CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3374|Reply: 20

Isu Nurin Afiqah Bergambar Dengan Harimau - 'Saya Tiada Niat Langsung Nak Tahu Fasal Animal Abuse'

[Copy link]
Post time 1-8-2023 01:10 PM | Show all posts |Read mode
Teruk dihentam netizen gara-gara berkongsi foto dan video memberi susu kepada seekor harimau bketika bercuti di Bangkok, Thailand baru-baru ini, pempengaruh dan pelakon Nurin Afiqah akhirnya bersuara.


Jelasnya, dia dan suami tiada niat untuk mendera atau melakukan kekejaman terhadap harimau tersebut memandangkan dirinya seorang pencinta haiwan.




IG



“Sejujurnya saya tak tahu pun benda itu menjadi satu keburukan. Saya pergi sana, sebab saya memang minat dengan haiwan dan sayang sangat semua binantang dalam dunia.


“Jadi, biggest goal saya adalah nak pergi Safari Afrika. Tapi disebabkan masa, paling sempat saya boleh sambut hari lahir saya adalah di Bangkok.




  



“Saya ternampak gambar orang pegang, harimau dan ambil gambar dengan zirafah yang membuatkan saya rasa nak pergi ke sana. Bila saya pergi sana, saya tak ada niat langsung nak tahu fasal animal abuse.


“Saya ke sana memang nak ambil gambar cantik-cantik dengan haiwan. Bila saya post gambar, baru saya sedar ramai tak setuju. Saya tak ada niat dan tak sokong pun dengan animal abuse,” katanya kepada Gempak.


Terdahulu, tindakan Nurin ternyata mengundang rasa kurang senang orang ramai yang mendakwa haiwan-haiwan tersebut dianiaya dan didera dengan diberikan dadah hanya untuk keseronokan manusia.








Isu Nurin Afiqah Bergambar Dengan Harimau - 'Saya Tiada Niat Langsung Nak Tahu Fasal Animal Abuse'





Nurin juga sebelum ini pernah dikecam gara-gara memuat naik video dia menelan enam biji suplemen kesihatan dengan sekali teguk air minuman.


Bagaimanapun Nurin menjelaskan dia sudah mendapatkan preskripsi daripada doktor sebelum pengambilan suplemen tersebut.




Sumber: Gempak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2023 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa org kantoi buat salah mesti bagi alasan ...saya takde niat...saya tak tau pon...kata pencinta haiwan patutnye boleh pikir tiger tu sifat semulajadi dia mcm mane...kalau jinak macam tu mesti ade samting rong...takkanla bagi makan royal kanin jadi mcm tu...
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2023 01:48 PM | Show all posts
dulu2 zaman takde pendedahan, aku pun penah bergambar, pegang dgn tiger kat safari indonesia, naik gajah kat krabi. masa tu tak tau lagi pasal animal abuse. klu skrg ni, mmg takde la nak support.
btw, klu tengok animal show tu mcm mana pulak eh?
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2023 01:50 PM | Show all posts
in the first place.. zoo yang sepatutnya menjadi pusat perlindungan haiwan.. tahu kebajikan haiwan sendiri yang exploit haiwan tu sendiri.. acane.. conflict tol.

aku gi safari bandung.. memang best la tengok haiwan berkeliaran jalan bebas..  tapi ujung2 ada port ambil gambar dengan anak harimau.. harimau putih n harimau dewasa..  aku berani amik gambo ngan baby dia je la.. eh.. dh mcm kucing lak.. langsung tak menggerunkan.. rupanya dah didadahkan dulu .. kesiannya la hai..
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2023 02:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak payah la nak buat alasan. Secara logik, harimau xkan suka2 nak bermanja dengan stranger. Ko pon bukan keturunan steve irwin yg hari2 bergelumang dengan haiwan sampai binatang2 kat zoo Australia tu boleh kenal. Lain la kucing, ko halau2 pon dia dia boleh datang gesel2 lagi
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2023 02:05 PM | Show all posts
sapekah beliau?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-8-2023 02:08 PM | Show all posts
baby_blue replied at 1-8-2023 01:48 PM
dulu2 zaman takde pendedahan, aku pun penah bergambar, pegang dgn tiger kat safari indonesia, naik g ...

sama la. pnh naik gajah kt Krabi gak & kt Zoo Melaka masa kecik2. mmg tak tahu pon itu dikira animal abuse
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2023 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
jgn la salahkan dia, bkannya dia expert bab animal abuse ke apa..dia just tourist mcm kita2 jugak bkannya animal activists...klau ko terpaling woke pergi la sendiri tempat tu bhat demo and sound management for animal abuse... ada berani ker.. klau nk condemn orang pkai la otak tu dulu... klau iollz sebut barua kang ada pulak yg meroyan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2023 02:18 PM | Show all posts
Benda ni dah lama dah orang suarakan, bukan baru ni. lama dah orang bising jangan support semua benda macam ni. naik gajah lah apa lah semua tu.

Bila nak jadi influencer jadi manusia yang bertanggungjawab dengan apa yang korang post.

Internet semua hujung jari.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2023 02:26 PM | Show all posts
dah ko yang gigih post bagi harimau menyusu nenen ko tu bagai...
lepastu sentap plak bila netizen komen...

kata je lah jahil tak tahu pasal animal abuse semua tu... kan senang... lepastu blahh...

yihhh tu pun nak kena ajar...

btw who is yuhhhhhhhhhhh dedua eko ni... kalau bukan retis jangan expect iols kenal dan tiba2 triggered macam beruk...

Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2023 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Habis tu apa guna konsep wujudnya zoo. Animal abuse jugak tu. Sekat kebebasan haiwan. Melainkan dalam rawatan. Dh sihat lepaslah. Secara alami haiwan tidak berkurung.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2023 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Eeerr btw siapakah minah ini? Jual produk apo
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2023 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
sheols tak rasa pelik ke macam mana haiwan liar macam harimau tu boleh jadi jinak gitu naturally? dengan strangers pulak tu.

makin berleluasa golongan benak yang diangkat jadi “instafemes”
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2023 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
OshinDaSolja replied at 1-8-2023 02:08 PM
jgn la salahkan dia, bkannya dia expert bab animal abuse ke apa..dia just tourist mcm kita2 jugak bk ...

tak perlu jadi animal acitivist tapi guna la common sense. Umur bukannya belasan tahun sampau benda camtu tak boleh nak google.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2023 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Selain consumed beauty supplement sheols bole telan ginko biloba utk otak juga ye. Btw dia tanak reveal ke nama doktor yg approved telan pil supplement byk2 tu.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2023 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
laicibiru replied at 1-8-2023 02:33 PM
tak perlu jadi animal acitivist tapi guna la common sense. Umur bukannya belasan tahun sampau bend ...

tak semua org aware pun mengenai animal abuse ke apa...mngkin dia ingat tempat tu mcm zoo biasa...dari kecik kita dh kena brainwashed binatang kt zoo tu ok jer takde pape padahal abused sebab kena kurung dan sebagainya... dlam kes ni iollz tak salahkan dia...iollz lebih salahkan golongan woke yg over sgt salahkan dia...bkan dia yg salah tp operator tempat tu yg salah dan of course zoo lain jugak yg kurung haiwan...

iollz tngok dia pergi situ as a tourist nk bermanja dgn haiwan dia tak abuse apa2 pun... engkorang patut serang operator tempat tu lancarkan segala agenda animal abuse tu semua baru betul... benci betul iollz dgn golongan acah common sense tnggi ni tp bahlol put the blame on innocent individual and not on the actual culprit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2023 03:08 PM | Show all posts
OshinDaSolja replied at 1-8-2023 02:50 PM
tak semua org aware pun mengenai animal abuse ke apa...mngkin dia ingat tempat tu mcm zoo biasa... ...

no demand no supply
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2023 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Whorayusss...?
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2023 04:08 PM | Show all posts
Sapo pulak ni? Eh harini ni takde ke citer WASOHAI min?
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2023 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa lagu dia nyanyi? Apa filem/drama/telefilem dia berlakon? P campak bod lain la
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 07:32 PM GMT+8 , Processed in 0.063753 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list