View: 2463|Reply: 10
|
Menanti Watak Berat, Nurin Afiqah Rancang Berguru Dengan Ogy Ahmad Daud
[Copy link]
|
|
Pempengaruh media sosial dan pelakon baru, Nurin Afiqah yang baru-baru ini dihujani kecaman kerana bergambar dengan harimau dan singa serta memberi mereka minum susu ketika bercuti di Bangkok, berkongsi mengenai karier seninya.
Pasti ramai menganggap dengan lebih setengah juta pengikut di Instagram, dia mendapat laluan mudah untuk mencari tapak dalam bidang lakonan.
IG
Hakikatnya, kata Nurin atau nama sebenarnya Nurin Afiqah Zulkiflee, 27, dia menceburi bidang lakonan bersandarkan minat dan tidak kisah bermula dari bawah.
"Mungkin sebagai pempengaruh media sosial yang mempunyai ramai pengikut menjadi satu kelebihan untuk memasuki bidang seni.
"Namun, saya juga pastikan tidak mensia-siakan peluang keemasan yang diberikan penerbit dan pengarah untuk menggilap bakat lakonan sedia ada dengan berusaha berikan yang terbaik mengikut kemampuan," katanya.
Ditanya pembabitan dalam bidang lakonan, Nurin berkata, dia sudah berkecimpung dalam bidang lakonan sejak dua tahun lalu.
Drama pertama lakonannya adalah telefilem omedi romantik, Diam Tanda Setuju berganding dengan Beto Kusyairi, Mawar Rashid dan Farid Kamil pada 2021.
"Mungkin nama saya kurang dikenali sebagai pelakon kerana saya juga berniaga. Bila tidak berlakon, saya akan fokus pada perniagaan," katanya.
Sebagai pelakon baru, Nurin berkata, dia tidak kisah ditawarkan watak kecil atau pembantu dalam drama.
"Saya minat berlakon dan suka mencuba pelbagai watak untuk menggilap bakat dalam lakonan serta perbaiki prestasi sedia ada," katanya.
Mengenai watak diimpikan pula, kata Nurin, dia juga menanti watak berat untuk mencabar lakonan sedia ada.
"Saya suka berlakon kerana ia membabitkan riak muka dan banyak bermain dengan ekspresi wajah untuk menjiwai sesuatu watak.
"ada masa sama, saya juga merancang untuk menimba ilmu lakonan dengan kak Ogy Ahmad Daud tidak lama lagi untuk meningkatkan prestasi lakonan sedia ada," katanya.
IG
Terbaru, Nurin berlakon dalam drama bersiri Tentang Hati Dia yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 7 malam di slot Samarinda TV3 dan laman web dan aplikasi IQIYI ketika ini.
Nurin melakonkan watak pembantu bernama Darina yang juga bekas tunang kepada Wafi, lakonan Aliff Aziz serta pendatang baru, Trisha Ooi.
Katanya, dia bersyukur kerana drama bersiri itu mendapat maklum balas positif dari penonton.
"Sebagai pelakon baru, Aliff banyak membantu saya untuk menjiwai watak Darina dengan baik dan saya juga sangat menghormatinya.
"Walaupun dia pelakon popular, dia tidak sombong untuk berkongsi ilmu lakonan dengan saya dari hari pertama di lokasi hingga penggambaran drama bersiri ini selesai," katanya yang juga jurulatih zumba.
Antara drama lakonannya sebelum ini ialah Wifi Sebelah Rumah.
BACA JUGA: Isu Nurin Afiqah Bergambar Dengan Harimau - 'Saya Tiada Niat Langsung Nak Tahu Fasal Animal Abuse'
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Aku tertengok cite wifi sblh rumah haritu
Dia ni jdi pacak je, tergedik2 tersengih mcm kerang busuk
Baik ko amik watak org bisu mcm drama mira basic haritu, sbb ko sgt kayu yachhh
|
|
|
|
|
|
|
|
Tambah umur lepas adjust muka |
|
|
|
|
|
|
|
Xpayahlah. Dgn muke cucuk sane sini. Kembung semacam. Xde sape nak tgk |
|
|
|
|
|
|
|
Muka sheols lain sangat dah.... Kesan cucuk2 filler ke tu?
Boleh ke ko nak capai level lakonan acik ogy tu...
|
|
|
|
|
|
|
|
Nampak tua betul perempuan ni, tak padan dgn umur |
|
|
|
|
|
|
|
muka dia mcm uqasha. sebab geng2 cucuk, so muka sejenis je |
|
|
|
|
|
|
|
muda lagi dah cucuk muka padahal cantik je muka asal..mungkin jenis tak pernah cukup |
|
|
|
|
|
|
|
Bengkaknya muka kau kak, baru lepas kena sengat tebuan ke |
|
|
|
|
|
|
|
Da kawen kan? Br nk jd pelakon. X pyh la sis. |
|
|
|
|
|
|
|
beda ya mukanya
dulu muka keanak2kan
skrg dh nmpkndewasa
hormon dewasa kah atau filler atau bt muka
|
|
|
|
|
|
|
| |
|