View: 8212|Reply: 47
|
LHDN Jangan Bebankan Rakyat, Kutip Cukai Apa Yang Patut
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) supaya telus dan adil apabila mengutip cukai daripada rakyat dan komuniti perniagaan.
Tegas Perdana Menteri, LHDN dan ahli-ahli percukaian digesa hanya mengutip cukai apa yang patut dan jangan sesekali membebankan rakyat.
“Walaupun negara perlu meningkatkan kutipan cukai, saya berharap LHDN menyahut cabaran peredaran zaman dan tekonologi, seperti teori ‘creative destruction’ Joseph Schumpeter.
 Foto: Kosmo
“Produktiviti dan pembangunan akan meningkat apabila teknologi dan cara-cara yang lapuk diganti dengan inovasi baru.
“Dalam erti kata lain, LHDN perlu menjadi lebih inovatif untuk merombak semula sistem percukaian supaya menjadi lebih efisien dan berkesan di zaman sekarang,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.
Anwa yang juga Menteri Kewangan seterusnya berkata, beliau menekankan agar semua pihak dapat memperbaiki tata kelola dan menerap sikap amanah dalam pengurusan wang.
Ujar beliau, tidak ada guna jika hasil cukai negara meningkat sebanyak mana pun, tetapi masih ada berbilion ringgit wang rakyat disedut lesap oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Tegas beliau, negara akan kekal kucar-kacir dan rakyat tidak akan terbela jika integriti institusi-institusi masih rapuh.
Sementara itu, katanya, Ekonomi Madani yang beliau luncurkan minggu lalu perancangan Kerajaan Perpaduan untuk menstruktur semula ekonomi ke aras Malaysia sebagai peneraju ekonomi Asia dan meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia.
“Nilai-nilai murni seperti adil, saksama, amanah, dan bertanggungjawab inilah yang akan merealisasikan kerangka Ekonomi Madani.
“Kerajaan boleh menetapkan objektif-objektif ekonomi yang meninggi langit, namun mereka tidak akan tercapai jika semua rakyat Malaysia tidak berganding bahu dan mengamal sifat-sifat terpuji,” katanya.
Anwar turut mengingatkan Malaysia pernah menjadi juara Asia, namun kerakusan dan ketirisan sesetengah pihak menyalah-gunakan kuas untuk mengayakan diri sendiri dan kroni telah membuat Malaysia menjadi mundur dan hilang kompas moral.
“Marilah kita semua rakyat menggembleng tenaga untuk memperbaiki struktur ekonomi negara tercinta agar ia menjadi sebuah tempat yang lebih baik untuk kita dan anak-anak kita,” katanya. – CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Retorik bombastik sgt ayat2 ni...iols just nak tau kalo takmo lhdn bebankan rakyat apa ke ptt dibuat? |
|
|
|
|
|
|
|
wa tauke pusat ulut sama game..tada bayar cukai...pun...kawtim saja-tauke lor |
|
|
|
|
|
|
|
"Anwar turut mengingatkan Malaysia pernah menjadi juara Asia, .."
Kepala bapak hang "juara Asia"...harimau asia la woii |
|
|
|
|
|
|
|
Lelaki hujung kiri tu sape? Bodyguard bang non ke? |
|
|
|
|
|
|
|
abes tu x kutip cukai, gomen nak run pakai apa.....bulu ke |
|
|
|
|
|
|
|
Bukak jer mulut.. terpaling bohong |
|
|
|
|
|
|
|
saya cemanapun juga hars setuju dengan ide bagus ini |
|
|
|
|
|
|
|
So jgn kutip cukai ka mcmana????? |
|
|
|
|
|
|
|
So, blh nuart hapuskan PCB? |
|
|
|
|
|
|
|
cara dia cakap jangan bebankan rakyat macam jangan kutip cukai atau bagi diskaun macam saman trafik hari raya hari tu kadang2 pelik betul perangai dia ni. jumpa orang tu ckp cmni. jumpa orang sana ckp cmni
cm xconsistent tau
dh memang tugas hakiki lhdn kutip cukai. biarlah mereka buat tugas hakiki. rakyat terbeban bukan sebab cukai lhdn tp sebab kos sara hidup , sebab ringgit lemah harga barang meningkat naik domino effect barang import.lepas tu walanon pun sebut belilah barang local. dia orang fikir barang local 100% made in local ke? machinery? maintanance? raw material dari import jua. beza nya ada kah ckd or cbu? adakah pasang siap atau kilang local. itu sahaja
contoh dedak haiwan harga naik sebab perang russia ukraine. raw material memang dh naik harga. beli barang dedak lembu ayam local naiklah harga walaupun made in local tapi kos raw material naik harga.
rakyat minta lain dapat lain. susah lah begini
|
|
|
|
|
|
|
|
bila banyak berkali berucap benda simple pun fakta salah
|
|
|
|
|
|
|
|
ayat bombastic guna teknologi? hahaha kaka gelak je.
sebab teknologi hanya alat mudah cara bukan alat diskaun cukai. cukai is cukai. cukai ni tanggungjawab kita bayar untuk kepada negara. sama cm zakat orang islam wajib bayar. takde nya nak diskaun or apa
yang rakyat terbeban kos sara hidup. benda simple je.. rakyat tak terbeban dengan cukai
|
|
|
|
|
|
|
|
PMX ckp aritu nk kurangkn potongan income tax. Mmg btul pun. Byk jugak dkt slip gaji kurang tu. |
|
|
|
|
|
|
|
individual tax mmg tinggi pun....
patut masa implement gst dah trnkan tax individu...
skrg negara dah miskin...hmmm je lah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sembang.. Lhdn orang tu meninggal pun ko korek cukai minta dari anak bini dia |
|
|
|
|
|
|
|
cukai yg sedia ada tak perlu kcau..tp cukai ekonomi underground ni la kerajaan kena cari jlan mcm mna nk tackle... diorang buat profit guna resources dan input dlam negara tp tak contribute balik in terms of taxation, but instead duit tu p cuci kt offshore atau pling dekat seberang tambak tu..... kuat mengelat tokey2 ni mcm belut dlam baldi... |
|
|
|
|
|
|
|
Dia taknak kroni bayaq cukai ka apa ni?
Negara nak dpt duit dr mana kalau cenggitu? |
|
|
|
|
|
|
|
pemfitnah tabur fitnah bahawa gst punca kos sara hidup rakyat. sekarang rakyat dah sedar inflasi kos sara hidup bukan berpunca dari gst. dah tukar sst pun rakyat masih derita mahaldahni.
dulu mereka tabur fitnah merata rata. sekarang mereka rasa karma fitnah. ringgit jahanam. bursa saham negative grow. mereka tabur formula merata rata. formula tahi kucing. masa jadi pembangkang macam2 formula. dah berkuasa tetiba formula hilang
rakyat dah muak naratif pembohong.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|