin Abdi Alasow, 48, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Saqinah Rosli.
Kosmo
Majistret turut menetapkan sebulan penjara sekiranya tertuduh gagal menjelaskan bayaran denda berkenaan.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh telah menggunakan kekerasan jenayah dengan cara memegang belakang bahu kiri seorang wanita berusia 29 tahun dengan niat mendatangkan bangkitan marah.
Perbuatan itu dilakukan di dalam lif apartmen di Nilai kira-kira 7.05 petang, 31 Julai yang lalu.
Oleh yang demikian, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 352 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara hingga tiga bulan atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nik Nur ‘Aqilah Syarfa Nik Zaidi, manakala, tertuduh tidak diwakili peguam.
Sumber: KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
kami berada di malezia pon atas izin kjaan anda-Somalian |
|
|
|
|
|
|
|
deport dan ban lepas penjara 3 bulan. |
|
|
|
|
|
|
|
'seorang wanita' tu siapa bagi dia?
|
|
|
|
|
|
|
|
Camne tu, bangkitkan kemarahan
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh telah menggunakan kekerasan jenayah dengan cara memegang belakang bahu kiri seorang wanita berusia 29 tahun dengan niat mendatangkan bangkitan marah. |
|
|
|
|
|
|
|
tak faham?? drg begaduh ka apa smpi mcm tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|