CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2901|Reply: 2

Lebih Satu Juta Wanita Dan 250,000 Gadis Bawah Umur Hilang Tanpa Jejak Di India

[Copy link]
Post time 2-8-2023 12:00 PM | Show all posts |Read mode
NEW DELHI – Kementerian Dalam Negeri  memaklumkan kepada Parlimen, lebih satu juta wanita dan 250,000 gadis bawah umur hilang di seluruh India antara 2019 hingga 2021.


PTI melaporkan, data tersebut disusun oleh Biro Rekod Jenayah Kebangsaan negara itu.


Negeri Madhya Pradesh dan Maharashtra masing-masing mendahului senarai bagi bilangan paling ramai wanita hilang, manakala negeri Bengal Barat mencatatkan jumlah gadis bawah umur paling banyak hilang sepanjang tempoh tersebut.


Foto: AFP




Dalam pada itu, antara lapan Wilayah Kesatuan India, Delhi mencatatkan jumlah tertinggi gadis dan wanita hilang. Lebih 61,000 wanita dan hampir 23,000 kanak-kanak perempuan gagal dikesan antara 2019 dan 2021 di bandar ibu kota, New Delhi.


Angka-angka itu adalah satu pendedahan mengejutkan ketika India digemparkan dengan insiden keganasan seksual terhadap dua wanita di negeri Manipur, di mana mereka diarak dalam keadaan bogel, dicabul dan diperkosa beramai-ramai baru-baru ini.


Mengulas mengenai rakaman video yang tular itu, Mahkamah Agung berkata, ia sangat terganggu dengan insiden tersebut dan menyifatkan penggunaan wanita sebagai ‘alat’ untuk melakukan keganasan adalah sama sekali tidak boleh diterima dalam demokrasi berperlembagaan.


Sementara itu, Ketua Keselamatan Wanita bagi polis negeri Telangana, Shikha Goel ketika mengulas mengenai data yang dibentangkan kerajaan berkata, terdapat beberapa kelemahan dalam statistik tersebut.




Menurut Shikha, 87 peratus daripada wanita dan kanak-kanak perempuan yang hilang telah dikesan di  Telangana dan dikembalikan kepada keluarga mereka.


Tambahnya, sebanyak 99 peratus daripada kes hilang itu adalah tidak termasuk dalam kategori jenayah serius tetapi sebaliknya mempunyai kaitan dengan masalah keluarga, hubungan cinta dan masalah kewangan.


Dalam pada itu,Kementerian Dalam Negeri menegaskan kerajaan telah memperkenalkan beberapa inisiatif untuk membantu memastikan keselamatan wanita di seluruh negara.


Ini termasuk penggubalan akta jenayah serta pindaan akta sedia ada untuk memberatkan lagi hukuman terhadap pesalah, terutamanya kes rogol kanak-kanak dan wanita. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2023 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
ada kerja kt mydin...tak pasti la kalo sri lankan...pulok.
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2023 09:21 AM | Show all posts
x kena bunuh msti kna rogol
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 07:32 AM GMT+8 , Processed in 0.428570 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list