CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3354|Reply: 11

Riena Diana Tak Kisah Buat Babak Atas Ranjang?

[Copy link]
Post time 1-8-2023 12:03 PM | Show all posts |Read mode
Riena Diana tak kisah melakonkan babak atas ranjang tapi tetap menjaga batas agar aksi lakonannya tidak keterlaluan.


Katanya dia  mahu menjaga nama baik serta air muka bapa dan ibu tirinya yang mengenakan niqab.


Foto: IG




"Saya tidak kisah melakonkan apa sahaja watak, contohnya babak atas katil. Tetapi, perlulah ada batas, kalau setakat berbaring, saya masih okay.


"Namun, jika membabitkan adegan berpelukan, saya tidak akan lakukan. Kalau boleh saya mahu elak kontroversi kerana saya masih ada ibu bapa. Saya bimbang dimarahi bapa, apatah lagi, ibu tiri seorang yang berniqab.


"Sebelum ini, tiada dalam kalangan ahli keluarga kami yang berniqab, jadi saya haruslah menjaga air muka bapa, ibu tiri dan keluarga," katanya kepada BH Online.


  



Menyentuh mengenai kerjaya lakonan, Riena atau Nur Qamarina Diana Zulreal, 25, berkata gara-gara watak Lailer, dia banyak ditawarkan watak stereotaip.


Katanya, sukar untuknya mendapatkan watak berbeza daripada Lailer. Ini kerana kebanyakan watak ditawarkan berunsurkan komedi romantik.


Bagaimanapun, kata Riena, setakat ini, dia masih seronok membawakan watak 'gila-gila' kerana kurang tekanan, namun ingin juga mencabar diri membawakan pelbagai karakter.


  



"Saya juga ingin mencuba watak berat atau antagonis, tetapi mungkin produser dan stesen televisyen (TV) masih belum nampak kemampuan. Jadi, sukar memberikan kepercayaan kepada saya.


"Ada masanya terbit juga rasa kecewa. Sebagai pelakon, sudah tentu saya mahu mencuba pelbagai watak.


"Namun, setakat ini, saya masih lagi banyak karakter gila-gila," katanya yang mengendalikan acara karpet merah, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35 bersama Fizi Ali selaku hos di Istana Budaya, baru-baru ini.


  



Menyentuh sisi peribadi, wanita kelahiran Petaling Jaya yang kini mengendalikan program M Buzz di TV3 itu mendedahkan, dia enggan terburu-buru membawa hubungan bersama kekasihnya ke fasa seterusnya meskipun sudah lima tahun menjalinkan cinta.


Kata Riena, dia masih muda dan masih banyak perkara yang ingin diterokai dalam dunia seni.


  



"Teman lelaki pernah membangkitkan soal berumah tangga. Tetapi, saya minta tangguhkan hasrat dahulu.


"Kami tidak meletakkan apa-apa tempoh, biarlah ia mengikut arus dan teman lelaki pun tidak kisah.


  



"Saya juga tidak mahu mempersia-siakan peluang yang ada hanya kerana ingin berkahwin. Bukan mudah untuk saya membina apa yang ada sekarang dan dikenali.


"Mujur teman lelaki memahami dan tidak mendesak. Dia sanggup menunggu kerana hubungan kami sudah terjalin selama lima tahun. Kami juga sudah mengenali hati budi," katanya. -CARI


Sumber: Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2023 12:50 PM | Show all posts
meols tengok dia mesti teringat filem thai comedy "tootsies & fake".... dia yang watak fake pengganti model cantik yang tukang masak garang tu....telinga sama.. hihihi...




Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2023 02:24 PM | Show all posts
prince_marhaen replied at 1-8-2023 12:50 PM
meols tengok dia mesti teringat filem thai comedy "tootsies & fake".... dia yang watak fake penggant ...

iols ada tengok filem ni dekat netflix.. memang meletopsz yach lawaknya...
lagi lawak dari filem2 malaysia...

btw sheolsss tak kisah buat babak atas ranjang... ko jangan dekkk jap lagi deorang ambik sohai jadi hero... mau trauma terus kau nak lakonkan babak tu silap2 ambil MC time hari nak shooting tu...


Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2023 09:45 AM | Show all posts
boooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2023 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts
prince_marhaen replied at 1-8-2023 12:50 PM
meols tengok dia mesti teringat filem thai comedy "tootsies & fake".... dia yang watak fake penggant ...

tu Araya Hargate ke?
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2023 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
aku kalau nmpj muka dia kat tv mesti terpandang telinga dia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-8-2023 09:04 AM | Show all posts

yuppp~~~ tapi irl bukan telinga capang gitu..hihihihi
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2023 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Tajuk nak gempak saja.
Takat berbaring, ramai je retis yg buat walaupun bertudung litup.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2023 09:13 AM | Show all posts
ni mesti mak tiri dia jaga dgn baik, sebab tu dia sebut juga jaga nama baik mak tiri
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2023 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni masa dia pkai tdung aku xminat pattern muka dia.zmn belakon drama nur dia jd doctor.xminat. skrg dia usaha menyeksi bagai siap tayang nenen. Pun aku xminat. Muka dia tu, not my taste. Skin dia fair.muka dia xda cacat cela.smua ok. Tp the combination end up bkn my taste. Dia mcm raja azura. Xda cacat cela tp xda attraction. Nmpk xmahal. Cena ek nk cakap. Lemak kita ngumpat berbakul2 tp muka dia ada attraction. Yg ni nth la.
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2023 09:27 AM From the mobile phone | Show all posts
prince_marhaen replied at 3-8-2023 09:04 AM
yuppp~~~ tapi irl bukan telinga capang gitu..hihihihi

tapi sheols masih nampak cantik walaupun ada tambahan telinga capang
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2023 09:31 AM | Show all posts
Tajuk timbul fitnah betul. Kalau yg malas bace tu confirm mengata berduyun.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 12:27 PM GMT+8 , Processed in 0.322153 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list