View: 5827|Reply: 3
|
Umur Masih Panjang, Wanita Selamat Kereta Jatuh Gaung 60 Meter
[Copy link]
|
|
Tuaran: Seorang wanita terselamat selepas kenderaan dipandunya terbabas ke dalam gaung sedalam 60 meter di simpang Jalan Kampung Kiwoi, Kampung Bawang, Tamparuli di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian jam 9.25 pagi itu, Juliana Guntok, 42, yang memandu kereta jenis Perodua Kancil cedera di anggota badan.
Keadaan kereta yang dipandu seorang wanita terbabas ke dalam gaung. - Foto Ihsan JBPM
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Tuaran, Abdul Qawie Abdul Gapar, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 9.27 pagi.
Katanya, sepasukan 10 anggota dan pegawai dikejarkan ke lokasi bersama sebuah jentera dan satu kenderaan utiliti Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).
"Sejurus tiba, anggota bomba mendapati mangsa terperangkap di dalam kenderaan dan kemudiannya dikeluarkan menggunakan peralatan khas.
"Mangsa yang cedera di anggota badan diberi rawatan awal oleh anggota bomba sebelum dihantar ke hospital Tuaran untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi.
Operasi ditamatkan jam 2.35 petang dan punca kejadian masih dalam siasatan.
Sumber: BH Online |
|
|
|
|
|
|
|
Pantang maut sebelum ajal |
|
|
|
|
|
|
|
Ui kancilllll
Ex kelig pernah jatuh gaung gini. Dia lagik la dalam 100m gitu jatuh ke dalam. Yang buat dia selamat sebab tersangkut di pokok2. Keta total loss. Dia calar sikit2 ja. Keta masa tu, Prado.
Ni Kancil boleh selamat. Memang Allah sayang sangat la ni. |
|
|
|
|
|
|
| |
|