CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1331|Reply: 1

Was-Was Dengan Iklan Lesen Memandu Sepantas Tiga Hari Tapi Tetap Tertipu!

[Copy link]
Post time 3-8-2023 03:43 PM | Show all posts |Read mode
Menggunakan media sosial dengan meletakkan gambar individu berseragam Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), kegiatan sindiket lesen terbang semakin menjadi-jadi memperdaya orang ramai hingga menyebabkan kerugian mencecah ribuan ringgit.


Modus operandinya adalah meyakinkan mangsa kononnya mereka boleh mengeluarkan dokumen tersebut dalam tempoh tiga hari tanpa perlu menjalani ujian JPJ de­ngan hanya membayar sejumlah wang mengikut kelas kenderaan dipohon.


Antara kelas kenderaan yang ditawarkan termasuk motosikal, kereta, lori, bas dan motosikal berkuasa tinggi.




Gambar hiasan




Mangsa akan terpedaya apabila sindiket menggunakan gambar individu yang memakai seragam JPJ pada iklan yang dipamerkan di Facebook atau Telegram selain berkongsi gambar Mykad, lesen kenderaan individu yang sah dan tangkap layar perbualan pelanggan.


Harga lesen yang ditawarkan lebih kurang sama dengan ditetapkan JPJ dan hanya berbeza dari segi tempoh lesen siap dan kekerapan hadir ke kelas di sekolah memandu sebelum layak menduduki ujian JPJ.


Sindiket kemudian akan mendiamkan diri dan tidak membalas mesej atau pertanyaan selepas mendapat wang pendahuluan, manakala mangsa tidak memperoleh sebarang lesen se­perti dijanjikan.


Kosmo! yang menjalankan siasatan mendapati, rata-rata sindiket mengiklankan janji palsu yang sama iaitu semua urusan adalah 100 peratus secara online dan pelanggan perlu membayar sejumlah deposit terlebih dahulu sebelum lesen disiapkan.


Salah seorang mangsa dikenali sebagai Mohd. Azam, 32, berkata, dia kerugian RM3,000 selepas membayar kepada sindiket untuk mendapatkan lesen kereta, motosikal dan lori pada Julai lalu.


Katanya, dia kemudian telah disekat di Facebook dan aplikasi WhatsApp kerana sering berta­nyakan wang dan lesen yang dijanjikan.


“Geram dengan kejadian itu saya memuat naik tangkap layar perbualan saya dengan sindiket di satu kumpulan Facebook. Selepas itu baru saya tahu ramai lagi yang terkena.


“Saya percaya selepas lihat sindiket menggunakan gambar pegawai wanita memakai seragam JPJ bersama dengan iklan lesen terbang tersebut,” katanya ketika dihubungi.


Menurut Mohd. Azam, sindiket kemudian menghubu­nginya melalui WhatsApp menggunakan gambar lelaki memakai seragam JPJ meminta RM100 sebagai bayaran untuk penghantaran lesen.


“Saya marah sebab dah serik kena tipu. Saya syak mereka ini warga asing kerana menggunakan perkataan pelik, banyak typo dan nombor yang digunakan tidak seperti yang digunakan di Malaysia,” katanya.


Seorang lagi mangsa, Abdul Norhakim, 27, berkata, pada awalnya dia was-was dengan iklan yang disiarkan sindiket sebelum berubah fikiran setelah melihat gambar wanita beruniform JPJ yang digunakan oleh mereka.


“Silap saya sebab percaya dengan penipuan mereka. Saya dah bayar RM1,600 untuk lesen kereta dan motosikal.


“Lepas dah habis bayar, saya terus kena sekat di WhatsApp. Saya ada cuba hubungi mereka, namun gagal,” ujarnya yang belum membuat laporan polis.




Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2023 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Knp x g saluran betul . Thru school driving. Xpe gagal boleh repeat. Nk senang ko g yg driving school yg memang ada litar ujian sendiri , x menumpang company lain.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 01:03 PM GMT+8 , Processed in 0.349054 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list