CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1965|Reply: 2

Aprena Manrose Harap Terus Istiqomah, Tak Berani Komen Isu Buka Tudung

[Copy link]
Post time 1-8-2023 10:13 AM | Show all posts |Read mode
Pelakon, Aprena Manrose, 29, yang mula bertudung sejak dua tahun lalu berkata, sebagai selebriti dia berdepan cabaran apabila memutuskan untuk tampil bertudung.


"Cabaran memang ada sebab saya sendiri melaluinya. Mula-mula dulu, saya pakai tudung labuh dan sekarang dah singkat sikit.


"Bukan senang nak istiqamah kerana ada cabarannya.






"Saya akui memang ada perasaan untuk kembali dengan imej lama bila kita tengok gambar-gambar sebelum bertudung. Namun, saya terus istighfar dan betulkan niat pakai tudung kerana Allah SWT," katanya.


Aprena berkata, dia tidak berani untuk komen mengenai tindakan orang lain yang sudah bertudung, tetapi membukanya semula kerana setiap individu perjalanan hidup mereka berbeza.


"Itu antara mereka dengan Allah SWT. Mungkin satu hari nanti dia akan sedar dan akan memakai semula tudung kerana iman kita memang ada turun dan naik," katanya.


Pada masa sama, kata Aprena, dia sendiri mahu peminat mendoakan dirinya supaya kekal dengan penampilan bertudung dan menutup aurat.


"Saya sendiri tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan. Saya mohon anda semua doakan untuk saya terus kekal istiqamah," katanya.


  



Terdahulu, foto dan video Aprena memakai niqab dalam persalinan berwarna hitam tular di TikTok tahun lalu.


Penampilan Aprena itu mencuri perhatian netizen yang rata-ratanya mendoakan dia kekal dengan imej sedemikian.


Namun, Aprena tampil memberi penjelasan, dia belum berniqab dan tampil dengan imej sedemikian kerana menghadiri kelas agama.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2023 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
kalau pegi kelas agama mmg kena berniqab ke

Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2023 02:30 PM | Show all posts
semoga istiqomah... muda lagi sheols yach baru 29... tapi sejak bertudung ni nampak macam makcik2 sikit... tapi atleast nampak lagi muda dari shu shelup..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 05:47 PM GMT+8 , Processed in 0.047701 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list