Tiada kemalangan jiwa dilaporkan susulan siling sebuah pasar raya di Bandar Mahkota Cheras, runtuh kira-kira pukul 12.37 tengah hari semalam.
 KEADAAN selepas kejadian runtuhan siling di sebuah pasar raya di Bandar Mahkota Cheras semalam
Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Zulfikar Jaffar mengesahkan seramai enam anggota bersama satu jentera dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Kejadian melibatkan siling kapur yang jatuh anggaran ketinggian 70 kaki di ruang tengah pasar raya tiga tingkat berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mengulas lanjut, kata beliau, pihak bomba melakukan turut melakukan pemantauan di lokasi kejadian.
Sumber: UTUSAN |