CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1782|Reply: 3

Bell Ngasri Nak Hasil Filem Konsep Autobiografi

[Copy link]
Post time 1-8-2023 11:06 AM | Show all posts |Read mode
Pelakon dan pelawak, Bell Ngasri mengakui perbezaan lain dirasakan adalah rutin hidupnya berubah 180 darjah selepas memenangi Bintang Paling Popular ABPBH 35.


Dia banyak memenuhi undangan termasuk temu bual di stesen radio pada awal pagi hingga terpaksa korbankan waktu tidur dan hanya dapat tidur beberapa jam sahaja.






"ernah berlaku saya terlajak tidur sedangkan pagi itu, saya ada sesi temu bual bersama Hot FM. Disebabkan terlewat, saya menunggang motosikal dalam keadaan terkejar-kejar dan tanpa disedari, beg plastik yang memuatkan trofi kemenangan bocor.


"Trofi terjatuh di tengah jalan hingga kemek. Masa itu barulah terdetik dalam hati, begini rupanya bila menjadi seorang paling popular," luah bapa kepada tiga cahaya mata ini.


Anak kepada pasangan penyiar dan pelakon terkenal, Ngasri Sain dan Habibah Jaafar ini turut melahirkan hasrat menghasilkan filem berkisar kepada kehidupannya sebagai anak seni.


Berkongsi lanjut, Bell berharap filem berkonsepkan autobiografi itu mampu mencetus inspirasi kepada setiap yang menontonnya.


"Memang menjadi impian saya untuk menghasilkan filem berkisar kepada kehidupan sebagai anak seni. Saya nak kongsi perjalanan hidup saya.


"Dan saya buat semua benda ini bukan untuk diri sendiri semata-mata, tetapi mahu beri inspirasi.


"Walaupun mungkin kisah saya tidak sehebat orang lain, tetapi ada juga yang menjadikan saya ikon yang mampu memberi inspirasi. Semua ini ada saya muatkan dalam media sosial," ungkapnya.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2023 12:17 PM | Show all posts
Ko menang APBH jah pon. Toksahler over beno.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2023 12:20 PM | Show all posts
Ada ke yang nak tengok bell oi.
Kot M Nasir ke Jamal Abdillah ke, nak le jugak Ganja tengok.

Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2023 02:32 PM | Show all posts
nak habiskan geran pinas jugak ke ni bell oiii... tak usahlah...

baik ko mulakan perniagaan ke apa sementara tengah laku ni...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 09:22 AM GMT+8 , Processed in 0.043160 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list