View: 1548|Reply: 1
|
Rai Ulang Tahun Perkahwinan Ke-50, Suami Hadiahkan Isteri 1.2 Juta Bunga Matahari
[Copy link]
|
|
Washington: Petani dari Kansas, Amerika Syarikat (AS) menghadiahkan 1.2 juta bunga matahari yang ditanamnya di padang seluas 32.4 hektar sebagai kejutan untuk isteri tercinta sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-50.
Mirror UK melaporkan, Lee Wilson mendapat idea untuk memberi hadiah berkenaan bagi menunjukkan rasa sayangnya kepada isteri, Renee, dengan cara yang luar biasa.
Lee tidak berseorangan kerana dia mendapat bantuan anak lelakinya untuk menyemai benih bunga matahari secara rahsia pada bulan Mei.
Foto: BBC
Apabila hari ulang tahun perkahwinannya tiba, Lee menghadiahi isterinya dengan sebuah ladang dipenuhi bunga matahari itu.
Renee dalam temubual dengan ABC mengakui terharu dengan usaha dan hadiah pemberian suaminya.
"Ia membuatkan saya berasa sangat istimewa.
"Ia tidak mungkin menjadi hadiah ulang tahun yang lebih sempurna daripada ladang bunga matahari," katanya.
Pasangan itu bertemu di sekolah menengah ketika mereka berusia 16 tahun. Sejak itu, mereka menjalin hubungan.
"Kami raikan ulang tahun perkahwinan kami yang ke-50 pada 10 Ogos, dan kamu tahu apa yang saya dapatkan untuk isteri?
"Saya banyak memikirkannya dan dia sentiasa menyukai bunga matahari," kata Renee lagi.
Pengunjung berpusu-pusu ke ladang itu untuk mengabadikan keindahan bunga matahari yang mekar penuh.
Klip video romantis yang memaparkan pasangan itu juga tular di media sosial. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
hekeleeehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh xda function |
|
|
|
|
|
|
| |
|