CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1744|Reply: 0

[Johor] JAS masih kesan punca pencemaran

[Copy link]
Post time 3-8-2023 01:59 PM | Show all posts |Read mode

AHLI Majlis Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), Fauzi Faizal menunjukan Sungai Tiram yang disyaki punca pencemaran bahan kimia dibuang berhampiran SK Sungai Tiram, Ulu Tiram, Johor Bahru.

JOHOR BAHRU – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor masih mengesan punca sebenar pencemaran bau kimia yang menyebabkan 24 murid, dua guru dan dua pembantu kantin Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Tiram, Ulu Tiram, di sini mengalami pening kepala dan muntah-muntah.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor, Dr. Mohd. Famey Yusoff berkata, pengesanan bacaan ‘methyl mercaptan’ yang dikesan di lokasi berhampiran tidak boleh dikategorikan sebagai punca sebenar.

Katanya, hasil tinjauan yang dilakukan oleh pegawai penyiasat JAS Johor masih belum dapat mengenal pasti punca sebenar pencemaran bau itu berlaku.

“Selagi JAS tak dapat kenal pasti punca dari mana bau itu datang, kita tak boleh membuat konklusi bacaan ‘methyl mercaptan’ itu adalah punca sebenar, kerana bacaan dibuat selepas kejadian itu berlaku.

“Boleh jadi bacaan sudah lama berada di situ. Jika kita ambil bacaan di Pasir Gudang ketika ini, kita pun akan boleh dapat keputusan yang sama tapi tak berlaku pencemaran di sana,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Selasa lalu, seramai 24 orang murid, dua guru dan dua pekerja kantin di SK Sungai Tiram itu mengalami muntah-muntah akibat terhidu bau busuk. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2023/08 ... n-punca-pencemaran/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 01:48 PM GMT+8 , Processed in 0.244446 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list