View: 3305|Reply: 25
|
Paru-Paru Dijangkiti Kuman Sebab Makan Tahi, Ibu Bapa Rayu Dana RM250,000 Selamatkan Nyawa Bayi
[Copy link]
|
|
JOHOR BAHRU – Sepasang suami isteri merayu sumbangan orang ramai bagi membantu anak mereka Malique Myoberusia 22 hari yang sedang bertarung nyawa di sebuah hospital pakar di sini.
Bayi berkenaan yang dilahirkan pada 11 Julai lalu disahkan mengalami jangkitan kuman pada paru-paru.
Khairul Baqi Hakimi Md. Tahir, 24, berkata, pada awalnya, bayinya berada dalam keadaan baik ketika dalam kandungan isteri, namun pada pukul 5.30 pagi jururawat mendapati degupan jantung Malique semakin lemah.
 Foto: Kosmo
“Isteri saya dinasihatkan bersalin segera bagi menyelamatkan nyawa anak kami. Malique dilahirkan pukul 7.10 pagi (11 Julai), namun lepas dua minit dilahirkan, dia perlu menggunakan alat bantuan pernafasan.
“Pasukan perubatan melakukan X-ray dan mendapati paru-paru Malique sudah dijangkiti kuman. Doktor memaklumkan punca paru-paru anak kami dijangkiti kuman kerana termakan najis semasa dalam kandungan,” katanya kepada Kosmo!
Menurut peniaga itu, pasukan perubatan hospital pakar sebelum ini mencadangkan supaya bayinya dipindahkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) atau Hospital Sultan Ismail (HSI).
Disebabkan Unit Rawatan Rapi Neonatal HSI masih dalam proses selenggara dan tiada kekosongan katil di HSA, Malique dipindahkan ke sebuah hospital swasta di Johor Bahru.
“Kami tiada pilihan selain bersetuju demi nyawa anak. Kami memerlukan RM250,000 bagi menampung kos rawatan Malique selama dua bulan.
“Saya mencagar motosikal berkuasa tinggi untuk mendapatkan wang RM25,000 bagi membayar bil hospital,” katanya.
Orang ramai yang ingin menyumbang boleh berbuat demikian menerusi Maybank Khairul Baqi bernombor 551016760186 atau menghubungi beliau di talian 012-7712665. -CARI
Sumber:Kosmo |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Anak sedara somi aku pun camni jugak, makn tahi smasa dlm rahim maknya sbb lambat dkluar...Allah bagi pinjam seminggu jer baby tu, buka mata skejap utk tgk makpaknya lalu ninggal...doktor pun ada kata biasanya baby klu mkn tahi dlm rahim, umur pendek. |
|
|
|
|
|
|
|
Allahuakbar, harap founder misi yg korang dok kutuk tu take note la ye
|
|
|
|
|
|
|
|
geng motor besar maknanya berduit la..
cari je la hospital gomen lain sebelum bil bertambah-tambah.. |
|
|
|
|
|
|
|
222 ahli parlimen.
600 YB kawasan(dun).
RM305 sorang...dah mencukupi.
|
|
|
|
|
|
|
|
"Menurut peniaga itu, pasukan perubatan hospital pakar sebelum ini mencadangkan supaya bayinya dipindahkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) atau Hospital Sultan Ismail (HSI)"
Maksudnya bersalin kat hospital swasta ke? Bagus couple ni, kurangkan kesesakan kat spital gomen.
Cuma, downside bersalin kat swasta ni, kena prepare banyak2 duit, bukan sahaja utk mak baby, tapi utk baby sekali. Kalau baby takde problem, takpe. Kalau baby ada problem, nak hantar ke GH, bukan mudah GH nak terima sbb GH mesti utamakan patient yg bersalin kat GH tu dulu |
|
|
|
|
|
|
|
semoga dipermudahkan segala urusan |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga adik Malique selamat, keluarga dipermudahkan segala urusan. |
|
|
|
|
|
|
|
1. Lambat pi sepital nak bersalin?
2. Doktor tak buat emergency czer?
Semoga dipermudahkan. Jom menderma. Kesian tengok baby tu. Badan hancur cucuk sana sini di NICU. |
|
|
|
|
|
|
|
muda ayahnya… 24 tahun … anak2 i tua sikit dari dia masih single (saja menyibuk komen) |
|
|
|
|
|
|
|
Nurul8001 replied at 2-8-2023 12:10 PM
"Menurut peniaga itu, pasukan perubatan hospital pakar sebelum ini mencadangkan supaya bayinya dipin ...
terigt masa muda2 i malas nak bersalin gomen sbb jauh lebih 30km… kompol duit extra sbb risau juga kot la ada add-on bill mana ler tahu kot2 komplikasi……. tapi tkde la pulak i terfikir sampai extra 250k kerana malas nak pegi opistal gomen jauh2 … ish ishh… |
|
|
|
|
|
|
|
uh sama kes anak staff meols..ritu kata baby dah vera.. tak sure le dah termakan ke blom
then anak sulung ada masalah tingger takde cuping.. kut hat 2nd ni pun bermasalah... sian pulak dengo |
|
|
|
|
|
|
|
Hidup pada zaman dulu2 lebih simple, if you're not meant to have it, you don't have it.
Zaman now ni banyak sangat play God kan dah dilemma.
|
|
|
|
|
|
|
|
Haah..baby kuning.dok seminggu je dah rm4k
Apakah lagi baby keadaan.macam.ni
Kesiannya..mmg.kos.tinggi
Gomen pung kalau tak.dpt.tolong.mcm.ni..bagi la.cadangan.spital.gomen.lain
Kesian nya depa neh..beratus.ribu kau |
|
|
|
|
|
|
|
Harga icu swasta kan.. malas je nak tulis.. sebabkan baby |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga dipermudahkan urusan...kesian baby |
|
|
|
|
|
|
|
Sian adik malique
Cepat sembuh ya syg |
|
|
|
|
|
|
|
mcm anak aku.. fetal distress jalan tak bukak2 sampai termakan meconium ni. Mujur doktor ambil tindakan pantas buat emergency czer terus. mmg time keluar tu dah penuh badan dia diseliputi meconium hijau ni.. siap midwife kene sedut keluar dr mulut dan hidung.. aku ada dlm OT tu mmg jd saksi.. Alhamdulillah takde apa2 komplikasi lps tu.. Semoga adik ni cepat sembuh ye |
|
|
|
|
|
|
| |
|