CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5296|Reply: 56

[Tempatan] Orang Selangor kalau silap undi akan jadi seperti Kedah - Anwar

  [Copy link]
Post time 3-8-2023 08:04 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Orang Selangor kalau silap undi akan jadi seperti Kedah - Anwar


Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengingatkan rakyat Selangor bahawa negeri itu akan menjadi seperti Kedah dan Kelantan sekiranya Perikatan Nasional (PN) menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN).

Berucap di hadapan lebih 2000 hadirin yang majoritinya masyarakat Cina di Tanjung Sepat, Pengerusi PH itu berkata pengundi di Selangor perlu mengundi gabungan PH-BN untuk menunjukkan bahawa negeri itu milik semua kaum.

"Saya minta pengundi Selangor untuk tunjuk (kepada) Bersatu dan PAS, ini negeri kepada semua kaum. Rakyat Selangor kena tunjuk mereka bukan bodoh. Dia (PN) boleh beli satu dua orang. Tapi tak boleh beli semua.

"Dia orang kata dia orang bawa parti Gerakan wakili Cina, saya nak tanya parti Gerakan hidup lagikah?

"Kamu silap undi, kamu akan jadi Kedah, kamu silap undi lagi, kamu akan jadi Kelantan," katanya di program ceramah Jelajah Bersama PMX, di Dewan Muhibbah, Tanjung Sepat, Sepang.

Bagaimanapun, Anwar tidak menjelaskan secara terpeinci mengenai apa yang dimaksudkan Selangor akan menjadi seperti Kedah dan Kelantan sekiranya PN menawan negeri itu.

Turut hadir Setiausaha Agung Umno, Asyraf Wajdi Dusuki; Timbalan Menteri Kewangan II, Steven Sim Chee Keong; calon PH DUN Tanjung Sepat, Borhan Aman Shah; calon BN DUN Dengkil, Norazli Said dan calon PH Sungai Pelek, Lwi Kian Keong.

Selain penyokong Umno, ahli MIC dan wakil Orang Asli juga dilihat hadir dalam program malam tadi.

Terdahulu, Anwar juga mencabar PN berkempen dengan membentang kejayaan mereka ketika menjadi kerajaan persekutuan.

"Ini bukan masa untuk maki orang.

"Saya ingatkan Muhyiddin (Yassin) dan PAS, kamu ceritakan apa kamu buat, kamu ceritakan kamu akan buat (jika menang). Tak guna maki," katanya.

PRN di enam negeri ditetapkan 12 Ogos ini yang menyaksikan buat kali pertama PH bekerjasama dengan BN bagi menghadapi PN.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2023 08:10 AM | Show all posts
Bagaimanapun, Anwar tidak menjelaskan secara terpeinci mengenai apa yang dimaksudkan Selangor akan menjadi seperti Kedah dan Kelantan sekiranya PN menawan negeri itu.


jadi apa ngan kedah? peliwat tua peminat anus jantan ni mcm biasa laa, bagi statement tanpa isi, paihtu nak org nk percaya dia?? sembang ada bukti berkotak2 tapi tak tunjuk2.. tapi bukti hang suka meliwat jantan tu dh mmg ada dalam juboq sepul



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2023 08:14 AM From the mobile phone | Show all posts
ChildrenOfBodom replied at 3-8-2023 08:10 AM
jadi apa ngan kedah? peliwat tua peminat anus jantan ni mcm biasa laa, bagi statement ta ...

Macam dah give up nak taiwan kedah je. Secara X langsung bagitahu tengah gelabah selangor mungkin jatuh kepada PN.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2023 08:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau aku jadi PMX ni and nak tawan kedah. Patutnya puji lah kedah. Dah lah first time kedah beralih kerajaan negeri tahun 2008 adalah kepada pr yang mana pkr part of it. Main lah sentimen tu.

Ada ke berubah jadi umno n kutuk kedah tukar kerajaan tahun 2008.
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2023 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Whats wrong with kedah???
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2023 08:34 AM | Show all posts
ResellerMaxis replied at 3-8-2023 08:15 AM
Kalau aku jadi PMX ni and nak tawan kedah. Patutnya puji lah kedah. Dah lah first time kedah beralih ...

si peliwat tua ni mmg buat mistake besaq sebab jadi saja PM teruiih buat pendekatan bermusuh dengan negeri2 pembangkang. bukan nak berunding cara elok, berunding dengan pemimpin2 negeri ka apa..tp jadi ja PM teruih tekan dan hina negeri lain yg tak sokong dia,.. ni macam taktik amerikka nk buli negara2 yg tak sehaluan ja..either you are with me or against me..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-8-2023 08:38 AM | Show all posts
kenapa masih guna skrip bangsat macam ni... tapi memang dah cakap, semua polishitians semua sama..

Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2023 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Fuh..mcm hasutan je tu..ugutan je tu..racist semua adalah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2023 08:44 AM | Show all posts
rasa mcm tak prn je... kat sini cuma ada bendera BN
orang mcm tak kisah je.
kot menang bukan sebab PH bagus sgt tp sebab calon Bersatu  dan calon Pas ni tkde buat apa2..
modal air liur je.. orang koser laa nak dengar.
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2023 09:01 AM | Show all posts
ResellerMaxis replied at 3-8-2023 08:15 AM
Kalau aku jadi PMX ni and nak tawan kedah. Patutnya puji lah kedah. Dah lah first time kedah beralih ...

gang2 dia orang cm samirose duk fikir kedah tu mundur. hahaha.
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2023 09:02 AM | Show all posts
ChildrenOfBodom replied at 3-8-2023 08:34 AM
si peliwat tua ni mmg buat mistake besaq sebab jadi saja PM teruiih buat pendekatan bermusuh denga ...

dia bukannya ada simple majoriti pun. gabungan. orang melayu dh tolak dia.
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2023 09:03 AM | Show all posts
zehra2 replied at 3-8-2023 08:44 AM
rasa mcm tak prn je... kat sini cuma ada bendera BN
orang mcm tak kisah je.
kot menang bukan sebab P ...

calon pn negeri 9 pun ada isu. dah kecoh kt tele hauk nya orang sama pija isap gam mi kari
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2023 09:04 AM | Show all posts
zehra2 replied at 3-8-2023 08:44 AM
rasa mcm tak prn je... kat sini cuma ada bendera BN
orang mcm tak kisah je.
kot menang bukan sebab P ...

lg satu bajet dh lari. yang betul ada bajet hanya ph sahaja, yang lain akaun kena beku n mcm2 lg.  pru lepas kan pn bajet shopping besar kempen. patut siasatlah kes2 tu semua dakwa cepat.

Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2023 09:21 AM | Show all posts
awat dgn kedah, best kot.. makalau p bejalan di kelantan lg syok... org dia baik2...
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2023 09:24 AM | Show all posts
Sedagha sedagha.....
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2023 09:26 AM | Show all posts

hg memang kan... hahahahaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2023 09:33 AM | Show all posts
Do stay disciplined: Stick to your trading plan and avoid making impulsive decisions based on emotions or market noise.
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2023 09:38 AM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 3-8-2023 09:02 AM
dia bukannya ada simple majoriti pun. gabungan. orang melayu dh tolak dia.

DAP Penang pon makin cuak dah. buang ramasamy sebab nk ngorat orang melayu tgk2 sekali undi cina hilang

https://www.malaysiakini.com/news/674169

DAP P Pinang cemas terlepas 20 peratus undi Cina, petik tinjauan

Diterbitkan:  Aug 2, 2023 9:13 PM
Dikemaskini: 9:13 PM

Pulau Pinang dianggap negeri selamat untuk DAP tetapi nampaknya terdapat kebimbangan yang semakin meningkat bahawa pengundi Cina boleh mencetuskan kejutan pada tarikh 12 Ogos depan.

Memetik beberapa tinjauan yang tidak dinyatakan, Setiausaha DAP Pulau Pinang Lim Hui Ying mendakwa sebilangan besar pengundi Cina mungkin mengundi PN, tidak keluar mengundi atau membuang undi rosak.

Dakwanya, tinjauan itu menyebut PN dapat menembusi Pulau Pinang dan gabungan pimpinan Muhyiddin Yassin itu boleh menawan Negeri Sembilan dan meraih lebih banyak kerusi di Selangor.

"Saya tidak pasti sama ada ini benar atau tidak, tetapi saya telah menerima banyak (mesej) yang memberitahu saya supaya jangan leka," kata Lim yang juga timbalan menteri pendidikan.


Memandangkan sokongan DAP di Pulau Pinang datang terutamanya daripada masyarakat Cina, Lim berkata kehilangan 20 peratus undi akan menjadi situasi yang membimbangkan.

“Jangan leka, jangan fikir kita pasti menang. Tadi saya dapat satu lagi mesej mengatakan Pulau Pinang (DAP) kehilangan 20 peratus sokongan kaum Cina.

"Mereka mungkin memilih untuk tidak mengundi, merosakkan undi mereka, atau mengundi PN," kata Lim semasa majlis perasmian pusat gerakan kempen DAP di Pengkalan Kota hari ini.

Mengulas mengenai tinjauan itu, ketua dan ketua menteri sementara DAP Pulau Pinang Chow Kow Yeow, yang hadir pada majlis itu, juga mendapati ia kurang menyenangkan.

Chow juga mengulangi kebimbangan Lim bahawa DAP tidak sepatutnya berpuas hati.

“Hasil (tinjauan) menunjukkan kita tidak boleh ambil mudah dan mesti terus bekerja keras untuk merayu setiap undi,” katanya.

Menjawab kehadiran besar pada ceramah mega PN di Sungai Dua malam tadi, Chow berkata semua parti mempunyai kubu kuat masing-masing.

“Saya juga jelaskan malam tadi (pada pelancaran manifesto bersama DAP dan BN Pulau Pinang) walaupun kita yakin, kita hanya yakin di 26 kerusi.


"Kami tidak boleh mendakwa kami boleh memenangi lebih daripada 35 hingga 40 kerusi. Kerusi-kerusi ini masih memerlukan lebih banyak usaha," tambahnya.

DAP Pulau Pinang juga berdepan krisis dalaman berikutan pemecatan beberapa penyandang Adun daripada barisan calon PRN.

Terdapat juga dakwaan kumpulan yang berpihak kepada Pengerusi Kebangsaan DAP Lim Guan Eng sedang berusaha untuk menggantikan Chow sebagai ketua menteri.

Pada pilihan raya umum 2018, PH menang 37 dari 40 kerusi DUN termasuk dua yang dimenangi oleh wakil Bersatu ketika bersama gabungan itu, manakala BN memperoleh dua, dan PAS satu kerusi.

Pada Februari 2020, Bersatu keluar daripada PH. Krisis dalam PKR juga menyaksikan dua Adun parti itu dipecat - Dr Afif Bahardin (Seberang Jaya) dan Zulkifli Ibrahim (Sungai Acheh).

Pada Mac tahun ini, empat Adun Bersatu terpaksa mengosongkan kerusi mereka di bawah undang-undang anti-lompat negeri.

Komposisi terkini DUN Pulau Pinang sebelum pembubarannya ialah PH memegang 33 kerusi, diikuti BN (dua) dan PAS (satu).

Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2023 09:41 AM | Show all posts
orang penang baik hampa undi PN boleh dapat KM Melayu yang hensem, tapi Nusi hensem lagi laa



Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2023 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenyataan ini satu penghinaan kepada rakyat dan  pemerintah Negeri Kedah..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 03:29 PM GMT+8 , Processed in 0.137474 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list