CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4642|Reply: 37

Dibintangi Pelakon Dan Influencer Hebat, Fizz Fairuz Yakin Mat Tudung Begins Kelakar Gila!

[Copy link]
Post time 1-8-2023 10:20 AM | Show all posts |Read mode
Filem Mat Tudung yang pernah ditayangkan pada tahun 2014 menyaksikan Dato Fizz Fairuz membintanginya sebagai watak Johari dan Johanna.


Selepas sembilan tahun, Fizz Fairuz tampil sebagai penerbit, pengarah dan pelakon dalam menghasilkan ‘Mat Tudung Begins’ untuk karya sulungnya ini.


Foto: IG




Walau bagaimanapun, jelas Fizz, ‘Mat Tudung Begins’ bukanlah kisah kesinambungan kepada filem Mat Tudung terdahulu.


“Saya ada tanya pada pihak penerbit sebelum ini sama ada nak sambung atau tidak, tetapi tiada jawapan daripada mereka. Mungkin sebab kekangan bajet atau ada sebab-sebab lain.


“Memang saya berminat nak buat sambungannya, Cuma ia di bawah produksi Showbiz dan ambil masa juga nak minta kebenaran untuk pembikinannya,” katanya.


  



Malah, Fizz juga telah mendapat kebenaran daripada Dato Norman Abdul Halim selaku penerbit Mat Tudung untuk menerbitkannya sendiri.


“Akhirnya hasrat saya ini terlaksana setelah saya dapat kebenaran untuk terbitkan sendiri, tetapi bukanlah Mat Tudung 2.


“Sebaliknya, ia adalah prekuel yang bermakna kisah yang berlaku sebelum Mat Tudung pertama dan sebab itu tajuknya adalah Mat Tudung Begins.


  



“Menerusi filem ini, ia menjelaskan tentang bagaimana Johari boleh belajar menjadi Mat Tudung dan rakan yang mencetuskan idea untuk dia menyamar,” ujarnya.


Susulan itu, menerusi filem pertamanya ini, Fizz menyajikan jalan cerita yang sarat dengan komedi dan menghiburkan buat penonton.


Tambah, Fizz mengakui dia memilih barisan pelakon dan pempengaruh media sosial yang hebat untuk menyerikan lagi ‘Mat Tudung Begins’.


Antaranya ialah Achey, Isyariana, Fazlina Ahmad Daud, Kazar Saisi, Maryam Durian Kimchi dan Mimi Peri.


  



“Untuk filem Mat Tudung Begins ini, saya percaya ia lebih kelakar berbanding yang sebelumnya dan saya yakin penonton akan rasa terhibur.


“Selain itu, saya juga menampilkan barisan pelakon-pelakon yang hebat dan turut diserikan lagi dengan kemunculan dua orang influencer terkenal.


“Saya tak pilih secara tangkap muat kerana nak memastikan setiap pelakon mampu membawakan karakter masing-masing dengan berkesan supaya dapat memenuhi apa yang saya mahukan,” jelasnya.


Dalam pada itu, Fizz juga berkongsi tentang cabaran yang dihadapi dalam penghasilan filem pertamanya ini.


  



Sementara itu, Fizz mengakui bukan mudah untuk memikul tugas sebagai penerbit, pengarah dan pelakon.


“Nak merealisasikan impian saya ini bukanlah mudah, sehinggakan saya terpaksa menunggu selama sembilan tahun.


“Saya lakukan pelbagai usaha, misalnya cari duit modal untuk pembikinan, jumpa orang sana sini… alhamdulillah, saya telah ditemukan dengan seorang insan yang bantu saya merealisasikannya,” ujarnya.


Sehubungan itu, filem ‘Mat Tudung Begins’ akan ditayangkan bermula 3 Ogoos 2023 di pawagam seluruh negara. -CARI


Sumber: XTRA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2023 11:05 AM | Show all posts
delusional sungguh
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2023 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku kalau xde pelakon sampah taik babi dari korea n indon tu, gigih jugak aku pegi tengok time tiket murah. Tapi sbb sampah 2 ekor tu, tunggu keluar kat telegram lah. Boleh skip2 babak sampah taik babi tu.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2023 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
aku baru perasan si achey dgn yg indon tu muka sama...ingatkan double ke apa haha
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2023 11:37 AM | Show all posts
kau letak kazar..lupa ke netizen tgh benci dia anak beranak...
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2023 11:44 AM | Show all posts
tunggu keluar kat tv jer la.
mcm tak berbaloi nak abiskan masa & duit pi tgk kat panggung.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-8-2023 01:09 PM | Show all posts
kazar? sorry thank u. see u later
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2023 01:26 PM | Show all posts
Meols double take weh bace balek betul ke ade nama si kazar tu...trus no mood. Full stop.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2023 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Memandangkan ada kazar baik aiols nengok filem lain je la...
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2023 02:31 PM | Show all posts
kesian hidup dalam khayalan yang dia dah sendu...

kosserrr lah acik2 nak tengok filem ada pelakon rhoper hindu majapahit pekat ni...

pakej siap import yang betul2 dari negara hindu majapahit jadi cameo... lagilah berbau colok dan bakso kuat...


Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2023 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Piz perus ni sdiri buat aku turn off nk tgk..ditambah lg pelakon2 yg mmg kg.com..mmg idoklerr aku nk tgk..
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2023 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
I tgk gak filem ni dulu.. Best gak..yg baru ni tgk kat tv juga nmpknya
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2023 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Guess_who at 1-8-2023 03:05 PM

Adolailah tgk poster pun geli turn off yachhh..hmm xpelah harap2 blockbuster la dapatlah dato belikan tin minyak gelang and ranta mas setebal tali kapal plus bagi tin minyak makan puas2 mcm paus terdampar di lautan kering
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2023 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
achey? miriam? peri? kazarrr????
euwwwww semua tu jenis potong mood. Dah la bingit kena menatap muka degawantua pulak. yiihhhh tak kuasa nyahhh
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2023 03:13 PM | Show all posts
I.K.A888990 replied at 1-8-2023 11:28 AM
aku baru perasan si achey dgn yg indon tu muka sama...ingatkan double ke apa haha

hahha.. siot la. betul sama muka dorang. jawa kann dua2. haha
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2023 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
taji2906 replied at 1-8-2023 03:13 PM
hahha.. siot la. betul sama muka dorang. jawa kann dua2. haha

kannnn mcm kembar terpisah lak haha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2023 04:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Ahli politik pun ada wat cameo gak ke
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2023 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Buruknyaa poster...  budak2 sekolahhh pon boleh buat design yang lagiii cantek pada nie
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2023 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
All the best la piz. Obviously bukan iols target market nya, idok le iols nak tengok muka degawan, acei dan pis ni sebesar alam screen cinema
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2023 09:42 AM | Show all posts
chekacheku: Piz perus ni sdiri buat aku turn off nk tgk..ditambah lg pelakon2 yg mmg kg.com..mmg idoklerr aku nk tgk..



sapot la dek filem melayu kihkih
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 07:27 PM GMT+8 , Processed in 0.411029 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list